Senarai Lirik Lagu Patriotik Sempena Hari Merdeka / Hari Kebangsaan
Kehangatan bulan kemerdekaan semakin terasa bahangnya. Guru-guru, penjawat awam, murid dan orang awam tentunya ramai yang mula membuat carian dan diperdengarkan dengan pelbagai lagu patriotik bagi menyuntik semangat cintakan negara
Banyak cara yang boleh dilakukan untuk kita menyuntik semangat nasionalisme terhadap tanah air yang tercinta terutama sekali dalam mengekalkan perpaduan sesama kita yang berbilang bangsa, agama dan budaya.
Untuk menyemarakkan lagi semangat cintakan negara yang tidak berbelah bahagi, kami telah menyenaraikan beberapa lagu patriotik yang mempunyai kepelbagaian melodi, lirik dan punya impak yang kuat untuk buat kita bangga menjadi rakyat Malaysia.
Senarai Lirik Lagu Patriotik
Lirik Lagu Patriotik ‘Warisan’ – Sudirman Haji Arshad
Insan seni berjiwa patriotik, Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad satu-satunya penghibur dan penyanyi Malaysia yang melahirkan album patriotik berjudul Abadi pada 1982.
Album ini memuatkan lagu ‘Warisan’ ciptaan komposer Allahyarham Syed Haron Syed Ahmad yang dianggap ramai sebagai karya patriotik terbaik atau masterpiece.
Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harusku bawakan
Ke mana harusku semaikan cinta ini
Betapa
Di bumi ini ku melangkah
Ke utara selatan timur dan barat
Ku jejaki
Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menguna senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini
Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harusku bawakan
Ke mana harusku semaikan cinta ini
Betapa
Di bumi ini ku melangkah
Ke utara selatan timur dan barat
Ku jejaki
Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menguna senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini
Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan
Lirik Lagu Patriotik “Tanggal 31’ – Sudirman Haji Arshad
Sebuah lagi lagu patriotik dendangan Allahyarham Sudirman yang turut dimuatkan di dalam album Abadi.
Tidak seperti ‘Warisan’, lagu ‘Tanggal 31’ ini karya patriotik ikonik yang bersifat rancak dan sangat catchy kerana ia dinyanyikan untuk meraikan sambutan kemerdekaan negara yang jatuh pada tanggal 31 Ogos.
Tanggal 31
Bulan lapan, 57
Merdeka, merdeka
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah
Tanggal 31
Bulan lapan, 57
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka
Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka!
31, bulan lapan, 57
Hari mulia, negaraku merdeka
Tanggal 31
Bulan lapan, 57
Merdeka, merdeka
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah
Tanggal 31
Bulan lapan, 57
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka
Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka!
31, bulan lapan, 57
Hari mulia, negaraku merdeka
Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka!
31, bulan lapan, 57
Hari mulia, negaraku merdeka
Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!
Lirik Lagu Patriotik ‘Saya Anak Malaysia’ – Dr Sam Rasputin
Tidak kira usia, warna kulit, agama dan latar belakang ekonomi, ‘Saya Anak Malaysia’ ciptaan dan nyanyian Dr Sam Rasputin yang diterbitkan pada 1986 menjadi karya patriotik ikonik yang paling digemari rakyat Malaysia.
Ia lagu rancak yang sangat catchy dan menceritakan tentang rasa bangga rakyat dilahirkan sebagai anak Malaysia.
Sembilan belas lima puluh tiga
Bulan lima aku dilahirkan
Di sebuah negeri yang diberi nama
Negeri Sembilan
Selepas itu aku dibesarkan
Di negeri Kelantan
Aku belajar di sekolah orang putih
Dekat dengan Pasir Putih
Saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia
Lepas sekolah aku merayau
Negeri mat saleh aku merantau
Tempat orang indah sekali
Tapi Malaysia tetap di hati
Saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia
Sampai masa aku pun balik
Makweku tengok dia pelik
Dia kata dia nak jadi apa
Aku kata itu Tuhan punya kuasa
Lemah-lembut sopan-santun
Sudah menjadi darah dagingku
Walaupun aku nampaknya kutu
Aku hormat orang tuaku
Saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia
Lirik Lagu Patriotik ‘Inilah Barisan Kita’ – Jamaludin Alias
Sebuah lagi lagu patriotik yang luar biasa impaknya. Ia bukan sahaja berjaya menyuntik semangat yang membara di dalam jiwa kita tetapi turut membuai emosi saat mengenangkan jasa dan perjuangan perajurit yang bertempur habis-habisan untuk menentang musuh demi mempertahankan negara.
Lagu ini ciptaan Allahyarham Saifoel Bahari Elyas iaitu komposer sama yang menghasilkan lagu kebangsaan, ‘Negaraku’ dan ia telah dinyanyikan Jamaludin Alias yang juga bekas pengulas sukan terkenal Radio Televisyen Malaysia RTM.
Pautan video : https://www.youtube.com/watch?v=0r0jifQptcs
Inilah barisan kita
Yang ikhlas berjuang
Siap sedia berkorban
Untuk ibu pertiwi
Sebelum kita berjaya
Jangan harap kami pulang
Inilah sumpah pendekar kita
Menuju medan bakti
Andai kata kami gugur semua
Taburlah bunga di atas pusara
Kami mohon doa
Malaysia berjaya
Semboyan telah berbunyi
Menuju medan bakti
Artikel Lain: Teks Pengacaraan Pelancaran Bulan Kemerdekaan