Permohonan Anak PERMATA Negara 2025
Permohonan untuk menyertai Program PERMATA Negara di Pusat Anak PERMATA Negara di seluruh Malaysia untuk tahun 2025 kini dibuka.
Bagi ibu bapa/penjaga yang berminat, sila lengkapkan borang permohonan dan kirimkan ke Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) yang dipilih.
Mengenai Program Anak PERMATA Negara: Program Anak Permata Negara adalah satu inisiatif yang menitikberatkan pembelajaran holistik yang berbeza dari pendekatan konvensional.
Ia berpandukan konsep ‘belajar melalui bermain’ dari Pen Green Centre, Corby, England, di mana anak-anak PERMATA didorong untuk belajar melalui eksperimentasi, eksplorasi, dan pengalaman di Pusat Anak PERMATA Negara.
Kurikulum di PAPN akan disesuaikan mengikut keperluan kanak-kanak di Malaysia dengan memberi penekanan kepada modul pendidikan yang sesuai dengan perkembangan minda kanak-kanak.
PERMATA juga menerapkan konsep asuhan dan pendidikan yang menyeluruh, termasuk aspek pemakanan, kesihatan, serta penglibatan ibu bapa dan komuniti, demi pembentukan personaliti yang seimbang dan pembangunan insan yang cemerlang.
Keistimewaan Program:
- Program Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak yang holistik dan menyeluruh.
- Menggunakan kurikulum yang mengintegrasikan asas asuhan dan pendidikan awal secara menyeluruh.
- Pendekatan pembelajaran melalui bermain.
- Mengutamakan konsep 3E: Exploring (meneroka), Experimenting (mengaplikasi eksperimen), dan Experiencing (pengalaman langsung).
- Kolaborasi antara ibu bapa, pendidik, dan anak melalui penglibatan ibu bapa di PAPN.
Syarat Permohonan:
- Warganegara Malaysia (untuk anak).
- Berumur 4 tahun ke bawah.
- Keutamaan diberikan kepada keluarga dengan pendapatan isi rumah RM4,000.00 ke bawah.
Permohonan Anak PERMATA Negara 2025
- Muat turun borang permohonan di https://bit.ly/PermohonanPAPN2025.
- Isi borang permohonan yang disediakan.
- Sediakan dokumen yang diperlukan seperti salinan surat kelahiran, Mykid (jika ada), buku Kesihatan anak, kad pengenalan ibu bapa/penjaga, dan bukti pendapatan.
- Hantar borang permohonan dan dokumen yang lengkap ke PAPN yang dipilih. Permohonan dibuka dari 1 Jun 2024 hingga 30 September 2024.
Maklumat Lanjut & Pertayaan
Untuk maklumat lanjut, hubungi 03-8880 5151 (Bahagian PERMATA, Kementerian Pendidikan Malaysia).
Artikel Lain > Permohonan Kemasukan Tadika Permata MAIWP & MAIWP Kids