Semakan Tawaran Pengawas Peperiksaan SPM 2023

Semakan Tawaran Pengawas Peperiksaan SPM 2023

PENGAWAS SPM

Untuk makluman, bagi Pegawai yang bertugas sebagai pengawas peperiksaan SPM layak untuk menuntut elaun pengawasan SPM. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara permohonan dan membuat tuntutan, semoga membantu.

 

Semakan Tawaran Pengawas Peperiksaan SPM 2023

TAWARAN SUKARELAWAN SEBAGAI PENGAWAS PEPERIKSAAN BAGI PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) MULAI TAHUN 2023

Semakan Tawaran Pengawas Peperiksaan SPM 2023

 

CARA LANTIKAN  PENGAWASAN SPM

Lantikan petugas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah dibuat oleh Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri (SPP, JPN) berdasarkan ketetapan Lembaga Peperiksaan (LP)

TUGAS SUKARELAWAN PENGAWAS PEPERIKSAAN

Berikut adalah merupakan skop tugas sukarelawan pengawas peperiksaan iaitu:

  • Membantu Ketua Pengawas Peperiksaan mengawas perjalanan peperiksaan dalam dewan atau bilik peperiksaan.
  • Membantu Ketua Pengawas Peperiksaan untuk mengedar kertas peperiksaan dan atau apa-apa bahan peperiksaan berdasarkan keperluan semasa.
  • Membantu Ketua Pengawas Peperiksaan memungut kertas peperiksaan, skrip jawapan peperiksaan, kertas jawapan objektif dan atau apa-apa bahan peperiksaan.
  • Mengawas calon peperiksaan untuk ke tandas dan masuk semula ke dewan atau bilik peperiksaan.
  • Mengawas calon peperiksaan dalam dewan atau bilik peperiksaan sepanjang masa peperiksaan berlangsung.
  • Membantu Ketua Pengawas Peperiksaan berdasarkan arahan dari semasa ke semasa yang telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksan.

 

SYARAT PERMOHONAN SUKARELAWAN PENGAWAS PEPERIKSAAN

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang ditetapkan:

  • Warganegara Malaysia.
  • Mempunyai sekurang-kurangnya kelayakan SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 65 tahun.
  • Pemohon adalah pesara/pelajar kolej alau universiti yang sedang dalam tempoh cull semester sepanjang SPM berlangsung/lepasan sekolah, kolej atau universiti.
  • Bebas dari sebarang rekod jenayah dan tindakan mahkamah.
  • Mempunyai pengangkutan sendiri.

 

TARIKH PERMOHONAN SUKARELAWAN PENGAWAS PEPERIKSAAN

Kepada individu yang berminat, anda boleh membuat permohonan daripada 12 September 2023 sehingga 31 Oktober 2023.

 

CARA PERMOHONAN SUKARELAWAN PENGAWAS PEPERIKSAAN

Individu yang berminat adalah dialu-alukan untuk memohon Sukarelawan Pengawas Peperiksaan SPM 2023. Berikut adalah cara permohonaniaitu:

  • Permohonan yang ingin dibuat perlu melalui Pengarah Pendidikan Negeri menggunakan pautan https://bit.ly/44KmnxL.
  • Permohonan yang berjaya dan disenarai pendek sebagai calon sukarelawan akan dipanggil untuk temuduga di Pejabat Pendidikan Daerah yang berdekatan.
  • Pemohon yang berjaya akan dikehendaki menjawab surat tawaran dalam tempoh yang ditetapkan.

NOTA: Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas satu bulan dari tarikh tutup ikian adalah dianggap tidak berjaya dan segala perbelanjaan berkaitan dengan permohonan ini adalah ditanggung sendiri oleh pemohon.

 

KELAYAKAN TUNTUTAN ELAUN PENGAWASAN SPM

Kelayakan bagi pengawasan peperiksaan seperti Penyelia kawasan, Ketua pengawas, Timbalas ketua pengawas, Pengawas dan Pengemas bilik layak menuntuk Elaun Pengawasan berdasarkan kadar yang dinyatakan pada Surat Lantikan

 

KADAR BAYARAN ELAUN PEGAWASAN SPM

Berikut adalah merupakan kadar bayaran elaun bagi pegawai pengawasan SPM yang telah dietapkan iaitu:

KATAGORI PENGAWASAN SPMKADAR ELAUN
Penyelia kawasanRM350.00 + 10P + 2S
Ketua PengawasRM300.00 + 0.25C + 2S
Timbalan Ketua PengawasRM300.00
PengawasRM225 + S
Pengemas bilikRM20 + 2H
NOTA: (Sila nyatakan bilangan dengan betul pada boring tuntutan)

