BAIK 2.0(Permohonan Bantuan Ihsan Komputer Negeri Sabah)

BAIK 2.0 (Permohonan Bantuan Ihsan Komputer Negeri Sabah)

BAIK 2.0

Berita baik untuk anak-anak Sabah terutamanya para pelajar sekolah dan pelajar universiti. Terdapat banyak bantuan terkini untuk anak-anak Sabah yang diumumkan oleh Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah untuk anak-anak Sabah.Kini anda boleh membuat permohonan baharu iaitu Bantuan Ihsan Komputer 2.0 (BAIK 2.0) untuk pelajar-pelajar daripada negeri tersebut yang sedang melanjutkan pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT) bagi tujuan pembelajaran.Kami akan membantu anda membuat permohonan dengan mudah dan pantas.

Apa itu Baik 2.0

BAIK merupakan inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Sabah di bawah kepimpinan YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor untuk membantu pelajar yang tidak berkemampuan memiliki komputer untuk tujuan pembelajaran.

Pelaksanaan bantuan akan mensasarkan 1000 pelajar miskin tegar dengan jumlah peruntukan yang disediakan sebanyak RM1.5 juta.

Baik 2.0

Kriteria Permohonan Baik2.0

Kriteria permohonan yang ditetapkan bagi permohonan bantuan ini adalah seperti berikut:

  1. Permohonan terbuka kepada pelajar-pelajar IPT berstatus Bumiputera berasal dari Sabah yang memerlukan komputer untuk tujuan pembelajaran.
  2. Satu komputer hanya untuk satu Ketua Isi Rumah (KIR) sahaja.
  3. Ibu dan bapa atau penjaga dalam golongan e-Kasih.
  4. Memberikan justifikasi keperluan komputer riba.

Cara Memohon Baik 2.0

Permohonan boleh dibuat melalui cara permohonan berikut:

  1. Layari pautan permohonan https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfA01VScxmjrtDqR9zYSC8AYIO0UHVL0Ba-q1jPs0TpmD-EGw/viewform?pli=1&fbclid=IwAR13S6PdVKklcCF5thH3wzCuBNnkXELx_H_zTuTfHwBoZICBWOlyHiIfYp4.
  2. Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
  3. Pastikan semua maklumat diisi dengan betul.
  4. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  5. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik adalah seperti berikut:

  1. Salinan kad pengenalan ibu bapa dan pemohon.
  2. Salinan slip gaji/pengesahan pendapatan ibu bapa.
  3. Salinan tawaran dan pengesahan pelajar daripada IPTA/S.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai BAIK 2.0, sila hubungi Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas di talian 088-369897.

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada anda semua. Diharapkan dengan bantuan komputer ini dapat membantu pelajar mendapat pendidikan yang berterusan dan lebih berjaya lagi.

Artikel Lain : Permohonan Bantuan IPT Anak Sabah RM2000

Leave a Comment