SKRIP TEKS PENGACARAAN HARI ANUGERAH CEMERLANG SEKOLAH
Majlis, aktiviti atau program tidak sempurna sekiranya tiada Pengacara Majlis. Namun bukan suatu yang mudah untuk menjadi seorang Pengacara Majlis. Majlis dikategorikan kepada dua iaitu rasmi/formal atau tidak rasmi/tidak formal. Ulangkaji perlu dilaksanakan bagi membolehkan persediaan rapi dapat dibuat.
Keyakinan, keberanian, serta sanggup menerima kritikan dan kesilapan merupakan sikap yang perlu ada untuk menjadi seorang Pengacara Majlis yang efisien. Manakala takut, malu serta gugup merupakan sikap yang perlu dijauhi. Selain kebolehan atau bakat yang sedia ada, ia juga boleh dipupuk dengan meningkatkan kekerapan menjadi Pengacara Majlis disamping menyertai kursus berkaitan. Sejujurnya, sikap ini perlu ada bukan sahaja perlu sebagai Pengacara Majlis tetapi boleh dipraktikkan di dalam aktiviti yang melibatkan kita untuk memberikan taklimat, pendapat atau pandangan dalam mesyuarat dan sebagainya.
Kami akan kongsikan kepada anda semua contoh Teks Pengacaraan Majlis Hari Anugerah Cemerlang peringkat sekolah.
Definisi Pengacara Majlis
Seseorany yang dilantik secara rasmi untuk dipertanggungjawabkan mengendalikan sesebuah majlis mengikut aturcara yang telah ditetapkan dan merujuk kepada skrip yang telah diluluskan serta berpandukana arahan Pegawai Protokol/ Pengurus Majlis (Event Manager)
Artikel Lain : Permohonan Latihan Di GIATMARA 2022
SKRIP TEKS PENGACARAAN HARI ANUGERAH CEMERLANG
Berikut adalah contoh Teks Pengacaraan Majlis Hari Anugerah Cemerlang peringkat sekolah:
Anda boleh download di sini : CONTOH TEKS PENGACARAAN HARI ANUGERAH CEMERLANG
TARIQ | PENGUMUMAN KETIBAAN
Mengumumkan ketibaan,
Yang Berhormat Dato Haji Maulizan Bin Bujang, Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Tiram.
|
NIZA | (GIMIK)
(NYANYIAN LAGU BANGSA JOHOR DAN LAGU SEKOLAH)
Tetamu jemputan dan para hadirin dipersilakan mengambil tempat
(PERSEMBAHAN KOIR)
|
WANA | KATA SALUTASI
Salam sejahtera kami ucapkan, Para hadirin semua jemputan; Selawat dan salam kami junjungkan, Ke hadrat Nabi Rasul pilihan.
Ke pekan kuala membeli bingka, Sayang pesanan terlupa sudah, Majlis bermula tirai dibuka, Dengan alunan madah yang indah
Bismillahirahmanirahim
Yang Berbahagia Dato Haji Maulizan bin Bujang, Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Tiram
Yang dihormati Encik Mahari bin Kapor, Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Kota Masai
Yang Berusaha Tuan Haji Kamaruddin bin Abu Hassan, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kota Masai
Puan Norhaliza bt Taha, Guru Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Kota Masai
Encik Roslan bin Daud, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Kota Masai
Encik Marzuki bin Md Johari, Guru Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Kota Masai
Encik Saifuldin bin Hassan, Guru Penolong Kanan Petang Sekolah Kebangsaan Kota Masai
Guru-guru cemerlang,
Ahli Jawatankuasa PIBG Sekolah Kebangsaan Kota Masai
Ahli Jawatankuasa Pelaksana Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Kota Masai 2014
Para guru, ibu bapa, seterusnya hadirin dan hadirat yang dimuliakan.
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.
|
NILA | UCAPAN ALU-ALUAN DAN SELAMAT DATANG
Hadirin dan hadirat yang dihormati,
Allah jua yang dipuji, dengan lidah dan hati, kerana dengan limpah dan izin-Nya, membolehkan kita berkumpul pada petang yang berbahagia ini.
Dalam suasana ceria penuh harmoni, dari Dewan Politeknik Ibrahim Sultan, majlis berbesar hati mengucapkan ribuan terima kasih kepada tetamu-tetamu kehormat, tuan-tuan dan puan-puan ke majlis penuh bersejarah pada hari ini.
