DPLI UKM UPSI UM USIM 2022 (Permohonan Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah)
Sebelum seseorang calon diserap masuk ke jawatan tetap perguruan, beliau perlu mempunyai diploma atau ijazah sarjana muda dalam bidang pendidikan.
Sekiranya anda seorang graduan ijazah pertama yang berminat menjadi seorang guru tetapi tidak mempunyai kelayakan ikhtisas tersebut, anda masih berpeluang dilantik sebagai guru sekolah dengan mengikuti program DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH.
Anda boleh mengikuti diploma pendidikan lepasan ijazah (DPLI) yang di tawarkan oleh UKM, UPSI dan juga UM.
Program DPLI UKM
Program DPLI UKM Eksekutif Mod Cuti Sekolah adalah kursus yang melibatkan pengajian selama satu tahun setengah yang dijalankan pada waktu cuti sekolah.
Demikian, jadual pembelajaran adalah mengikut masa yang fleksibel. Peluang melanjutkan pendidikan bukan sahaja terhad kepada golongan pendidik malah kepada semua orang awam yang berminat melanjutkan pengajian tanpa menganggu kerja hakiki masing-masing.
Selain daripada UKM, terdapat juga universiti seperti UM dan UPSI yang menawarkan program DPLI ini.
Tarikh Ambilan DPLI UKM 2022
Jangkaan dibuka permohonan DPLI UKM Intake September 2022 pada bulan Jun / Julai 2022.
Pihak koperasi akan memaklumkan melalui group Telegram/ Facebook / Website (https://koperasisiswazah.com/) sekiranya dibuka nanti
Untuk pertanyaan dan mengetahui maklumat terbaru, jangan lupa untuk klik “like” pada laman page Facebook Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah UKM Eksekutif Mod Cuti Sekolah ini dan sertai group Telegram Intake 2022 untuk memudahkan interaksi antara urusetia program dan bakal pelajar di pautan https://t.me/+SFdZ3DwktvlhNzU1
DPLI UPSI Ambilan Februari 2023 (Mod Cuti Sekolah)
Program ini juga merupakan kursus yang melibatkan pengajian
selama satu tahun setengah yang dijalankan pada waktu cuti sekolah, di mana pembelajaran adalah mengikut masa yang fleksibel.
Peluang melanjutkan pendidikan bukan sahaja terhad kepada golongan pendidik malah kepada semua orang awam yang
berminat melanjutkan pengajian tanpa menganggu kerja hakiki masing-masing.
Kelebihan Program
- Yuran pengajian keseluruhan RM10,000.
- Yuran dibayar ansuran 4 kali.
- Masa belajar yang dleksibel semasa cuti sekolah.
- Diploma dianugerahkan UPSI.
- Mempunyai pengiktirafan MQA dan KPM.
- Pembelajaran sepenuhnya pada cuti sekolah.
- Pembelajaran secara bersemuka beserta latihan mengajar,
- Diploma ikhtisas untuk mengajar sekolah kerajaan atau swasta.
Syarat Kemasukan
- Telah mempunyai Ijazah Pertama dalam pelbagai bidang di Universiti yang diiktiraf kerajaan.
- PNGK tidak kurang daripada 2.00
- Lulus kepujian Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
- Warganegara Malaysia
Cara Permohonan DPLI UPSI 2022
Langkah Memohon Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah UPSI 2022 (Mod Cuti Sekolah)
1. Isi permohonan: https://tinyurl.com/borangpendaftaranDPLI-UPSI2023
2. Semak no. Rujukan https://t.me/K1DiplomaPendUPSI
3. Hantar borang dan dokumen ke [email protected]
Permohonan masih DIBUKA
Link Telegram : https://t.me/K1DiplomaPendUPSI
Maklumat Lanjut
Berminat?
Sebarang pertanyaan, hubungi Pegawai Perhubungan Pelajar di talian 017-4294857 @ 017-5060857
Program DPLI UM
Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) yang meupakan satu program yang ditawarkan kepada calon yang ingin menjadi guru bagi lepasan siswazah yang memiliki segulung Ijazah Sarjana Muda.
Syarat kelayakan
Calon-calon yang berminat untuk memohon perlulah memenuhi syarat-syarat berikut:
1) Syarat Minimum Kemasukan:
- Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pengkhususan pertama (dengan sekurang-kurangnya CGPA 3.0); ATAU
- Ijazah Sarjana Muda (dengan sekurang-kurangnya CGPA 2.7); DAN
- Sekurang-kurangnya enam (6) bulan pengalaman bekerja dalam bidang pendidikan; ATAU
- Lulus ujian bertulis yang ditentukan oleh Fakulti Pendidikan; ATAU
- Kelayakan lain yang diluluskan oleh Senat Universiti Malaya dari semasa ke semasa; ATAU
- Mempunyai kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diperakukan oleh Senat Universiti Malaya.
