LOGIN APDM (Cara Kemaskini Pangkalan Data Murid 2023)
Apa itu Login APDM?
Login APDM: Aplikasi Pangkalan Data Murid 2023, merupakan salah satu aplikasi atas talian yang diwujudkan oleh kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM ).
Untuk pengetahuan semua, aplikasi ini bertujuan sebagai satu alat untuk mengisi dan menyimpan maklumat berkenaan murid.
Aplikasi Pangkalan Data Murid ini juga penting terutamanya mengisi Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah ( SAPS )
APDM Aplikasi Pangakalan Data Murid
Aplikasi Pangkalan Data Murid ini juga menjadi satu kemudahan kepada guru dan pihak pengurusan sekolah bagi mengumpul dan menganalisa data kehadiran murid secara harian, mingguan, bulanan bahkan juga analisa tahunan.
Login APDM Online
Pengendalian data murid di antara peringkat sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri. APDM penting dalam memastikan maklumat sekolah atau murid adalah terkini. Selain itu, guru kelas atau guru mata pelajaran perlu mengisi data kehadiran.
Gugu-guru perlu Log Masuk dengan mengikuti langkah seperti berikut..
- Sila layari laman sesawang bagi Aplikasi Pangkalan data Murid iaitu seperti berikut = https://apdm.moe.gov.my/
- Di Bahgian kiri laman sesawang, log masuk APDM
- Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan.
- Tekan hantar
Kemaskini APDM Maklumat Sekolah
Kemaskini APDM Maklumat Sekolah. Admin sekolah perlu sentiasa mengemaskini maklumat sekolah yang dalam APDM kepada yang terkini supaya dapat digunakan dari semasa ke semasa.
Untuk panduan kemaskini maklumat sekolah, dan bagi melihat manual penggunaan data murid boleh terus ke laman sesawang = https://apdm.moe.gov.my/panduan/TETAPAN_SUBJEK_TERKINI_3.pdf
Cara Memadam Murid APDM
Cara untuk memadam murid dalam database APDM adalah seperti berikut:
- Log masuk ke dalam APDM dengan memasukkan ID dan kata laluan.
- Lihat paparan menu di sebelah kiri, pilih menu “data murid”.
- Kemudian halakan tetikus anda ke bahagian “kelas”.
- Lakukan pemilihan kelas.
- Lihat pada bahagian tindakan, tertulis ‘padam’. Klik jika hendak memadam.
- Akhir sekali klik “padam murid.”
Cara Kemaskini Maklumat Murid APDM
Ini adalah cara untuk para guru membuat kemaskini No KP murid bukan warga.
- Guru kelas perlu log masuk dengan menggunakan maklumat log masuk guru kelas.
- Ini bertujuan untuk semak sama ada nama murid yang ingin disemak terdapat dalam maklumat murid bukan warga.
- Kemudian pilih nama murid yang berkenaan.
- Klik pada kemaskini no KP untuk membetulkan ralat pada maklumat tersebut.
- Masukkan no kad pengenalan yang betul.
Apabila data bertindih / berlaku duplikasi, ikuti cara berikut:
- Admin perlu padam salah satu dan nyatakan sebabnya sebagai “data duplicate”.
Cara Kemaskini Maklumat Adik Beradik Dalam APDM
Ini cara untuk membuat kemaskini maklumat adik beradik.
- Log masuk ke dalam APDM dengan ID guru kelas.
- pastikan mengisi lengkap ruangan ” bahasa pertuturan di rumah” dan ” anak ke berapa”.
- Jadual tahun dilahirkan bagi setiap anak akan terpapar.
- Isikan semua ruangan kosong.
- Klik butang ‘kemaskini’ kemudian semak semula sama ada betul atau tidak.
Maklumat Murid Salah Dalam APDM
Jika maklumat murid salah, ikuti langkah ini:
Semak jika terdapat kesalahan pada maklumat-maklumat ini:
- Sijil lahir
- Nama
- Agama
- Jantina
- Kaum/ Keturunan
- Warganegara
Kemudian hantar email kepada pihak petadbir APDM di Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing. Dalam email tersebut perlulah mempunyai maklumat seperti:
- Kod sekolah
- Nama sekolah
- Nama murid
- No Kad pengenalan
- ID murid
- Tahun dan kelas
- ralat yang berlaku
- pembetulan yang diperlukan
- Maklumat pengirim.
Attach dokumen-dokumen yang diperlukan bagi tujuan pengesahan maklumat dan ralat yang berlaku.
Dokumen berikut perlu disahkan:
- salinan kad pengenalan
- surat lahir
- kad agama
- dokumen berkaitan kewarganegaraan.
Terlupa Kata Laluan APDM
Antara perkara yang kerap terjadi kepada guru-guru adalah terlupa akan kata laluan untuk login APDM.
Di sini kami kongsikan cara untuk mendapatkan kembali kata laluan.
2 situasi guru yang terlupa kata laluan serta penyelsaiannya adalah seperti berikut:
- Jika terlupa katalaluan untuk guru kelas, sila hubungi admin sekolah untuk menetapkan semula katalaluan guru pada modul pendaftaran kelas.
- Jika terlupa katalaluan untuk admin sekolah, sila hubungi Pejabat Pendidikan Daerah bagi mendapatkan password.
Soalan Lazim Tentang Login APDM
Berikut soalan lazim berkaitan APDM:
1.Bolehkah murid menggunakan APDM?
Tidak. Hanya admin APDM di PPD dan JPN, guru kelas dan seorang admin yang ditugaskan di sekolah ( pengetua )
2.Apakah perlu dilakukan jika terdapat kesalahan dalam pengisian data ?
Jika terdapat kesalahn dalam pengisian data, para guru perlu menghubungi Setiauuaha Peperiksaan ( SUP ) untuk membetulkan ralat yang dihadapi.
3.Bagaimana jika terlupa kata laluan ?
Tekan link lupa kata laluan, dan masukkan keterangan yang diminta. Anda akan menerima kembali kata laluan anda.
4.Bagaimanakah Login ke dalam sistem APDM ?
Anda boleh terus ke laman web APDM yang disediakan = https://apdm.moe.gov.my/
5.Apakah Laman Web APDM?
6.Bagaimana cara padam maklumat murid dalam APDM?
Log masuk dan pilih menu ‘data murid.’ Pilih murid yang hendak dipadam maklumatnya, klik padam.
7.Apakah dokumen diperlukan bagi pengesahan murid?
Salinan kad pengenalan atau surat lahir.
Maklumat Lanjut & Pertanyaan Tentang Login APDM
Hubungi nombor pegawai meja admin berikut jika terdapat sebarang persoalan.Ianya mengikut negeri anda.
Artikel Lain
APDM 2022 (Cara Kemaskini Data Vaksinasi & Pelaporan Covid-19)