Untuk pengetahuan hadirin, Gimik Tarian Sewang diikuti persembahan lagu koir secara medley sebentar tadi sebagai tanda menyambut kedatangan dan mengalu-alukan kehadiran para jemputan ke Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Kota Masai tahun 2014.
|
TARIQ | BACAAN DOA
Kalau pergi Tanjung Keramat, Anak manis jangan diangkat, Bersama kita memohon rahmat, Moga majlis mendapat berkat.
Sebagai pembuka tirai atur cara, majlis menjemput dan mempersilakan Al-Fadhil Ustaz Mohd Faizan bin Mat Jusoh untuk memimpin bacaan doa sebagai permintaan hajat dan restu agar majlis kita diberkati hendaknya. Dipersilakan.
(Bacaan doa)
Semoga doa pimpinan Ustaz tadi diberkati Allah hendaknya. Majlis mengucapkan terima kasih.
|
NIZA | UCAPAN GURU BESAR
Hadirin yang dirahmati, Sesungguhnya, kejayaan dan kecemerlangan seseorang individu tidak diukur dengan hanya pencapaian luaran semata-mata tetapi adalah sejauhmana kejayaan itu mampu memberikan sumbangan kembali kepada orang di sekelilingnya.
Tinggi burung terbang di angkasa, Bunga mekar dipetik peraih, Majlis bermula restu diminta, Ucapan aluan mengambil alih.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Tuan Haji Kamaruddin bin Abu Hassan, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kota Masai untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Majlis mempersilakan.
(Ucapan Guru Besar)
Majlis mengucapkan terima kasih atas rangkaian ucapan alu-aluan yang penuh bermakna sebentar tadi.
|
WANA | UCAPAN PERASMIAN
Hadirin, para jemputan yang dikasihi, Kejayaan bukanlah milik mutlak seseorang tetapi adalah himpunan doa, harapan dan sumbangan insan-insan yang berdiri teguh, berjalan seiringan untuk membantu dalam mencapai kecemerlangan. Ibu bapa, guru-guru dan rakan taulan jangan dilupakan saat diri berada di puncak gemilang.
Daun semulur di pekan sari, Batang jerami rebah ke bumi, Madah dihulur sembah diberi, Kata perasmi hajatnya kami.
Kini, majlis menjemput dengan penuh takzimnya, Yang Berhormat Dato Haji Maulizan bin Bujang, Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Tiram untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Kota Masai tahun 2014. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
(Ucapan Perasmian)
Majlis merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan atas janaan ucapan perasmian sebentar tadi.
|
NILA | PERSEMBAHAN TARIAN – JOGET HATINYA TAK TAHAN
Sirih pinang sirih berlipat, Diambil sehelai dibawa pergi, Tampak joget indah dilihat, Menjadi tatapan majlis berseri.
Hadirin yang dihormati, Kita sama-sama saksikan persembahan tarian ‘Joget Hatinya Tak Tahan’. Dipersilakan.
(Tarian)
Majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan tarian di bawah pimpinan Puan Nur Hasanah bt Hamzah sebentar tadi.
|
TARIQ
NIZA WANA
WANA
TARIQ
TARIQ
NILA
NILA
WANA
NIZA
| ANUGERAH PENCAPAIAN GEMILANG 2014
Hadirin yang dimuliakan, Sebagai pembuka acara penyampaian anugerah pada hari ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Yang Berhormat Dato Haji Maulizan bin Bujang, Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Tiram diiringi Tuan Haji Kamaruddin bin Abu Hassan, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kota Masai bagi menyampaikan anugerah. Dipersilakan.
Anugerah Pencapaian Gemilang 2014 bagi :
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 Anugerah Pencapaian Gemilang Individu Kokurikulum dan Sukan 2014
(nama penerima)
Hadirin yang dimuliakan, Muhammad Danial bin Romizan tidak dapat hadir kerana terpilih ke Sekolah Sukan Bukit Jalil dan sedang menjalani Program Pembangunan Sukan ketika ini. …………………………….
Anugerah Pencapaian Gemilang Berpasukan Kokurikulum dan Sukan 2014 Dinobatkan kepada Kelab Keselamatan Jalan Raya Sekolah Kebangsaan Kota Masai.
(nama penerima)
Untuk makluman hadirin, Nurin Syaffina binti Ahmad Farizal dan Nur Aina Adriana binti Rosli tidak dapat hadir kerana mewakili negeri Johor ke pertandingan lalulintas peringkat kebangsaan di Negeri Sembilan manakala Nurul Najiha binti Hezry mewakili negeri Johor ke pertandingan bola baling terbuka di Perlis.
