CONTOH SOALAN JAWAPAN UJIAN PSIKOMETRIK (Format Terkini)

CONTOH SOALAN JAWAPAN UJIAN PSIKOMETRIK (Format Terkini)

CONTOH SOALAN JAWAPAN UJIAN PSIKOMETRIK

 

Tahniah diucapkan kepada anda yang layak temuduga jawatan dalam SPA. Anda dikehendaki menduduki ujian psikometrik. Usah risau, kami akan membantu anda dengan menyediakan contoh soalan ujian psikometrik tersebut.

 

Apa Itu Ujian Psikometrik?

Ujian psikometrik adalah salah satu dari kaedah yang digunakan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) untuk menapis calon yang ingin memasuki bidang perkhidmatan awam.

Ujian ini wajib diambil oleh semua calon sebelum dipanggil ke sesi temuduga kerja dan merupakan sebahagian daripada sistem peperiksaan online SPA.Tiada format tetap untuk soalan dan jawapan yang digunakan dalam ujian ini. Tetapi calon akan diberikan beberapa pilihan jawapan berbentuk objektif.

Pilihan jawapan pula boleh terdiri dari semudah 2 pilihan jawapan, 3 pilihan jawapan, 4 pilihan jawapan ataupun 5 pilihan jawapan.

  • Ya atau Tidak
  • Betul atau Salah
  • Ya, Tidak, Atau Tidak Pasti
  • Betul, Salah, Atau Tidak Pasti
  • Sangat Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Tidak Setuju, Atau Sangat Tidak Setuju
  • Dan lain-lain

Artikel Lain : Cara Daftar SPA9

 

Berapa Markah Lulus Ujian Psikometrik?

Tiada markah lulus bagi ujian psikometrik. Ujian ini bertujuan untuk menguji personaliti calon. Tiada jawapan betul atau salah dalam ujian ini.

Cuma…

Soalan ujian psikometrik ini tricky sedikit.

Soalan dengan maksud yang sama akan ditanya beberapa kali dalam bentuk yang berbeza bagi memastikan penilaian terhadap calon yang mengambil ujian psikometrik tersebut adalah tepat.

Jadi sukar untuk anda menipu perwatakan diri anda lebih-lebih lagi jika anda tidak membuat sebarang latihan.

 

Berapakah Jumlah Soalan Ujian Psikometrik Yang Perlu Dijawab?

Jumlah soalan tidak tetap dan berubah ikut keperluan ujian online yang dijalankan pihak SPA. Anda jangan risau sebab SPA akan maklumkan jumlah soalan dan tempoh menjawab kepada anda.

Jadi anda ada masa untuk buat persediaan.

Dalam format lama sewaktu semua seksyen A, B dan C digabungkan, calon yang memohon jawatan Pegawai Psikologi Gred S41 perlu menjawab 143 soalan dalam masa 30 minit dalam seksyen ujian psikometrik.

Bagi calon Pegawai Tadbir Diplomatik M41 pada Januari 2018 yang lepas pula mereka perlu menjawab 382 soalan psikometrik dalam tempoh masa 1 jam seperti yang telah ditetapkan.

 

CONTOH SOALAN UJIAN PSIKOMETRIK1

Di bawah disertakan beberapa contoh soalan ujian Psikometrik khas untuk rujukan anda. Contoh soalan di bawah boleh dijadikan rujukan asas untuk membiasakan diri anda dengan jenis soalan yang bakal anda hadapi nanti.

Contoh soalan ujian Psikometrik adalah seperti yang berikut :

  1. Dalam sebuah acara atau aktiviti, anda biasanya berbual dengan :
A. Ramai orang termasuk orang yang belum dikenali.
B. Segelintir orang yang sudah dikenali sahaja.
  2. Anda lebih menumpukan pada orang yang
A. Waras fikiran (sensible)
B. Imaginatif
  3. Di antara perkara yang kurang diterima ialah
A. Hidup tanpa arah tuju
B. Hidup seperti biasa
  4. Semasa membuat penilaian, anda biasanya terpengaruh oleh
A. Undang-undang berbanding kondisi
B. Kondisi berbanding dengan undang-undang
  5. Anda lebih memberi perhatian kepada hal-ehwal yang
A. Memberi keyakinan
B. Memberi perasaan terharu
  6. Anda lebih menggemari acara yang dimulakan dengan
A. Masa yang tepat
B. Secara santai
  7. Pilihan anda dibuat secara
A. Teliti
B. Rawak
  8. Dalam kelompok sosial anda, maklumat yang anda terima biasanya
A. Terima maklumat awal
B. Terima maklumat akhir
  9. Fakta yang anda baca, terima dan dengar
A. Fakta yang benar
B. Fakta yang salah
  10. Penulis sepatutnya menghasilkan artikel berdasarkan
A. Fakta dan isi yang benar
B. Analogi dan imaginasi rekaan
  11. Anda lebih gemar jika dikelaskan sebagai individu yang
A. Sabar
B. Mesra
  12. Anda membuat keputusan dengan
A. Moral
B. Logik
  13. Pengalaman dalam kehidupan terjadi secara
A. Dirancang
B. Rawak
  14. Anda perlu bersikap
A. Serius dan bercita-cita tinggi
B. Santai dan senang berbincang
  15. Apabila bergaul dengan orang ramai
A. Anda memberi salam dahulu
B. Menunggu orang memberi salam
  16. Saya berminat menjadi pengerusi untuk menubuhkan kelab kesihatan.
A. Ya
B. Tidak
  17. Saya berminat menjadi penasihat kewangan.
A. Ya
B. Tidak
  18. Saya suka menonton perlawanan bola sepak
A. Ya
B. Tidak
  19. Saya Suka Mendayung Sampan
A. Ya
B. Tidak

