KEPUTUSAN PILIHANRAYA 2022: Tarikh Pilihanraya Umum Malaysia Ke-15

KEPUTUSAN PILIHANRAYA 2022: Tarikh Pilihanraya Umum Malaysia Ke-15

KEPUTUSAN PILIHANRAYA

Setiap 5 tahun, Malaysia akan mengadakan pilihanraya bagi menentukan ketua pentadbir negara dan negeri untuk pentadbiran yang lebih lancar dan cekap.

Seperti yang diketahui, pada 10 Oktober 2022 telah diumumkan pembubaran Parlimen ke-14. Semestinya anda ingin mengetahui tarikh pilihanraya umum Malaysia ke-15 dan keputusan pilihanraya. Disini kami akan kongsikan kepada anda, semoga membantu.

 

APA ITU PILIHANRAYA

Pilihanraya adalah satu proses demokrasi di mana undian digunakan untuk memilih calon yang sesuai untuk mewakili rakyat di parlimen. Ia merupakan suatu mekanisme demokrasi untuk memilih calon yang sesuai untuk memenuhi jawatan-jawatan penggubal undang-undang, eksekutif, perundangan dan kerajaan tempatan.

Kaedah atau sistem pilihan raya boleh dikategorikan kepada dua iaitu samada perwakilan berkadar (proportional) atau sistem majoriti (majoritarian). Sistem pilihan raya mementingkan pemenang, atau beberapa pemenang menurut pengiraan undi yang diperolehi setiap calon yang bertanding. Pemenang menjadi tumpuan sebab dia akan mewakili rakyat di Parlimen dan terlibat dalam proses penggubalan undang-undang. Oleh itu cara pemilihannya amat penting dan sepatutnya selari dengan kehendak demokrasi. Selain itu pilihan raya biasanya dipantau oleh sebuah badan bebas, misalnya di Malaysia ia dipantau oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.

 

JENIS PILIHANRAYA

Terdapat dua jenis pilihan raya iaitu:

  • Pilihan Raya Umum
  • Pilihan Raya Kecil

 

TEMPOH BERKEMPEN PILIHANRAYA

Bagi kedua-dua pilihanraya akan perlu menempuhi 6 peringkat iaitu:

    • Pengeluaran writ
    • Penamaan calon
    • Kempen pilihanraya
    • Pengundian
    • Penjumlahan rasmi undi
    • Pengumuman keputusan pilihanraya.

Pada peringkat kempeh pilihanraya, mengikut sejarah Malaysia sejak tahun 1957 pilihanraya diadakan, tempoh kempen pilihanraya akan bermula apabila selesai tempoh penamaan calon.

Tempoh berkempen ini mengambil masa kurang daripada 2 minggu iaitu 11 hari di mana ianya merupakan tempoh yang wajar dan berakhir pada jam 12 tengah malam sebelum hari mengundi.

 

PROSES PENGUNDIAN PILIHANRAYA

Berikut adalah merupakan proses pilihanraya untuk mengundi pada hari pilihanraya iaitu:

  • Pengundi perlu menyemak terlebih dahulu daftar pengundi / pemilih melalui laman sesawang rasmi MySPR semakan.
  • Pengundi perlu membawa dokumen seperti kad pengenalan. Undian bagi pihak orang lain adalah tidak dibenarkan.
  • Pengundi yang beratur akan dibenarkan masuk ke dewan mengundi oleh pihak SRP.
  • Pengundi perlu menyerahkan kad pengenalan dan slip semakan kepada kerani pengundian pertama.
  • Seterusnya, pengundi perlu ke kerana pengundian kedua untuk mencalitkan jari dengan dakwat hitam sebagai tanda hadir mengundi.
  • Kerani pengundian pertama akan menanda pada nombor dan nama pengundi di dalam buku daftar pengundi.
  • Kerani pengundian ketiga akan memberikan pengundi kertas undi untuk membuat undian.
  • Pengundi boleh mula membuat undian dengan menanda (X) pada kertas undi dan masukkan kertas undi ke dalam peti undi.
  • Pengundi perlu segera keluar dari tempat pengundi untuk memberi ruang pada pengundi lain.

 

CARA TANDA KERTAS UNDI PILIHANRAYA

Kepada anda yang baru pertama kali ingin mengundi. Berikut adalah merupakan cara untuk menanda kertas undi iaitu:

  • Pengundi perlu membuat tanda (X) pada kotak yang disediakan berdasarkan kepada calon yang ingin diundi.
  • Pastikan tanda perlu berada betul-betul di dalam kotak dan tidak melepasi kotak yang disediakan untuk mengelakkan daripada berlakunya undi rosak.
  • Tanda (X) juga mestilah ditanda dalam SALAH SATU KOTAK sahaja. Sekiranya terdapat dua tanda akan dikira sebagai undi rosak

 

PARTI BERTANDING PILIHANRAYA UMUM MALAYSIA KE-15

Pakatan harapan, PAS, Perikatan Nasional PN dan juga Barisan nasional BN yang mempertaruhkan calon di parlimen masing-masing dengan harapan siapa yang berjaya mengumpul kerusi parlimen terbanyak akan menerajui kerajaan malaysia kelak, terpaksa tunduk dengan tuntutan rakyat Malaysia.

Pemerhati parti politik melihatkan pertarungan sengit di antara calon Pakatan Harapan dengan barisan Nasional lebih sengit serta Perikatakan Nasional PN berdasarkan keputusan pru 15

Tiada siapa yang dapatkan ramalkan siapa yang bakal menang. Pertembungan di antara Gerakan Tanah Air GTA, Perikatan Nasional PN, Barisan Nasional BN, Gagasan Rakyat Sabah GRS, Gagasan Parti Sarawak GPS, Pakatan Harapan PH akan menentukan bertembung dalam keputusan pilihanraya 2022 kali ini.

 

TARIKH PENAMAAN CALON PILIHANRAYA 2022 (PRU Ke-15)

Tarikh penamaan calon bagi pilihanraya bagi PRU Ke-15 adalah pada 05 November 2022

 

TARIKH PILIHANRAYA 2022 (PRU Ke-15)

Tarikh pilihanraya bagi PRU Ke-15 adalah seperti berikut:

  • Pengundian awal: 15 November 2022
  • Pungundian: 19 November 2022:

NOTA: Dengan syarat tiada banjir besar berlaku pada waktu itu

 

KEPUTUSAN PILIHANRAYA UMUM KE-15

Berikut adalah merupakan keputusan pilihanraya umum yang ke-15:

PARTI

KERUSI BERTANDING

MENANG )

PH

220

82

BN

178

30

PN

171

73

PEJUANG

125

BEBAS

108

2

WARISAN

52

3

GPS

31

22

PRM

16

GRS

13

6

PSB

10

KDM

7

PBM

5

1

PBDS

3

PBRS

1

PPRS

1

PBK

1

PUR

1

PSM

1

SEDAR

1

NOTA: Keputusan akan diumumkan oleh Pengurus Suruhanjaya Pilhanraya Malaysia pada hari yang sama dengan hari mengundi kebiasaannya akan mengambil masa 4 sehingga 5 jam selepas tempoh mengundi berakhir, lebih kurang pada jam 8 sehingga 10 malam

 

ARTIKEL LAIN

PERMOHONAN SEBAGAI PEMERHATI PILIHANRAYA PRU-15 SPR

Leave a Comment