  • P = Bilangan pusat peperiksaan
  • S – Bilangan sesi peperiksaan
  • C = Bilangan calon peperiksaan
  • H = Bilangan hari peperiksaan

 

TUGAS PENGAWAS SPM

Berikut adalah merupakan tugas-tugas bagi pengawas SPM iaitu:

  • Bersama Ketua Pengawas mengawasi perjalanan peperiksaan di pusat peperiksaan. …
  • Membantu Ketua Pengawas menjalankan pentadbiran pusat peperiksaan; …
  • Memeriksa semua dewan/bilik peperiksaan setiap kali sebelum peperiksaan dijalankan.
  • Berada di pusat peperiksaan pada awal pagi setiap hari peperiksaan untuk memberikantaklimat harian kepada pengawas semasa Ketua Pengawas pergi mengambil kertassoalan daripada Penyelia Kawasan.
  • Memeriksa semua dewan/bilik peperiksaan setiap kali sebelum peperiksaan dijalankanuntuk memastikan bahawa keadaannya bersih, kemas dan mengikut peraturan peperiksaan.
  • Lain2 peraturan yg berkuatkuasa dr semasa ke semasa seperti ditaklimatkan PenyeliaPeperiksaan semasa Taklimat Penyelarasan dan Pengurusan Peperiksaan Bilik Kebalmasing2.

 

DOKUMEN DIPERLUKAN

Pastikan anda sediakan dokumen yang diperlukan untuk membuat tuntutan elaun pengawasan SPM ini seperti:

  • Salinan surat lantikan dan disediakan / daripada sekolah
  • Salinan kad pengenalan
  • Penyata buku bank/penyata akaun bank (akaun gaji)
  • Borang AM17 (perlu diisi dengan lengkap)

Nota: pastikan semua salinan dokumen diakui sah

 

CARA TUNTUTAN ELAUN PENGAWASAN SPM

Berikut adalah merupakan cara permohonan tuntutan elaun pengawas SPM iaitu:

  1. Muat turun boring permohonan Borang AM17
  2. Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan pada borang permohonan tersebut dengan lengkap
  3. Serahkan borang tersebut bersama dokumen sokongan yang diperlukan ke bahagian Lembaga Peperiksaan melalui penyelia anda

 

TARIKH BAYARAN ELAUN PENGAWASAN SPM

Keputusan SPM akan diumumkan pada 8 Jun 2023, walaubagaimanapun tarikh pembayaran elaun pengawasan SPM masih belum diumumkan lagi. Ianya bergantung kepada Lembaga Peperiksaan meneliti perkara berkenaan dan membuat pembayaran kepada pegawai yang terbabit secepat mungkin.

Untuk makluman, pembayaran Tuntutan Ikhtisas (IKH) dan Tuntutan Perjalanan (TNT) petugas dan pemeriksaan peperiksaan akan diselesaikan sepenuhnya selewat-lewatnya pada 31 Julai 2023.

 

CARA BAYARAN ELAUN PENGAWASAN SPM

Pembayaran bagi IKH dan TNT bagi semua petugas peperiksaan adalah diuruskan dan dibayar oleh JPN amsing-masing menggunakan peruntukan yang diturunkan oleh Lembaga Peperiksaan Kepada JPN

 

PROSUDER BAYARAN ELAUN PENGAWASAN SPM

Berikut adalah merupakan prosuder bagi pembayaran elaun ini iaitu:

  • Pembayaran bagi TNT memerlukan semakan dokumen secara lebih teliti melibatkan jarak perjalanan, resit hotel/loging, surat lantikan, surat panggilan emsyuarat dan lain-lain dokumen berkaitan berdasarkan tatacara dan peraturan kewangan yang sedang berkuatkuasa.
  • Sekiranyantuntutan yang dikemukakan oleh petugas peperiksaan tidak tepat dan dokumen tidak lengkap, proses semakan akan terganggu menyebabkan kelewatan dalam pembayaran
  • Lembaga peperiksaan (LP) memantau prestasi pembayaran tuntutan oleh JPN yang dikemaskini setiap hari. Semua tuntutan perlu diselesaikan oleh JPN selewat-lewatnya pada 31 Julai 2023.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai pengawasan SPM, anda boleh melayari portal rasmi Lembaga Peperiksaan KPM

ARTIKEL BERKAITAN:

1 thought on “Semakan Tawaran Pengawas Peperiksaan SPM 2023”

Leave a Comment