LOGIN EKASIH KPM (SEMAKAN STATUS BANTUAN EKASIH KWAPM)
Login eKasih KPM merupakan Bank Data Kemiskinan Nasional yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profil individu, program/bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program/bantuan yang diterima.
Ciri-ciri eKasih dan Komponen Data eKasih
Komponen data Login eKasih KPM terdiri daripada maklumat asas Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR), maklumat Lokasi, Kediaman,Pendidikan, Kemahiran dan Pekerjaan, Pemilikan Harta, Kesihatan, Pendapatan serta Bantuan.
Antara ciri-ciri utama Login eKasih KPM adalah :
1.Semakan status kemiskinan secara online
2.Penyelarasan maklumat bantuan
3.Pengemaskinian maklumat kemiskinan secara online
4.Pengiraan Status Kemiskinan (miskin/miskin tegar) secara automatik berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) per kapita
5.Penjanaan laporan dan statistik kemiskinan
6.Poverty mapping dan pemantauan kemiskinan
Modul-modul yang terdapat dalam Login eKasih KPM adalah Modul Semakan, Pendaftaran, Kemaskini, Laporan, Pangkalan Ilmu, Sokongan, Pemakluman Kemiskinan dan SPB.
Info Aplikasi Mobile eKasih Login eKasih KPM
Aplikasi Mobile eKasih merupakan sebuah aplikasi mobile yang menjadi front-end kepada Sistem eKasih yang dibangunkan bertujuan memberi kemudahan kepada Perangkawan di Pejabat Pembangunan Persekutuan/Jabatan Pembangunan Persekutuan (PPN/JPP) ICU JPM membuat pemutihan data Login eKasih KPM di lapangan secara real-time dengan cepat, mudah dan efisyen.
Objektif Login eKasih KPM :
- Memastikan data eKasih sentiasa tepat dan terkini
- Mempercepat dan memudahkan proses pengemaskinian data eKasih
- Memantapkan perancangan dan pelaksanaan program pembasmian kemiskinan
- Mempercepatkan penyaluran bantuan kepada kumpulan sasar
Semakan eKasih Login eKasih KPM
Modul Semakan disediakan untuk menyemak maklumat dengan kaedah wild card search Login eKasih KPM . Kemudahan ini disediakan untuk :
Carian Isi Rumah
- Menyediakan kemudahan carian maklumat berkaitan isi rumah
Carian KIR
- Menyediakan kemudahan carian maklumat berkaitan Ketua Isi Rumah (KIR)
Carian AIR
- Menyediakan kemudahan carian maklumat berkaitan Ahli Isi Rumah (AIR)
Carian KIR/AIR
- Menyediakan kemudahan carian maklumat berkaitan KIR atau AIR
Carian Bantuan KIR
- Menyediakan kemudahan carian maklumat bantuan yang telah diterima oleh KIR
Carian Bantuan Isi Rumah
- Menyediakan kemudahan carian maklumat bantuan yang telah diterima oleh seluruh isi rumah
Carian Profail Bantuan
- Menyediakan kemudahan carian program bantuan yang dikendalikan oleh agensi pemberi bantuan
Carian Pemakluman Kemiskinan
- Menyediakan kemudahan carian maklumat kemiskinan berdasarkan pemakluman kemiskinan
Carian KIR/AIR Meninggal Dunia
- Menyediakan kemudahan carian maklumat berkaitan KIR atau AIR yang telah meninggal dunia
Carian KIR Belum Terima Bantuan
- Menyediakan kemudahan carian maklumat berkaitan KIR yang belum menerima bantuan
Carian Pemutihan KIR
- Menyediakan kemudahan carian maklumat berkaitan KIR yang belum atau telah melalui proses pemutihan
Syarat & Kriteria Kelayakan
Murid penerima bantuan KWAPM mestilah mematuhi kriteria kelayakan seperti berikut:-
- Murid miskin warganegara Malaysia Tahun 1 hingga Tingkatan 1/ Peralihan yang bersekolah di Sekolah Rendah/Menengah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan
- Murid miskin yang Ketua Isi Rumah (KIR) berdaftar dengan eKASIH dan disahkan status kemiskinannya sebagai MISKIN atau MISKIN TEGAR
- Murid miskin yang pendapatan keluarganya berada di bawah *Paras Garis Kemiskinan (PGK) Nasional seperti tertera di bawah:-
- Murid Orang Asli yang berdaftar dengan eDamak dan disahkan status kemiskinannya sebagai MISKIN atau MISKIN TEGAR.
- Murid Penan yang bersekolah di Sekolah Penan. Login eKasih KPM
- Murid BUKAN penerima bantuan kewangan persekolahan seperti Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP), Biasiswa Sukan (BS), Elaun OKU daripada KPM, biasiswa Kerajaan Negeri, biasiswa swasta dan mana-mana yayasan.
