ePromise (Sistem Tandatangan Digital Dokumen Perjanjian JPA)
Tahniah diucapkan kepada para pelajar yang mendapat tajaan pendidikan daripada pihak JPA. Langkah seterusnya adalah dengan menandatangani perjanjian tajaan tersebut.
Kini dengan adanya ePromise, proses tandatangan perjanjian menjadi lebih mudah. Kami akan membantu anda berkenaan proses tersebut.
Apa Itu ePromise
Ia adalah sistem tandatangan dokumen secara digital menggunakan platform yang disediakan. Semua pelajar yang menerima tajaan JPA perlu menandatangani perjanjian tersebut.
Proses Tandatangan Dokumen Perjanjian e Promise
- Pelajar – Pelajar mendaftar sijil digital dengan log masuk ke ePROMISE dan menandatangi dokuemn. Emel akan dihantar ke penjamin untuk tandatangan.
- Penjamin: Penjamin mendaftar sijil digital dengan log masuk ke dan menandatangani dokumen
- Wakil kerajaan: Wakil kerajaan atau Pegawai JPA menandatangani dokumen perjanjian
- Pemurnian: Dokumen perjanjian yang siap ditandatangani akan di hantar ke pelajar melalui emel.
Bagi penjamin, penjamin perlu mendaftar sama seperti pelajar.
Proses pendaftaran Sijil Digital (aplikasi MyTrustID)
- Cari “mmytrustid” dan install dari Google Playstore atau App Store
- Isi maklumat peribadi, gambar MyKAD depan/belakang, selfies da nombor telefon
- Set 6 digit kata keselamatan (PIN)
- Tambah sijil digital ePROMISE di bahagian “Certificates”
- Pendaftaran selesai kini anda boleh log masuk
Masalah dan Solusi Dalam e Promise
Sekiranya permohonan digital berada pada status “Pending” di MyTrustID app, anda perlu menunggu sehingga pihak pihak Registration Authority (RA) membuat semakan identiti yang mengambil masa 3-5 hari bekerja.
Jangan uninstall, install dan register semula kerana ini akan membuat duplicate request dan akan melambatkan proses semakan identiti.
Sekiranya anda mendapat ralat “Sijil digital anda telah tamat tempoh” semasa log masuk, anda boleh aktifkan semula sijil digital anda melalui salah satu cara di bawah:
- Jika menggunakan aplikasi mobile MyTrustID, buka app, di muka ‘Home’, klik ikon ‘Certificates’, klik ‘Add Digital ID’ dan pilih Jabatan Perkhidmatan Awam.
- Mendaftar semula melalui web portal
Info Lanjut
Sebarang permasalahan mengenai pendaftaran sijil digital MyTrustID dan sistem ePROMISE boleh menghubungi
- Emel: [email protected]
Sekiranya anda mempunyai kesulitan menggunakan portal ePromise, sila layari portal dan baca panduan yang disediakan di halaman tersebut.