Permohonan Program Diploma Perguruan (PDP) Pendidikan Awal Kanak-Kanak(PAKK) 2022
Para guru yang sedang berkhidmat di tadika swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dipelawa untuk memohon Program Diploma Perguruan (PDP) Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Ini adalah peluang untuk anda meningkatkan lagi pengertahuan serta kemahiran anda.
Kami akan membantu anda dengan menyediakan panduan ringkas dan mudah untuk membuat permohonan PDP Pendidikan Awal Kanak-Kanak tersebut.
Apa Itu Program Diploma Perguruan (PDP) Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Program ini khusus untuk melatih guru tadika swasta dalam perkhidmatan, bagi mendapatkan kelayakan akademik minimum Diploma dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK).
Program pengajian yang ditawarkan ini bertujuan untuk memberi pengetahuan ikhtisas dan menyediakan pengalaman bagi membolehkan guru tadika swasta mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas yang berkaitan dengan profesion perguruan. Program ini ditawarkan di kampus terpilih Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh negara.
PDP-PAKK ini merupakan salah satu inisiatif berterusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam meningkatkan kualiti pendidikan negara, khususnya dalam pendidikan prasekolah.
Tarikh Permohonan Program Diploma Perguruan (PDP) Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Permohonan untuk ambilan sesi Oktober 2022 akan mula dibuka pada 26 Julai 2022 (Selasa) sehingga 26 Ogos 2022 (Jumaat).
Maklumat lanjut berkenaan permohonan ini : https://sites.google.com/view/pdppakk
Cara Buat Permohonan Program PDP Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Anda boleh isi makluman yang diperlukan di link dibawah :
PENTING: Sila pastikan anda telah membuat salinan lembut (softcopy) dokumen-dokumen berikut yang perlu dimuat naik dalam borang pendaftaran:
i) Salinan Kad Pengenalan (depan sahaja)
ii) Salinan Surat Lantikan Guru/Surat Pengesahan Guru daripada majikan
iii) Salinan Sijil Sijil SPM/ SPM(V)/ SPVM/ SMA/ SMU/STPM/STAM
iv) Salinan Sijil APEL (sekiranya ada)
v) Salinan Permit Mengajar Yang Sah
Syarat Permohonan Program PDP Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Syarat Umum
▪Warganegara Malaysia.
▪Sihat tubuh badan.
▪ Sedang berkhidmat serta mengajar di tadika swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Syarat Akademik
▪Memiliki kelulusan SPM/ SPM(V)/ SPVM/ SMA/ SMU dengan tiga kepujian dalam satu sijil atau gabungan dua sijil dalam tempoh tiga tahun berturut-turut serta memiliki kepujian Bahasa Melayu dan lulus ujian lisan dan lulus Bahasa Inggeris; atau
▪Lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dengan sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam mana-mana mata pelajaran atau yang setaraf dengannya serta memiliki kepujian Bahasa Melayu dan lulus ujian lisan dan lulus Bahasa Inggeris pada peringkat SPM; atau
▪Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan sekurang- kurangnya gred Maqbul serta memiliki kepujian Bahasa Melayu dan lulus ujian lisan dan lulus Bahasa Inggeris pada peringkat SPM; atau
Bagi pemohon yang TIDAK MEMENUHI KESEMUA SYARAT AKADEMIK DI ATAS, HENDAKLAH SEKURANG-KURANGNYA:
▪ Lulus ujian penilaian Accreditation of Prior Experiential Learning (APEL) yang dikendalikan oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA) serta memiliki kepujian Bahasa Melayu dan lulus ujian lisan dan lulus Bahasa Inggeris pada peringkat SPM.
Mod Pengajian Program Diploma Perguruan (PDP)
Pengajian Program Diploma Perguruan Pendidikan Awal Kanak-kanak (PDP PAKK) dilaksanakan secara sepenuh masa. Pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran (PdP) adalah secara pembelajaran teradun (Blended Learning) yang merangkumi interaksi bersemuka secara fizikal dan interaksi secara dalam talian (tidak segerak).
PdP interaksi bersemuka fizikal (Kuliah/Tutorial/Amali/Lain-lain) akan dijalankan pada cuti persekolahan atau cuti hujung minggu di IPG kampus.
Interaksi dalam talian (tidak segerak) melibatkan interaksi PdP secara pembelajaran terarah (guided learning) yang dilaksanakan sepanjang semester pengajian.
Semester Pengajian PDP-PAKK Ambilan Oktober 2022
Tahun 1 / Semester 1: Oktober 2022-Januari 2023
Tahun 1 / Semester 2: Februari 2023-Mei 2023
Tahun 1/Semester 3: Jun 2023-September 2023
Tahun 2/Semester 1: Oktober 2023-Januari 2024
Tahun 2/Semester 2: Februari 2024-Mei 2024
Tahun 2/Semester 3: Jun 2024-September 2024
** Tertakluk kepada perubahan semasa
Struktur Pengajian PDP-PAKK
Komponen
Mata Pelajaran Umum – 15 Kredit
Asas Pendidikan – 18 Kredit
Teras – 45 Kredit
Amalan Profesional – 6 Kredit
Elektif – 6 Kredit
JUMLAH KESELURUHAN: 90 KREDIT
Lokasi Pusat Pengajian PDP Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Institut Pendidikan Guru (IPG) berikut telah dipilih sebagai pusat pengajian bagi program ini. Walau bagaimanapun, penawaran kampus adalah tertakluk kepada bilangan pelajar yang memohon.
ZON UTARA
▪IPG Kampus Tuanku Bainun, Pulau Pinang
ZON TENGAH
▪IPG Kampus Bahasa Melayu, WP Kuala Lumpur
ZON SELATAN
▪ IPG Kampus Raja Melewar, Negeri Sembilan
▪IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka
▪IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor
ZON TIMUR
▪IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Pahang
ZON SARAWAK
▪IPG Kampus Batu Lintang, Sarawak
▪IPG Kampus Tun Abdul Razak, Sarawak
ZON SABAH
▪IPG Kampus Gaya, Sabah
▪IPG Kampus Tawau, Sabah
▪ IPG Kampus Keningau, Sabah
Kemudahan Penginapan
Kemudahan Penginapan/Kolej Kediaman bagi program ini adalah TIDAK DISEDIAKAN.
Tempoh Pengajian PDP Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Tempoh pengajian untuk program ini adalah 2 tahun / 6 Semester
Struktur Yuran
Bagi sepanjang tempoh pengajian, yuran keseluruhan berjumlah RM8060.00 sahaja. Bayaran yuran pengajian per semester adalah seperti berikut:
Semester 1 (RM1470.00)
Semester 2 (RM1020.00)
Semester 3 (RM1020.00)
Semester 4 (RM1020.00)
Semester 5 (RM1020.00)
Semester 6 (RM2280.00)
Bayaran lain adalah seperti berikut:
▪Yuran Pendaftaran – RM170 (dibayar SEKALI SAHAJA pada Semester 1)
▪ Insuran/Pelan Perlindungan Skim Takaful Berkelompok – RM30.00 (dibayar pada Semester 1 dan Semester 4)
Pembiayaan Pengajian
Kos pengajian bagi program ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh peserta (guru tadika swasta) sendiri atau pengusaha tadika swasta.
Info lanjut
Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan:
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1 – 3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR
(u.p: Jabatan Pengambilan dan Penempatan (JPP), Pusat Hal Ehwal Pelajar)
No. Telefon: 03-8312 6720/ 6733 / 6693 /6731 /6768 /6760
E-mel: [email protected]
Artikel Lain : Permohonan Diploma Lepasan Ijazah DPLI 2022