 

CONTOH SOALAN UJIAN PSIKOMETRIK 2

Berikut adalah 20 contoh soalan ujian psikometrik untuk anda cuba jawab:

  1. Saya ada banyak idea tetapi sukar mengeluarkannya
    • Ya
    • Tidak
  2. Saya mudah bergaul dengan semua orang
    • Ya
    • Tidak
  3. Saya menghormati pendapat rakan sekerja walaupun berbeza pendapat
    • Ya
    • Tidak
  4. Saya gembira apabila rakan sekerja mendapat penilaian yang cemerlang
    • Ya
    • Tidak
  5.  Saya akan cuba memenuhi jemputan ke majlis kenduri
    • Ya
    • Tidak
  6. Saya hanya menolong orang yang saya suka sahaja
    • Ya
    • Tidak
  7. Saya menawarkan diri membuat kerja secara sukarela tanpa disuruh
    • Ya
    • Tidak
  8. Saya datang dan pulang dari tempat kerja mengikut waktu pejabat
    • Ya
    • Tidak
  9. Saya bersukan secara berkala setiap minggu
    • Ya
    • Tidak
  10. Saya selalu didenda di zaman persekolahan dahulu
    • Ya
    • Tidak
  11. Saya akan berfikir dahulu sebelum membuat keputusan
    • Sangat Benar
    • Benar
    •  Neutral
    • Tidak Benar
    • Sangat Tidak Benar
  12. Saya tidak suka apabila pandangan saya ditolak
    • Sangat Benar
    • Benar
    • Neutral
    • Tidak Benar
    • Sangat Tidak Benar
  13. Saya akan menyelidik dahulu berita yang diterima
    • Sangat Benar
    • Benar
    • Neutral
    • Tidak Benar
    • Sangat Tidak Benar
  14. Saya selesa bercakap di atas pentas
    • Sangat Benar
    • Benar
    • Neutral
    • Tidak Benar
    • Sangat Tidak Benar
  15. Saya tidak mudah marah walaupun orang lain menggunakan taktik kotor
    • Sangat Benar
    • Benar
    • Neutral
    • Tidak Benar
    • Sangat Tidak Benar
  16. Saya berasa marah apabila diminta untuk bekerja lebih masa
    • Sangat Benar
    • Benar
    • Neutral
    • Tidak Benar
    • Sangat Tidak Benar
  17. Saya tidak akan memberi pendapat ketika dalam mesyuarat
    • Sangat Benar
    • Benar
    • Neutral
    • Tidak Benar
    • Sangat Tidak Benar
  18. Saya seorang yang teliti dalam menyiapkan kerja
    • Sangat Benar
    • Benar
    • Neutral
    • Tidak Benar
    • Sangat Tidak Benar
  19. Saya boleh menyesuaikan diri dalam setiap keadaan
    • Sangat Benar
    • Benar
    • Neutral
    • Tidak Benar
    • Sangat Tidak Benar
  20. Saya suka bekerja secara berkumpulan
    • Sangat Benar
    • Benar
    • Neutral
    • Tidak Benar
    • Sangat Tidak Benar

 

CONTOH SOALAN UJIANPSIKOMETRIK 3

Contoh soalan ujian Psikometrik adalah seperti yang berikut :

Apabila tiada lagi peluang, kita tidak perlu lagi berusaha

  • Ya
  • Tidak
  • Tidak Pasti

Saya tidak pernah didenda di zaman persekolahan dahulu

  • Ya
  • Tidak
  • Tidak Pasti

Saya tidak suka memberi penerangan awal kepada pekerja bawahan saya sebelum mereka melakukan kerja seharian

  • Ya
  • Tidak
  • Tidak Pasti

Saya tidak suka menegur pekerja bawahan saya di khalayak ramai

  • Setuju
  • Tidak Setuju

Saya kurang lebih mementingkan hasil kerja daripada cara melakukan kerja

  • Setuju
  • Tidak Setuju

Mencari pengalaman baru membuatkan saya lemah dan letih.

  • Setuju
  • Tidak Setuju

Saya tidak suka menjadi ketua daripada menjadi pengikut

  • Setuju
  • Tidak Setuju

Saya suka mengharapkan balasan apabila saya memberi

  • Setuju
  • Tidak Setuju

Saya tidak akan menolong rakan saya kerana dia tidak membalas budi saya

  • Setuju
  • Tidak Setuju

Saya tidak akan berdoa hanya jika saya ditimpa musibah

  • Setuju
  • Tidak Setuju

Anda boleh membuat semakan SPA9 di pautan ini : https://www.spa.gov.my/spa/laman-utama/semakan-penjadualan-keputusan

2 thoughts on “CONTOH SOALAN JAWAPAN UJIAN PSIKOMETRIK (Format Terkini)”

Leave a Comment