Kadar & Jenis Bantuan
Jenis dan kadar bantuan KWAPM adalah seperti berikut:
Nota:
* Bantuan Am Persekolahan meliputi Bantuan Pakaian Seragam Sekolah /Bantuan Yuran Persekolahan/Yuran Peperiksaan/Bantuan Peralatan Persekolahan dan Bantuan Kes Kecemasan ** Bantuan Bulanan adalah tertakluk kepada kedudukan kewangan Tabung KWAPM. Login eKasih KPM
Kadar dan jenis bantuan yang diberikan ini adalah tertakluk kepada keupayaan dana Tabung KWAPM dan perubahan boleh dibuat oleh pihak Jawatankuasa Pengurusan KWAPM di peringkat Kementerian yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha KPM.
Cara Agihan Bantuan KWAPM
Bantuan kewangan yang diterima melalui dana Tabung KWAPM ini boleh diagihkan oleh Pengetua/Guru Besar kepada murid yang telah disahkan layak menerima bantuan melalui cara berikut: –
Tatacara Permohonan Bantuan KWAPM
Semua murid yang KIR berdaftar dengan sistem eKASIH dan murid Orang Asli di bawah Sistem eDamak yang telah disahkan sebagai MISKIN atau MISKIN TEGAR akan diberikan bantuan KWAPM secara automatik tanpa perlu mengemukakan permohonan. Sistem eKASIH diselaraskan oleh Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) manakala Sistem eDamak diselaraskan oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).
Bagi KIR yang belum berdaftar dengan sistem eKASIH, mereka boleh membuat permohonan melalui laman web http://www.ekasih.gov.my
Namun begitu, pembayaran bantuan KWAPM hanya boleh dilaksanakan selepas pemohon dibanci oleh pihak Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan disahkan berada dalam kategori MISKIN atau MISKIN TEGAR.
Bagi murid Penan (yang bersekolah di sekolah Penan), pihak sekolah perlu mengemukakan permohonan menggunakan Borang Rumusan Permohonan (BRP) dan dikemukakan kepada KPM pada 1 Oktober tahun sebelum (bagi murid Tahun 2 hingga 6) dan pada 1 Februari tahun semasa (bagi murid Tahun 1 dan Tingkatan 1).
Bermula tahun 2011, Mesyuarat Pengurusan Tertinggi KPM pada 18 Mac 2011 telah memutuskan bahawa pembayaran bantuan KWAPM akan diperluaskan kepada murid Tahun 1 hingga Tingkatan 1/Peralihan yang dikenalpasti layak daripada Data Sedia Ada KPM (DSA) di samping data eKASIH dan eDamak. Ia selaras dengan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 12 Januari 2011 dan Mesyuarat Majlis Tindakan Negara (MTN) pada 6 Ogos 2010 yang memutuskan bahawa sekiranya terdapat mana-mana kemiskinan yang belum disenaraikan tetapi Kementerian dan agensi merasakan ianya adalah layak diberikan bantuan, maka bantuan boleh dipertimbangkan berikutan sistem eKASIH masih dalam fasa permulaan dan belum dapat dibuat secara menyeluruh.
Permohonan DSA dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Individu KWAPM di peringkat sekolah. Borang tersebut diedarkan kepada murid miskin yang pendapatan keluarganya berada di bawah Paras Garis Kemiskinan (PGK) Nasional berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada Sistem Maklumat Murid (SMM) di peringkat sekolah.
Pihak sekolah akan membuat pemilihan murid yang layak melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Peringkat Sekolah yang dipengerusikan oleh Guru Besar/Pengetua sekolah. Jawatankuasa ini dianggotai oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) dan sekurang-kuranganya dua (2) orang wakil ibu bapa daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk menyemak dan memperakukan murid yang layak menerima bantuan KWAPM.
Setelah murid yang layak dikenalpasti dan dipersetujui oleh jawatankuasa, pihak sekolah akan mengumpulkan semua maklumat yang diperolehi dengan menyediakan Borang Rumusan Permohonan yang lengkap dan menghantarkan borang tersebut ke Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) untuk disemak/disahkan. JPN merupakan agensi yang bertanggungjawab untuk menghantar senarai nama yang telah disemak/disahkan ke Bahagian Kewangan KPM untuk diproses.
Bahagian Kewangan akan membuat semakan terakhir sebelum proses pembayaran dibuat. Peruntukan bagi bantuan KWAPM akan dikreditkan terus ke akaun sekolah melalui Electronic Fund Transfer (EFT). Pada peringkat ini, Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Peringkat Sekolah pula perlu memainkan peranan dengan memantau proses agihan bantuan kepada semua murid yang layak berdasarkan syarat syarat dan peraturan yang berkuatkuasa.
Saya belum daftar ekasih mcmne nk dartar cara online boleh bg link tk