CONTOH MINIT CURAI (Cara Buat Format Terkini)
Kepada anda yang telah menghadiri mesyuarat, kursus, seminar atau taklimat, semestinya anda akan sediakan miinit curai untuk dikemukan kepada ketua jabatan anda. Bagi panduan anda, disini kami akan kongsikan contoh miinit curai sebagai rujukan anda, semoga membantu.
APA ITU MINIT CURAI
Minit curai bermaksud minit yang dicabut daripada minit keseluruhan iaitu cabutan minit yang hanya merujuk perkara tertentu untuk diambil tindakan oleh pihak tertentu. Ia juga merupakan laporan ringkas yang disediakan oleh pegawai yang kembali menghadiri seminar atau kursus untuk dikemukakan kepada ketua jabatan sebelum minit lengkap atau laporan lengkap diterima daripada penganjur.
TUJUAN MINIT CURAI
Ianya bertujuan supaya segala maklumat yang telah diterima terus disampaikan kepada Ketua Jabatan walaupun maklumat itu tidaklah berkaitan baginya atau dianggap tidak penting olehnya. Ianya juga dapat mengelakkan berlaku salah faham atau keciciran maklumat.
KANDUNGAN DALAM MIINIT CURAI
Berikut adalah merupakan antara kandungan yang perlu anda dalam minit ini iaitu:
- Perkara
- Tarikh
- Rujukan Fail
- Masa
- Tempat
- Anjuran
- Kehadiran
- Bil
- Perkara/ Isu
- Tindakan dan Makluman
- Nama Pencatat
- Tarikh Disediakan
BILA PERLU DIBUAT MIINIT CURAI
Sebaiknya ianya dibuat dalam kadar segera selepas pulang dari mesyuarat, taklimat, kursus atau seminar yang dihadiri. Ianya bagi mengelakkan Kelewatan untuk mengambil tindakan atau terlupa unutk menyampaikannya.
CARA MEMBUAT MINIT CURAI
Berikut adalah merupakan cara penulisan minit ini iaitu:
- Seharusnya dibuat lebih ringkas tetapi mempunyai maklumat yang padat.
- Tidak perlu menulis semua perkara, hanya memasukkan perkara yang perlu disampaikan dan maklumat yang memerlukan tindakan susulan.
- Kenyataan juga hendaklah ditulis dengan ringkas dan mudah difahami tetapi tidak lari daripada maksud asal.
CONTOH MINIT CURAI
Berikut adalah merupakan contoh untuk anda membuat rujukan. Anda hanya perlu copy, paste dan edit sahaja:
BORANG MINIT CURAI
(Taklimat / Mesyuarat / Bengkel / Seminar)
PERKARA | TARIKH | ||||
RUJ. FAIL | MASA | ||||
TEMPAT | ANJURAN | ||||
KEHADIRAN : 1. 2. | |||||
BIL | PERKARA / ISU | TINDAKAN /MAKLUMAN | |||
1 | |||||
2 | |||||
3 | |||||
4 | |||||
5 | |||||
Nama Pencatat : | Tarikh Disediakan: | ||||
NOTA: Kenyataan ditulis dengan ringkas dan mudah difahami tetapi tidak lari dari maksud asal. Fokus kepada maklumat yang memerlukan tindakan susulan.
ARTIKEL LAIN
CONTOH MINIT MESYUARAT 2022 (FORMAT TERKINI)