PROTEGE Ready-To-Work (RTW) 2022 (Permohonan Program Suai Padan Graduan Kepada Syarikat)
Graduan yang telah menamatkan pengajian dipelawa untuk membuat permohonan program suai padan mengikut syarikat yang ditawarkan. Pelbagai kelebihan
Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs (PROTÉGÉ) merupakan inisiatif penting Kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) untuk melaksanakan program meningkatkan potensi kebolehpasaran dan memupuk kemahiran keusahawanan dalam kalangan graduan. perkukuh Kesejahteraan Sosial.
Kami akan membantu anda untuk membuat permohonan dengan mudah dan berkesan.
Apa Itu PROTEGE Ready-To-Work
PROTÉGÉ – Ready To Work (Program RTW) bertujuan untuk membantu meningkatkan potensi kebolehpasaran graduan menganggur melalui penempatan latihan selama 8 hingga 12 bulan di syarikat yang mengambil bahagian seperti Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), syarikat-syarikat penerima perolehan Kerajaan di bawah arahan Pekeliling Perbendaharaan Perolehan Kerajaan (PP/PK1.2), syarikat-syarikat swasta dan lain-lain. Struktur asal Program SL1M masih dikekalkan dan ditambahbaik dengan pengenalan modul latihan berkaitan asas keusahawanan.
Tempoh Program PROTEGE Ready-To-Work
Tempoh program yang akan ditempuh oleh para graduan adalah 8 bulan sehingga 12 bulan.
Elaun Bulanan
Elaun bulanan yang akan diterima adalah seperti berikut:
Kelayakan | CSR | Obligasi Arahan Pekeliling Perbendaharaan (PP/PK1.2) |
Ijazah dan ke atas | RM1,500 | RM2,000 |
Diploma | RM1,500 | – |
Syarat-Syarat Kelayakan
Calon yang berminat perlulah menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti berikut :
- Program terbuka kepada semua graduan baru dengan kelayakan minima Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang berkaitan
- Telah menganggur dan masih tidak mendapat pekerjaan
- Mempunyai kemahiran interpersonal yang baik
- Mempunyai kemampuan untuk berfikir ke hadapan berdasarkan hasil, motivasi diri serta bersemangat
- Berminat untuk pembelajaran berterusan dan peningkatan kemahiran diri.
Cara Mendaftar PROTEGE Ready-To-Work
Untuk mendaftar, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Klik pautan pendaftaran berikut https://www.surveymonkey.com/r/data_graduan_protege_rtw.
- Isi semua maklumat yang diperlukan.
- Muat naik resume.
- Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan pendaftaran.
Pertanyaan Lanjut
Pertanyaan lanjut mengenai PROTEGE-RTW, sila hubungi di talian 03-2935 8989 (ext.104).
Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua.
Artikel Lain : Permohonan Latihan Jangka Pendek Lepasan Universiti