LOGIN eOPERASI KPM GURU:(Kemaskini di eoperasi.moe.gov.my)
LOGIN eOPERASI KPM GURU wajib diketahui oleh setiap guru. Menjadi seorang guru di Kementerian Pendidikan Malaysia, selain perlu login SPLKPM , SAPS untuk guru, HRMIS2 dan APDM, memang tak akan terlepas dari menghadap eOperasi setiap hari.
Jadi, untuk memudahkan hidup anda sebagai seorang pendidik, izinkan kami kongsi cara login eOperasi KPM. Bagi mana-mana cikgu baru yang belum ada akaun, sila daftar eOperasi dahulu.
Baca Juga: Prmohonan Pertukaran Guru 2021
Untuk cikgu-cikgu baru, sebelum boleh login e-Operasi, kami kongsikan dahulu cara untuk buat pendaftaran e-Operasi. Cikgu-cikgu lama, boleh terus baca cara login eOperasi seperti di bahagian seterusnya.
- Layari laman web MOE untuk mendaftar e-Operasi di sini: https://eoperasi.moe.gov.my/dr_login/sign_up.cfm
- Isikan Nama
- Isikan No Kad Pengenalan. Pastikan tidak mempunya dash atau sempang (-). Contohnya, 941010142225
- Isikan No. Gaji
- Isikan ID Pengguna yang akan digunakan untuk login eOperasi KPM nanti. Pastikan dalam 8 – 12 aksara sahaja.
- Pilih Kata Laluan
- Buat Pengesahan Kata Laluan
- Masukkan Emel. Contohnya [email protected]
- Isikan Tarikh Lahir menggunakan format berikut hh/bb/tttt )
- Pilih dan jawab salah satu Soalan Keselamatan eOperasi KPM
- Masukkan Jawapan Soalan Keselamatan
- Tekan butang SIMPAN
- Sila semak proses pendaftaran eOperasi KPM ini dengan Pentadbir Sistem
- Selepas selesai semua urusan pendaftaran, barulah anda boleh login
Baca Juga: SEMAKAN KENAIKAN PANGKAT KPM 2021
Cara LOGIN eOPERASI KPM GURU (Selepas daftar)
Tak perlu cerita apa itu e-Operasi kerana kami berpendapat semua cikgu sudah maklum. Kami terus kongsikan sahaja bagaimana cara login eOperasi KPM secara online.
- Layari laman web rasmi KPM di sini: https://eoperasi.moe.gov.my
- Lihat di bahagian LOG MASUK sebelah kiri
- Masukkan LoginID
- Masukkan Kata Laluan
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan
- Tekan butang Log Masuk
- Sekiranya semua maklumat yang dimasukkan tadi ada betul, anda akan berjaya masuk ke dalam sistem Modul Pengurusan Guru e-Operasi
Mahu login eOperasi KPM, tapi terlupa password
Jika anda terlupa kata laluan, ikut langkah berikut:
- Layari laman web rasmi KPM di sini: https://eoperasi.moe.gov.my/dr_login/sk_lupa_katalaluan.cfm
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan
- Tekan butang HANTAR
Login e-Operasi untuk semak & kemaskini Maklumat Guru
Selepas berjaya masuk eOperasi KPM, lihat menu di sebelah kiri. Semua guru mesti buat semakan dan pengesahan Maklumat Guru yang berkenaan sahaja seperti berikut:
- Maklumat Peribadi
- Maklumat Pasangan
- Maklumat Sejarah Akademik
- Maklumat Akademik
- Maklumat Sijil Kemahiran (SKM)
- Maklumat Subjek Diajar Semasa
- Maklumat Sejarah Ikhtisas
- Maklumat Ikhtisas
- Maklumat Perkhidmatan
- Maklumat Tarikh Perkhidmatan
- Maklumat Sejarah Perkhidmatan
- Maklumat Sejarah Pengalaman Mengajar
- Maklumat Elaun
- Maklumat Kokurikulum
- Maklumat Isytihar Harga
- Cetakan Maklumat Keseluruhan
Pembetulan Maklumat Setelah LOGIN eOPERASI KPM GURU?
Sekiranya ada maklumat yang tidak tepat, sila buat kemaskini dengan memaklumkan kepada Penolong Kanan 1.
Setiap guru wajib melaksanakan pengesahan data masing-masing melalui sistem e-Operasi 2020.
Login e-Operasi untuk kemaskini lain-lain (untuk admin)
Selain maklumat guru, anda juga boleh kemaskini maklumat-maklumat lain seperti yang disenaraikan di bawah. Namun, fungsi ini hanya boleh diakses oleh admin dan pentadbir tertentu sahaja.
Maklumat Enrolmen
- Mengikut kelas
- Mengikut subjek
- Mengikut elektif
Anggaran Belanja Mengurus (ABM)
- Permohonan
- Semakan
- Kelulusan
- Analisis kelulusan / pelaksanaan
Borang Status Kedudukan Guru (BSKG)
- Kedudukan guru
- Pengisian opsyen kurang / lebih mengikut opsyen
Instrumen
- Penilaian program orientasi guru baru
- Penilaian seminar
Maklumat Subjek
- Analisis pemantauan
- Subjek Elektif
- MPV
- PAV
Akhir Sekali Guru Perlu Tahu Tentang LOGIN eOPERASI KPM GURU
Login eOperasi KPM di https://eoperasi.moe.gov.my
Kebenaran untuk akses eOperasi di peringkat sekolah hanya diberikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kepada Pengetua, Guru Besar, Penolong Kanan dan Pembantu Tadbir. Ini adalah bertujuan untuk buat semakan, kemaskini dan pengesahan maklumat guru.
Setiap guru dikehendaki menyemak dan mengesahkan maklumat menggunakan ID Pengguna dan Kata Laluan masing-masing.
Ingin juga dimaklumkan, ini adalah cara untuk login eOperasi secara biasa. Untuk eOperasi SSO, kami akan kongsikan dalam artikel yang lain.
Untuk bantuan dan pertanyaan, guru-guru boleh menghubungi Pentadbir Sistem melalui email [email protected]
sila hntar password baru