Hadirin yang dihormati, Kelab Keselamatan Jalan Raya Sekolah Kebangsaan Kota Masai ini merupakan Johan Keseluruhan Pertandingan Pendidikan Lalu Lintas Peringkat Negeri Johor 2014. …………………………..
Bagi penerima Anugerah NILAM 2014 dengan bacaan buku melebihi 360 buah buku setahun, dipersilakan (nama pemenang).
Hadirin yang dihormati, penerima Anugerah NILAM 2014 yang mencatat bacaan buku paling banyak untuk Tahap 1 dan Tahap 2 akan menerima sebuah plak, sijil penghargaan dan sebuah basikal.
Dengan bacaan buku sebanyak 360 buah buku, dijemput adik Nur Afina bt Mohd Nizar dari kelas 1 Bestari untuk naik ke pentas bagi menerima hadiah pembaca NILAM terbanyak Tahap 1. Dipersilakan
Seterusnya, pemenang anugerah NILAM tahap 2 dengan bacaan buku sebanyak 460 buah buku, majlis mempersilakan adik Nur Eliani Elissa bt Mohamad Zuki.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian Yang Berhormat Dato Haji Maulizan bin Bujang menyampaikan anugerah sebentar tadi.
|
TARIQ | PERARAKAN KELUAR VIP
Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan Yang Berhormat Dato Haji Maulizan bin Bujang dan tetamu jemputan untuk meninggalkan majlis.
|
NIZA | BICARA BERIRAMA
Hadirin yang dimuliakan, Alangkah molek majlis kecemerlangan andai berseri dek persembahan. Untuk itu, majlis menjemput pasukan bicara berirama Sekolah Kebangsaan Kota Masai untuk menyampaikan persembahan bicara berirama dengan tajuk ‘Kayanya Bahasa Kita’. Dipersilakan.
(persembahan bicara berirama)
Untuk pengetahuan hadirin, pasukan bicara berirama yang dibimbing oleh Puan Siti Hajar bt Kamaruddin ini telah dinobatkan sebagai naib johan dalam pertandingan Bicara Berirama sempena sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat Negeri Johor. Tahniah diucapkan.
|
NILA
WANA
NILA | ANUGERAH PENCAPAIAN TERBAIK MATA PELAJARAN
Hadirin yang dihormati,
Berkebaya batik berwarna merah, Diserikan dengan permata berlian, Tibalah masa penyampaian anugerah, Penerima teruja menunggu giliran.
Bagi menyampaikan Anugerah Pencapaian Terbaik Mata Pelajaran, majlis menjemput dan mempersilakan Puan Norhaliza bt Taha, Guru Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Kota Masai diiringi Puan Norsiah bt Sise untuk menyampaikan anugerah, Dipersilakan.
(nama penerima)
Majlis mengucapkan terima kasih atas penyempurnaan penyampaian anugerah sebentar tadi.
|
TARIQ
NIZA
TARIQ
NILA
WANA
NILA
NIZA
TARIQ
NIZA
NILA
WANA
NILA | ANUGERAH PENCAPAIAN TERBAIK KELAS
Hadirin yang dimuliakan, Majlis seterusnya menjemput Encik Mohd Dawawi bin Mohd Daud, Pengerusi Kelab Guru dan Kakitangan Sekolah Kebangsaan diiringi Cik NorHafidah binti Azman untuk menyampaikan Anugerah Pencapaian Terbaik Kelas Pra Sekolah, Tahun 1 dan Lonjakan Saujana. Dipersilakan.
(nama penerima)
Terima kasih diucapkan kepada Encik Mohd Dawawi bin Mohd Daud, Pengerusi Kelab Guru dan Kakitangan Sekolah Kebangsaan Kota Masai atas penyampaian anugerah sebentar tadi.
…………………………………
Seterusnya, bagi menyampaikan Anugerah Pencapaian Terbaik Kelas Tahun 2, dipersilakan Encik Saifuldin bin Hassan, Guru Penolong Kanan Petang Sekolah Kebangsaan Kota Masai diiringi Encik Ahmad Firdaus bin Haramayni naik ke pentas untuk menyampaikan anugerah.
(nama penerima)
Majlis merakamkan ucapan terima kasih.
………………………………..
Bagi Anugerah Pencapaian Terbaik Kelas Tahun 3, majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan Encik Marzuki bin Md Johari, Guru Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Kota Masai diiringi Encik Amizam bin Mohamed untuk menyempurnakan penyampaian anugerah ini.
