Permohonan Perkhidmatan Patching Sijil SPM Lembaga Peperiksaan Malaysia

Permohonan Perkhidmatan Patching Sijil SPM Lembaga Peperiksaan Malaysia

patching sijil spm.png

Anda kini boleh membuat permohonan patching sijil SPM . Lembaga Peperiksaan Malaysia (LP) menawarkan perkhidmatan Patching Sijil bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Perkhidmatan ini akan menggabungkan keputusan terbaik beberapa peperiksaan dalam satu sijil bagi.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Cara Permohonan Perkhidmatan Patching Sijil SPM.

 

Apakah Perkhidmatan Patching Sijil SPM?

Perkhidmatan menggabungkan keputusan terbaik beberapa peperiksaan dalam satu sijil.

Syarat Permohonan 

  1. Memiliki sijil peperiksaan SPM mulai tahun 2009
  2. Telah menduduki dua atau lebih peperiksaan SPM

Artikel Lain: Semakan Keputusan SPM Ulangan

patching sijil spm

Cara Permohonan

  1. Pemohon hendaklah mengisi borang LP/SIJIL.Pin 3/2020 yang boleh didapati di kaunter Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Lembaga Peperiksaan (LP), Putrajaya atau dimuat turun daripada laman web LP (moe.gov.my)
  2. Pemohon yang hadir sendiri ke kaunter perlu membawa dokumen pengenalan diri sebagai bukti semasa membuat permohonan perkhidmatan patching sijil SPM.
  3. Pemohon WAJIB menyertakan salinan Sijil SPM atau Pernyataan Keputusan SPM yang telah disahkan bagi setiap permohonan.
  4. Sekiranya pemohon tidak dapat hadir, pemohon boleh melantik wakil secara bertulis yang terdiri daripada ahli keluarga terdekat. Wakil yang dilantik perlu membawa bersama Surat Pelantikan Wakil yang ditandatangani oleh pemohon beserta salinan Sijil SPM atau Pernyataan Keputusan SPM dan salinankad pengenalan pemohon yang telah disahkan.
  5. Permohonan melalui orang perseorangan tanpa Surat Pelantikan Wakil, agen atau syarikat tertentu tidak dibenarkan.
  6. Permohonan melalui pos hendaklah disertakan bersama-sama salinan kad pengenalan pemohon dan salinan Sijil SPM atau Pernyataan Keputusan SPM yang telah disahkan.
  7. Permohonan melalui pos hendaklah dialamatkan kepada:
    • PENGARAH PEPERIKSAAN
LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Aras 10, Blok E 11, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
662604 Putrajaya
(u.p: Unit Kecil Sijil)
  8. Sila sertakan 2 sampul surat beralamat sendiri berukuran 11cm x 22cm bersetem RM1.20 pada setiap sampul
  9. Pemohon digalakkan menyertakan sampul Pos Ekspres atau PosLaju bagi tujuan penghantaran sijil yang telah melalui proses patching secara pos.

 

Bayaran Perkhidmatan

Bayaran proses sebanyak RM100 dikenakan bagi setiap pemohon.

Permohonan melalui pos hendaklah disertakan dengan Wang Pos atau Kiriman Wang atas nama ‘Akauntan Negara Malaysia’ atau boleh membuat pembayaran secara tunai di kaunter LP.

Cek persendirian tidak diterima.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai perkhidmatan ini boleh diperoleh melalui portal rasmi LP di alamat lp.moe.gov.my

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada anda semua.

Leave a Comment