DAN
- Lulus Ujian Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI) atau ujian psikometrik lain yang diperakukan oleh Fakulti Pendidikan dan temuduga yang ditetapkan oleh Fakulti Pendidikan.
- Bagi pengkhususan Pendidikan Tahfiz, calon yang memiliki kelayakan tahfiz pada peringkat sijil/diploma berserta ijazah pertama yang bersesuaian atau ijazah pertama dalam pengkhususan yang berkaitan, boleh dipertimbangkan.
- Bagi pengkhususan PBISBK, calon perlu membuktikan tahap kecekapan Bahasa Inggeris melalui MUET dengan skor sekurang-kurangnya Band 4.0; atau IELTS (International English Language Testing Services) (Academic) dengan skor sekurang-kurangnya Band 6; atau TOEFL (Test of English as a Foreign Language) dengan skor sekurang-kurangnya 550 (PBT), 213 (CBT) dan 80 (IBT) atau kelayakan Bahasa Inggeris lain yang diperakukan oleh Senat Universiti Malaya dari semasa ke semasa.
(2) Syarat Tambahan Pelajar Antarabangsa:
- Calon antarabangsa perlu mempunyai sekurang-kurangnya IELTS (International English Language Testing Services) (Academic) band 5.5 atau TOEFL (Test as a Foreign Language) skor 550 (Paper based)/ TOEFL-CBT (Computer based) 213/TOEFL- IBT (Internet based) 80 jika ijazah pertama diperolehi dari universiti yang Bahasa Inggeris bukan bahasa pengantar atau lulus kursus Bahasa Inggeris yang ditetapkan oleh Universiti Malaya.
- Memenuhi keperluan syarat Bahasa Malaysia sebelum penganugerahan ijazah.
(3) Pelajar OKU:
Untuk calon yang berkeperluan khas, selain syarat yang dinyatakan, permohonan calon boleh dipertimbangkan tertakluk kepada tahap keperluan khas dan ketidakupayaan, serta kesesuaian dengan keperluan/pengkhususan program.
Tarikh Permohonan DPLI UM
Tarikh memohon kemasukan ke program pengajian Diploma Pascasiswazah Pendidikan (DPP) ambilan 2021/2022 (kemasukan September 2022) kini dibuka sehingga 15 April 2022.
Cara memohon DPLI UM 2022
Bagi calon yang berminat, anda boleh melayari laman web rasmi DPLI UM di pautan berikut :
https://education.um.edu.my/news/tawaran-kemasukan-ke-program-diploma
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan atau memerlukan maklumat lanjut, sila hubungi:
Urusetia
Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan
Fakulti Pendidikan
Universiti Malaya
Emel : [email protected]
Telefon : 03 – 7967 5103 (Puan Eita)
Semoga perkongsian program DPLI di UM, UKM dan UPSI ini dapat membantu anda semua mencapai impian menjadi seorang guru.
Program DPLI USIM
Berikut adalah butiran berkenaan permohonan DPLI USIM:
Tarikh Tutup Permohonan: 31 Julai 2022
Pengambilan : 221 Oktober 2022/2023
Kod Program : P201
Akreditasi Diploma Pascsiswazah Pendidikan (Pendidikan Islam) : MQA/FA5623
Fakulti: Fakulti Pengajian Bahasa Utama / Faculty of Major Language Studies
Bahasa pengantara : Bahasa Melayu
Tempoh Pembelajaran : Sepenuh Masa (2 Semester)
Syarat Kemasukan & Pendaftaran DPLI USIM 2022 / 2023
SYARAT AM UNIVERSITI
- Lulus Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dari IPTA tempatan atau yang diiktiraf oleh Kerajaan malaysia dengan PNGK sekurang-kurangnya 2.75 atau pangkaty Jayyid; ATAU
- Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti; ATAU
- Pelajar semester akhir pengajian Ijazah Sarjana Muda di IPTA yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia juga boleh dimohon; dan
Cara Mendaftar DPLI USIM
- Layari https://ipps.usim.edu.my
- Buka akaun
- Login dan lengkapkan borang
- Hantar permohonan
- Buat pembayaran (RM60) untuk bayaran proses
Kaedah Pembayaran
- Secara ansuran
- Pengeluaran pendidkan KWSP
Yuran perlu dibayar kepada: USIM Tijarah Holdings Sdn. Bhd. (05058010020763 Bank Islam Berhad)
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan boleh email kepada: [email protected]
Artikel Lain : Semakan Ujian Medsi UA dan Temuduga UPSI Online