(nama penerima)
Terima kasih diucapkan. …………………………………
Hadirin yang dimuliakan, Majlis beranjak lagi dengan menjemput dan mempersilakan Encik Roslan bin Daud, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Kota Masai diiringi Puan Halemahton binti Md Hatar naik ke pentas bagi menyampaikan Anugerah Pencapaian Terbaik Kelas Tahun 4.
(nama penerima)
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Encik Roslan bin Daud, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Kota Masai atas penyampaian anugerah sebentar tadi.
|
TARIQ
NIZA
TARIQ | Seterusnya, bagi menyampaikan Anugerah Pencapaian Terbaik Kelas Tahun 5, majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Encik Mahari bin Kapor, Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Kota Masai diiringi Encik Mahathir bin Abu Khalipah Husin untuk naik ke pentas bagi menyampaikan anugerah.
(nama penerima)
Terima kasih diucapkan kepada Encik Mahari bin Kapor, Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Kota Masai atas penyempurnaan penyampaian anugerah sebentar tadi.
|
WANA | PERSEMBAHAN TARIAN – JOGET KERETA LEMBU
Hadirin yang dikasihi,
Tinggi-tinggi si burung tempua, Tinggilah lagi harapan di hati, Selamat menonton buat semua, Hiburan dipersembahkan kita hayati.
Sama-samalah kita meredakan debaran di hati dengan menyaksikan persembahan tarian ‘Joget Kereta Lembu’ yang dipersembahkan oleh murid-murid Tahun 5. Dipersilakan.
(persembahan tarian)
Terima kasih diucapkan atas persembahan tarian yang begitu menghiburkan hati sebentar tadi.
|
NILA
NIZA
NILA | ANUGERAH PENCAPAIAN TERBAIK KELAS
Hadirin yang dihormati, Meneruskan acara penyampaian anugerah, majlis mempersilakan dengan penuh takzimnya, Tuan Haji Kamaruddin bin Abu Hassan, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kota Masai diiringi oleh Encik Roslan bin Daud untuk menyampaikan Anugerah Pencapaian Terbaik Kelas Tahun 6. Dipersilakan.
(nama penerima)
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Kamaruddin bin Abu Hassan, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kota Masai atas penyampaian anugerah sebentar tadi.
|
TARIQ
NILA WANA NIZA TARIQ WANA
NILA
NIZA
TARIQ
NILA | ANUGERAH PENCAPAIAN TERBILANG
Penyampaian Anugerah Pencapaian Terbilang
(biodata tokoh) Anugerah Tokoh Kurikulum Anugerah Tokoh Hal Ehwal Murid Anugerah Tokoh Kokurikulum Anugerah Tokoh NILAM Anugerah Tokoh Murid
Bagi menyampaikan Anugerah Pencapaian Terbilang, majlis menjemput dan mempersilakan Yang Dihormati Encik Mahari bin kapor, Yang dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Kota Masai diiringi oleh Tuan Haji Kamaruddin bin Abu Hassan naik ke pentas bagi menyempurnakan penyampaian anugerah.
(nama penerima)
Terima kasih diucapkan kepada Encik Mahari bin Kapor, Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Kota Masai atas kesudian menyampaikan anugerah pencapaian terbilang sebentar tadi.
Tahniah diucapkan kepada semua penerima Anugerah Pencapaian Terbilang Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Kota Masai 2014.
|
WANA
TARIQ
| NYANYIAN LAGU NEGARAKU DAN BERSURAI
Hadirin yang dimuliakan,
Banyak keluk ke penarik, Keluk tumbuh pohon kuini, Nan elok bawalah balik, Nan tak elok tinggallah di sini
Bunga dedap di atas para, Anak dusun pasang pelita, Kalau tersilap tutur bicara, Jemari disusun maaf dipinta
Dengan ini saya (sebut nama)
Jumpa lagi dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Kota Masai pada tahun hadapan.
Salam Takzim, Salam Hormat dan Assalammualaikum.
Mohon hadirin berdiri untuk menyanyikan lagu Negaraku. |
Kursus Latihan Pengacaraan Majlis
Sekiranya anda berminat untuk menyertai kursus tersebut, anda boleh melayari pautan ini : http://trainingcentre.nuclearmalaysia.gov.my/?page_id=146
Semoga perkongsian contoh Teks Pengacaraan Majlis Hari Anugerah Cemerlang peringkat sekolah ini memberikan manfaat kepada anda semua.
terima kasih tuan/puan atas perkongsian. semoga ALLAH memudahkan rezeki dan urusan tuan/puan. Alhamdulillah.
Terima kasih ats perkongsian. Mohon share yer.