mytemujanji.jpn.gov.my:CARA DAFTAR REGISTER SEMAK TEMUJANJI JABATAN PENDAFTARAN NEGARA

mytemujanji.jpn.gov.my:CARA DAFTAR REGISTER SEMAK TEMUJANJI JABATAN PENDAFTARAN NEGARA

mytemujanji.jpn.gov.my

Jika anda ingin melakukan urusan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), anda harus membuat temujanji terlebih dahulu di mytemujanji.jpn.gov.my sebelum pergi ke pejabat JPN. Ini adalah kerana bagi mengelakkan kesesakan di kaunter memandangkan Malaysia masih lagi dalam wabak pandemik.

Izinkan kami berkongsi.

 

Cara Buat Appointment Di mytemujanji.jpn.gov.my

Berikut adalah cara-cara untuk membuat temujanji mytemujanji.jpn.gov.my:

  1. Layari mytemujanji.jpn.gov.my.
  2. Pilih MULA TEMPAHAN.
  3. Sila baca Terma dan Syarat Permohonan Online Sistem MyJanjiTemu Jpn.
  4. Tick pada kotak Saya telah membaca dan bersetuju dengan Terma dan Syarat yang dinyatakan.
  5. Tekan Seterusnya.
  6. Pilih Negeri pilihan anda.
  7. Pilih Pejabat JPN.
  8. Pilih Perkhidmatan yang anda inginkan.
  9. Tekan SETERUSNYA.
  10. Anda dikehendaki untuk memilih tarikh untuk temujanji. Tarikh berwarna merah menandakan sudah penuh, sila pilih tarikh berwarna hitam.
  11. Tekan Semak.
  12. Sila pilih Masa untuk temujanji anda.
  13. Tekan SETERUSNYA.
  14. Masukkan Maklumat Anda yang diperlukan iaitu:
    • Nama
    • No Pengenalan Diri
    • Telefon
    • Email
  15. Tekan HANTAR.
  16. Slip Tempahan akan dipaparkan. Sila mencetak/memuatnaik/screenshot untuk dibawa ke pejabat JPN semasa temujanji anda nanti.

PERHATIAN

  • Tiada emel pengesahan akan dihantar oleh sistem mytemujanji.jpn.gov.my.
  • Semakan tempahan boleh dibuat di laman utama Sistem MyJanjitemu.
  • Sebarang pertanyaan atau pembatalan temujanji, sila hubungi [email protected].

Selesai.

Cara Semak Atau Batalkan Temujanji Di mytemujanji.jpn.gov.my

Setelah anda membuat temujanji mytemujanji.jpn.gov.my, anda juga boleh menyemak temujanji anda. Berikut adalah cara-caranya:

  1. Layari mytemujanji.jpn.gov.my.
  2. Pilih SEMAK/BATAL PERMOHONAN.
  3. Masukkan maklumat yang diperlukan iaitu:
    • No Pengenalan
    • No Telefon
    • Emel
  4. Tekan Semak/Batal Permohonan.
  5. Waktu temujanji anda akan dipaparkan.
  6. Anda boleh semak semula dan muat turun Slip Tempahan temujanji anda.
  7. Jika anda ingin membatalkan temujanji anda, tekan batal.

Jika anda ingin menukar tarikh temujanji anda, anda perlu membatalkan temujanji anda dan memohon semula tarikh yang baru.

 

Perkhidmatan Kaunter Yang Ditawarkan JPN

Berikut ialah khidmat yang ditawarkan JPN:

  1. Daftar kelahiran anak.
  2. Mohon Kad Pengenalan.
  3. Mohon anak angkat.
  4. Mohon kahwin bukan Islam.
  5. Mohon cerai bukan Islam.
  6. Daftar kematian ahli keluarga.
  7. Mohon warganegara Malaysia.

 

Senarai Cawangan JPN Yang Tidak Beroperasi

Sebelum memohon tarikh temujanji mytemujanji.jpn.gov.my , pastikan cawangan JPN yang anda ingin pergi masih beroperasi. Berikut adalah cawangan JPN yang tidak beroperasi:

  1. JPN Cawangan PKD Johor (Kulai)
  2. JPN Pulau Tioman (pejabat JIM)
  3. JPN Cawangan Pelabuhan Klang
  4. JPN Seri Kembangan
  5. JPN Taman Melawati
  6. JPN Bandar Baru Kerteh
  7. JPN Cawangan PKD Terengganu (Al-Muktafi Billah Shah)
  8. JPN Seputeh
  9. JPN Taman Maluri
  10. JPN Cawangan Hospital Pakar Likas

 

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan sila layari: https://mytemujanji.jpn.gov.my/mytemujanjipublic/#slider

Sila pastikan anda membaca dengan teliti terma dan syarat yang diberikan. Semoga perkongsian ini akan memudahkan urusan anda di JPN.

Bagi anda yang sudah buat permohonan MyKad dan ingin menyemak samada  status kad sudah diambil atau tidak, anda boleh ketahui cara semak status kad pengenalan anda di oskp.jpn.gov.my.

Baca Juga: hrmis2.eghrmis.gov.my:HRMIS 2.0 LOGIN KEMASKINI (LUPA KATA LALUAN/PASSWORD)

Leave a Comment