Cara Tambah Mata Kredit SPLKPM ( Senarai Aktiviti MyPPB)
Login SPLKPM modul individu atau Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan Malaysia merupakan salah satu laman web atau portal yang penting bagi guru. Guru perlu cukupkan mata kredit di dalam SPLKPM setiap tahun.
Portal Login SPLKPM modul individu ini dibangunkan untuk memudahkan dan melancarkan lagi proses pengurusan latihan, kursus, seminar dan bengkel yang telah disertai guru. Kami akan membantu anda berkenaan cara tambah mata kredit SPLKPM dengan mudah.
Kandungan Mata Kredit Dalam SPLKPM
- Melalui SPL KPM ini para guru boleh Login SPLKPM modul individu untuk melihat senarai kursus yang telah disertai.
- Walaubagaimanapun senarai kursus ini perlu dikemaskini atau di key in oleh Setiausaha Ladap atau penganjur kursus. Anda boleh melihat adakah jumlah kursus yang anda sertai sudah cukup atau belum untuk tahun ini.
- Bukan sahaja kursus secara berbengkel, tetapi kursus di atas talian seperti Kursus BOSOT juga akan disenaraikan di dalam sistem ini.
Cara Tambah Mata Kredit SPLKPM
Di sini saya kongsikan bagaimana nak daftar webinar KPM.
1. Login SPLKPM-Modul Individu.
2. Buka Pembelajaran Kendiri.
3. Tekan Webinar.
4. Klik untuk sertai webinar.
5. Klik kemaskini status.
6. Tekan simpan.
7. SU LDP akan sokong.
Untuk hari berkursus 6 jam dikira 1 hari kursus.
Untuk mata kredit pula seperti berikut:
01- Kursus/ Bengkel/ Seminar/Kolokium/ Konvensyen/ Simposium/ Forum/ Konferens/ Klinik Kaunseling = 15 Mata Kredit.
02- Wacana Ilmu/ Taklimat/ Bicara Profesional/ Perkongsian Ilmu/ Sesi Dialog/ Ceramah/ Lain-lain = 15 Mata Kredit
03- Bimbingan Dan Pementoran = 10 Mata Kredit
04- Peningkatan Akademik = 20 Mata Kredit
05- PLC = 20 Mata Kredit
06- e Pembelajaran = 15 Mata Kredit
7- Penyelidikan = 20 Mata Kredit
08- Penulisan & Pengkaryaan Kreatif = 20 Mata Kredit
09- Lawatan Penanda Aras = 10 Mata Kredit
10- Pembacaan Buku = 20 Mata Kredit
11. Program Sangkutan di luar dan dalam KPM = 10 Mata Kredit
12. Sumbangan Profesional/ Bukan Profesional = 10 Mata Kredit
13. Inovasi = 20 Mata Kredit
Senarai Aktiviti MyPPB
Terdapat 13 aktiviti yang boleh dilakukan untuk mendapatkan mata kredit tersebut, termasuklah:
- Kursus, bengkel atau seminar
- Wacana ilmu, taklimat atau perkongsian
- Bimbingan dan pementoran
- E-Pembelajaran
- Lawatan penanda aras
- Pembacaan buku
- Peningkatan akademik
- PLC
- Penyelidikan
- Penulisan dan pengkaryaan
- Program sangkutan
- Inovasi
- Sumbangan-sumbangan lain
Cara Login SPLKPM Modul Individu
Cara Login SPLKPM modul individu adalah seperti berikut:
Log Masuk di: https://splkpm.moe.gov.my/
(Pilih modul individu)
- Masukkan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan
- Selepas berjaya log masuk, anda akan dapat melihat paparan menu-menu berikut
- Pengenalan
- Pengurusan SPLKPM
- Senarai Kursus Tawar
- Kemaskini Permohonan Kursus
- Latihan dan Sesi Pembelajaran
- Senarai LDP Dihadiri/ Daftar KKL
- Senarai Bimbingan & Pementoran
- Senarai PLC
- Pembelajaran Kendiri/ Aktiviti lain PPB
- Perekodan Latihan Lain
- Analisis dan Pelaporan
- Utiliti Pengguna
- E-Profil
- Cv Curriculum Vitae
Anda boleh rujuk, penerangan di artikel sebelum ini, Cara Dapatkan Curriculum Vitae Guru
Lupa Kata Laluan Login SPLKPM Modul Individu
Bagaimana sekiranya terlupa kata laluan Login SPLKPM modul individu ?
Sekiranya anda terlupa kata laluan, ada 1 alternatif lain iaitu Log Masuk menggunakan SSO KPM, iaitu Single Sign On, atau anda boleh tekan ‘Lupa Kata Laluan’. Maklumkan kepada SULDP sekolah anda, nanti dia akan bertindak selanjutnya.
Baca Juga: eOperasi: Login Sistem Kemaskini Maklumat Guru KPM 2021