SEMAKAN PPAM (Permohonan Perumahan Penjawat Awam Putrajaya)

SEMAKAN PPAM (Permohonan Perumahan Penjawat Awam Putrajaya)

Semakan PPAM

 

Skim perumahan kerajaan  PPAM ini disediakan untuk memastikan golongan berpendapatan rendah dan sederhana dapat membeli rumah di kawasan bandar utama.  PPAM adalah skim perumahan kerajaan yang direka untuk menyediakan rumah mampu milik kepada penjawat awam dan pekerja kerajaan check PPAM.

Perbadanan Putrajaya telah membuka permohonan secara online bagi Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) Putrajaya bagi Fasa 4.

Anda kini boleh mula buat semakan PPAM tersebut.

Apa Itu Perumahan Penjawat Awam Malaysia

Inisiatif rumah mampu milik check PPAM ini disediakan untuk memastikan golongan berpendapatan rendah dan sederhana juga dapat membeli rumah di kawasan bandar utama.

PPAM ini menggalakkan pemaju swasta untuk membina pembangunan PPAM, yang kemudiannya disubsidi kerajaan.

Perumahan ini menekankan kepada keselesaan dari aspek saiz, rekabentuk, kualiti, lokasi dan harga rumah yang bersesuaian bagi penjawat awam.

Tarikh Permohonan Semakan PPAM

Bgai penjawat awam yang berminat, permohonan secara online dibuka mulai 7 November sehingga 21 November 2022 secara atas talian.

SEMAKAN PPAM

Harga Jualan PPAM

Harga jualan yang ditetapkan ialah di antara RM90,000 hingga RM300,000 seunit kepada semua anggota perkhidmatan awam yang layak.

Kriteria Pemohon PPAM

Kriteria pemohon yang layak untuk memohon perumahan ini adalah seperti berikut:

  • Keutamaan kepada penjawat awam bekerja/tinggal di Putrajaya.
  • Keutamaan bagi mereka yang tiada rumah pertama di Putrajaya.
  • Keutamaan bagi pendapatan di bawah RM10,000.
  • Pemohon/pasangan tidak layak menduduki kuarters di Putrajaya.

Syarat Kelayakan PPAM

Syarat kelayakan permohonan adalah seperti berikut:

  1. Penjawat awam dalam kategori berikut:
    – Pihak Berkuasa Tempatan
    – Perkhidmatan Awam Negeri
    – Perkhidmatan Awam Persekutuan
    – Badan Berkanun Negeri
    – Badan Berkanun Persekutuan
  2. Warganegara Malaysia.
  3. Penjawat awam (lantikan atau kontrak).
  4. Moratorium selama 10 tahun.
  5. Bagi penjawat awam yang telah berpencen, mereka mestilah mempunyai kad tentera.

Cara Memohon PPAM

Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://www.ppam.gov.my/.
  2. Klik bahagian ‘Daftar.’
  3. Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar.’
  4. Kemudian, log masuk denga memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
  5. Buat permohonan sehingga selesai.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai PPAM Putrajaya Fasa 4, sila hubungi:

  • Puan Nurul: 03-88877148
  • En Mahathir: 03-88877282
  • Puan Nor Azila: 03-88877422

Siapa Yang Layak Untuk PPAM Check PPAM?

Kriteria kelayakan pemohon untuk PPAM ni agak ketat juga. Selain keutamaan kepada pembeli rumah pertama, berikut adalah beberapa syarat check PPAM yang perlu dipenuhi.

 

Syarat kelayakan PPAM

  • Warganegara Malaysia
  • Penjawat awam tetap/ pesara kerajaan/ pegawai kontrak/ anak pesara kerajaan
  • Boleh memohon lebih dari 1 projek
  • Pendapatan bulanan bawah RM10,000
  • Anak pesara boleh mohon rumah bernilai hingga RM300,000

Apakah Jenis Perumahan Yang Terlibat Dengan PPAM?

Hartanah PPA1M ni adalah unit binaan untuk tujuan tertentu (purpose-built units), yang dibina oleh pemaju swasta, dandisokong oleh pembiayaan kerajaan. Semua rumah tu memang direka dengan kriteria berikut:

Sekatan Skim PPAM

  • 1 rumah PPAM untuk 1 isi rumah
  • Tak boleh dijual selama 10 tahun kecuali kepada keluarga terdekat/ dapat kelulusan kerajaan
  • Deposit 2% ketika tandangan SPA
  • Tak boleh mohon unit khas
  • Tak boleh ubah unit bila tawaran dah dapat
  • 2 bulan untuk dapatkan pinjaman selepas dapat tawaran
  • Tak boleh buat rumah sewa

Artikel Lain : Jadual Tarikh Pembayaran BKM Fasa 4 2022

Leave a Comment