MALAYSIA FUTSAL CUP 2023(Keputusan Jadual Perlawanan Akhir & LIVE)

MALAYSIA FUTSAL CUP 2023(Keputusan Jadual Perlawanan Akhir & LIVE)

MALAYSIA FUTSAL CUP

Terkini telah Piala Futsal Malaysia (Malaysia Futsal Cup) tahun 2023. Kejohanan ini merupakan acara tahunan di mana penyertaan pasukan dalam kejohanan ini dtentukan berdasarkan kedudukan mereka dalam Malaysia Premier Futsal League (MPFL). Disini kami akan kongsikan kepada anda tarikh, jadual dan keputusan bagi tahun 2023, semoga membantu.

 

APA ITU MALAYSIA FUTSAL CUP

Piala Futsal Malaysia (MFC) ialah pertandingan tahunan kelab futsal di Malaysia yang dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Pasukan layak ke pertandingan itu berdasarkan prestasi mereka dalam Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL).

 

FORMAT MALAYSIA FUTSAL CUP

Berikut adalah merupakan fomat pertanding perlawanan futsal ini iaitu:

KelayakanKelayakan ke Piala Futsal Malaysia dibahagikan kepada dua laluan – laluan pertama ialah tiga pasukan teratas Kumpulan A dan B dalam Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) akan layak terus ke peringkat kalah mati, manakala laluan kedua ialah keempat dan kelima pasukan tempat Kumpulan A dan B dalam MPFL akan bermain dalam pusingan kelayakan untuk layak ke peringkat kalah mati.
Dalam pusingan kelayakan, pasukan dari Kumpulan A dan B dalam MPFL akan menentang setiap satu untuk mencapai kelayakan ke peringkat kalah mati. Bermakna pasukan tempat keempat Kumpulan A akan menentang pasukan tempat kelima Kumpulan B dan pasukan tempat keempat Kumpulan B akan menentang pasukan tempat kelima Kumpulan A.
Peringkat kalah matiFormatnya menyaksikan peringkat kalah mati – di tempat sendiri dan di tempat lawan, bermula dari suku akhir, separuh akhir dan akhir. 8 pasukan – 6 pasukan yang layak terus dan 2 pasukan daripada pemenang pusingan kelayakan akan diundi masing-masing.

 

SENARAI PASUKAN MALAYSIA FUTSAL CUP

Berikut ialah antara pasukan yang kelayakan dalam perlawanan pada tahun 2023 iaitu:

  • Johor Darul Ta’zim
  • Pahang Rangers
  • Selangor MAC
  • Selangor TOT United
  • Terengganu
  • Shah Alam City
  • Kuala Lumpur City
  • Pulau Pinang

 

JADUAL PERLAWANAN MALAYSIA FUTSAL CUP

Berikut adalah merupakan jadual perlawanan bagi tahun 2023:

  • Suku Akhir pertama menyaksikan Pahang Rangers akan bertemu Selangor TOT United manakala suku akhir kedua pula bakal menemukan Terengganu dan Pulau Pinang dengan pemenang kedua-dua suku akhir ini akan bertemu di separuh akhir.
  • Sementara itu suku akhir ketiga akan menjadi gelanggang buat Shah Alam City dan Selangor MAC dan suku akhir keempat pula menemukan Kuala Lumpur City dan Johor Darul Ta’zim.
  • Peringkat suku akhir dan separuh akhir bakal diadakan secara timbal balik manakala perlawanan akhir akan berlangsung secara satu perlawanan sahaja bagi membawa pulang trofi dan gelaran juara MFC 2023.

 

PERLAWANAN AKHIR MALAYSIA FUTSAL CUP

Berikut adalah merupakan jadual perlawanan akhir MFC bagi tahun 2023:

Gelaran juara MFC 2023 akan ditentukan oleh Pahang Rangers dan JDT yang akan berlansung di perlawanan akhir pada 9 September 2023 di tempat yang akan diputuskan FAM dalam tempoh terdekat.

 

SIARAN LANGSUNG MALAYSIA FUTSAL CUP

Anda kini boleh menyaksikan perlawanan MFC secara langsung (live) menerusi saluran berikut:

  • Astro Arena 2
  • Sukan RTM
  • TV Okey

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment