Pembentangan Bajet 2023 Malaysia Madani (Senarai Inisiatif & Bantuan Rakyat)
Rakyat Malaysia pasti tidak sabar menanti pengumuman sempena Bajet 2023. Pelbagai insentif serta bantuan yang bakal dinikmati oleh semua rakyat Malaysia hasil pembentangan bajet tersebut.
Bajet 2023 akan terus mengutamakan kesejahteraan rakyat dan pembaharuan ekonomi bagi memastikan pertumbuhan ekonomi yang lebih mampan dalam jangka masa sederhana. Keterangkuman akan turut diberi penekanan dengan tumpuan untuk memastikan kemampanan fiskal negara serta pengagihan kekayaan yang adil dan saksama
Tarikh Pembentangan Bajet 2023
Kerajaan akan membuat pembentangan Bajet 2023 pada hari Jumaat, 24 Februari 2023
Siaran Langsung Pembentangan Bajet 2023
Untuk pengetahuan anda semua, anda boleh mula tonton siaran langsung dan streaming secara live di semua saluran TV di malaysia .
Live streaming dan siaran langsung bajet ini di Astro Awani, Bernama News Channel, Berita TV1, TV3, TV Al Hijrah, TV9, NTV7 yang akan dipancarkan terus dari bangunan Parlimen Malaysia untuk rancangan tahun 2023
Isi Kandungan Pembentangan Bajet 2023
Dengan tema Membangun Malaysia MADANI, Belanjawan 2023 memastikan langkah yang mampan dan terangkum berpaksikan keadilan sosial di samping menggerakkan usaha reformasi pentadbiran dan tatakelola baik.
Belanjawan 2023 memperuntukkan RM388.1 bilion dengan RM289.1 bilion untuk belanja mengurus, RM99 bilion bagi belanja pembangunan.
Belanjawan MADANI ialah cerminan prinsip pertanggungjawaban & sistem nilai luhur – mampu depani tantangan ekonomi global.
INTIPATI BELANJAWAN 2023 : MEMBANGUN MALAYSIA MADANI
- Kerajaan hidang Belanjawan dengan memaparkan fakta dan angka sebenar, tidak cuba kaburi minda rakyat dengan data memukau
- Ekonomi dijangka berkembang sederhana pada 4.5 peratus berbanding unjuran awal 4-5 peratus pada 2023 berbanding 8.7 peratus pada 2022
- Peruntukan Belanjawan 2023 disemak naik kepada RM386.14 bilion daripada RM372.3 bilion pada Oktober 2022
- Hutang negara akan menjangkau RM1.2 trilion atau lebih 60 peratus KDNK bagi tahun 2023
- Kerajaan menjangkakan kutipan hasil 2023 berjumlah RM291.5 bilion ketimbang RM294.4 bilion pada tahun lalu – PM Anwar
- Kerajaan mengunjurkan bahawa pertumbuhan ekonomi sekitar 4.5 peratus
- Belanjawan 2023 memperuntukkan RM388.1 bilion dengan RM289.1 bilion untuk belanja mengurus, RM99 bilion bagi belanja pembangunan
- Belanjawan 2023: Indeks Persepsi Rasuah 2022 jatuh ke tangga 61 dibandingkan tangga 29 pada 1998, asbab kemerosotan kerana gagal bendung rasuah politik
- Kadar inflasi tahun ini dijangka sama seperti tahun 2022 iaitu pada kadar 3.3 peratus
- Tarif elektrik telah dikekalkan bagi semua pengguna domestik dan perniagaan PKS
- Agihan dividen ASB yang lebih kepada rakyat memerlukan
- Kerajaan ambil pendekatan yang progresif dalam konteks subsidi bersasar atau struktur percukaian
- Wujud ketirisan dalam subsidi diesel dengan anggaran hampir RM10 bilion nilai subsidi diesel diseleweng pada 2022
- Kerajaan hilang RM72 juta hanya disebabkan proses kutipan duti import yang lemah
- Kerajaan cadang perkenal Cukai Barangan mewah mulai tahun ini
- Kerajaan sedia RM50 juta bagi membina baharu, naik taraf 3,000 gerai dan kiosk sebagai kemudahan penjaja kecil berniaga di lokasi tumpuan
- Kadar cukai PMKS ke atas pendapatan bercukai bagi 150,000 pertama dikurangkan daripada 17 peratus kepada 15 peratus
- Kerajaan terus sedia pelbagai kemudahan pinjaman dan pembiayaan untuk manfaat usahawan PMKS dengan nilai keseluruhan sehingga RM40 bilion
