Bagaimanakah Cara Apply Biasiswa Sukan Persekutuan (BSP) 2024?
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah membuka permohonan untuk Biasiswa Sukan Persekutuan (BSP) 2024 kepada atlet yang sedang menjalani pengajian sepenuh masa di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
Mengenai BSP KBS
Tujuan Biasiswa: BSP adalah inisiatif KBS yang bertujuan memberi sokongan kewangan kepada atlet yang sedang melanjutkan pengajian di IPT.
Tarikh Permohonan: Permohonan dibuka dari 12 Jun 2024 hingga 27 Jun 2024 secara atas talian.
Peringkat Pengajian yang Layak
Peringkat yang Diterima:
- Diploma
- Ijazah Sarjana Muda Pertama
Syarat Permohonan
Syarat-syarat yang Perlu Dipatuhi:
- Warganegara Malaysia.
- Atlet yang masih aktif dalam bidang sukan (tidak termasuk pegawai dan jurulatih sukan).
- Memiliki prestasi cemerlang dalam pertandingan-pertandingan seperti Majlis Sukan ASEAN atau setaraf dengannya.
- Kelayakan minima untuk memenuhi syarat kemasukan ke universiti atau institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan.
- Memperoleh tempat di universiti atau institusi pengajian tinggi.
- Berumur tidak lebih dari 25 tahun pada tarikh yang ditetapkan oleh KBS.
- Sihat dari segi mental dan fizikal.
- Berkelakuan baik dan memiliki semangat yang tinggi.
Tatacara Permohonan Biasiswa Sukan Persekutuan
Langkah-langkah untuk Memohon:
- Layari laman web spsb.kbs.gov.my/backend/web.
- Pilih bahagian e-Biasiswa.
- Klik ‘Daftar.’
- Isi maklumat yang diperlukan dan hantar permohonan.
- Log masuk dengan menggunakan ID Pengguna dan kata laluan yang telah didaftarkan.
- Isi maklumat permohonan dengan lengkap.
- Hantar permohonan setelah semua maklumat lengkap diisi.
Keterangan Lanjut Biasiswa Sukan Persekutuan
Untuk maklumat lanjut mengenai Biasiswa SukanPersekutuan (BSP) 2024, sila hubungi Unit Biasiswa KBS di talian 03-8871 3549/3558.
Artikel Lain : Biasiswa ISMP
1 thought on “Permohonan Biasiswa Sukan Persekutuan (BSP) KBS 2024”