- Melanjutkan galakan cukai kepada syarikat pengilangan yang memindahkan operasi ke Malaysia dan kadar cukai 15 peratus kepada C-Suite sehingga tahun 2024
- Prestasi pasukan penyelamat Malaysia di Turkiye amat cemerlang dan membanggakan, harap dapat tingkatkan kecekapan mengurus bencana
- Kerasukan dan kegelojohan menggondol khazanah alam, pembalakan bermaharajalela antara sebab terjadi bencana besar
- Kerajaan tekad pertahankan khazanah semula jadi negara, pelihara biodiversiti, kurangkan kebergantungan Kerajaan Negeri kepada hasil balak
- RM38 juta disediakan bagi memelihara hidupan liar seperti harimau dan gajah serta habitat hutannya
- Bilangan renjer yang mengawal kawasan hutan ditambah kepada 1,500 orang libatkan peruntukan RM50 juta
- Kerajaan akan menyediakan RM50 juta geran sepadan untuk menggalakan automasi sektor perladangan melalui penggunaan robotik dan kecerdasan buatan
Belanjawan 2023: Kerajaan sasarkan 130,000 rakyat dilepaskan daripada status muflis dengan lulusnya pindaan Akta Insolvensi 1967
Belanjawan 2023: Rakyat yang diisytihar muflis berhak diberi peluang, Akta Insolvensi 1967 akan dipinda supaya kes muflis dapat dilepaskan secara automatik
Belanjawan 2023: RM2.7 bilion disediakan untuk selenggara, naik taraf jalan persekutuan bagi tangani isu kemalangan jalan raya
Belanjawan 2023: RM1.5 bilion disediakan bagi naik taraf, bina baharu jalan perhubungan desa dan jalan-jalan luar bandar
Kerajaan sasarkan siapkan segera pembaikan 400 klinik daif dan 380 sekolah daif dengan peruntukan RM1.2 bilion
Belanjawan 2023: Bagi segerakan projek, had sebut harga perolehan kerja pembaikan sekolah, klinik daif ditingkatkan kepada RM1 juta berbanding RM500,000
Belanjawan 2023: Projek tebatan banjir RM15 bilion, Jana Wibawa RM7 bilion dan projek lain yang dibuat secara rundingan terus sebelum ini dibatalkan
Belanjawan 2023: Semua agensi termasuk LHDN, SPRM dan PDRM sedang giat siasat salah laku rasuah serta nama-nama yang terkait dalam Pandora Paper
GLC antaranya Khazanah dan KWSP akan melabur dalam syarikat-syarikat pemula tempatan yang inovatif dan berpertumbuhan tinggi dengan nilai pelaburan RM1.5 bilion
Belanjawan 2023: Kerajaan cadang pinda Akta Perlindungan Pemberi Maklumat tahun ini bagi banteras rasuah dan salah laku
Belanjawan 2023: RM100 juta disediakan dibawah Skim Geran Pendigitalan PKS dan penjaja kecil
Belanjawan 2023: Kerajaan akan memperkasa peranan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) untuk bantu peniaga kecil dengan pengetahuan ICT dan e-Dagang
Belanjawan 2023: RM1 bilion dana pembiayaan tersedia dibawah BNM untuk bantu PMKS mengautomasikan proses perniagaan, mendigitalkan operasi
Belanjawan 2023: Bermula 2024, aset simpanan syariah akan diasingkan, beri pulangan kompetitif kepada 1.25 juta ahli akaun syariah
Senarai Inisiatif Pembentangan Bajet 2023
Kerajaan bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM700 kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak selain RM350 juga akan disalurkan kepada pesara Kerajaan.
- Kerajaan bersetuju menambah caruman simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akaun 1 sebanyak RM500 bagi ahli yang berumur antara 40 tahun hingga 54 tahun dengan simpan KWSP kurang RM10,000, sekaligus melibatkan peruntukan RM1 billion
- Kerajaan bersetuju untuk memberi elaun khas RM100 ringgit sehari kepada semua ahli pasukan mencari dan penyelamat negara yang terlibat di dalam misi di Turkiye dan Syria.Elaun ini adalah sebagai tanda penghargaan Kerajaan ke atas jasa besar yang diberikan atas nama kemanusiaan
Artikel lain : Tema Dan Konsep Hari Kemerdekaan