Permohonan Kemasukan Tadika Permata MAIWP & MAIWP Kids  2023

Permohonan Kemasukan Tadika Permata MAIWP & MAIWP Kids  2023

Tadika Permata MAIWP Kids

Perhatian kepada para ibu-bapa yang ingin menghantar anak ke tadika permata, anda kini boleh mula membuat permohonan bagi kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Kami akan kongsikan panduan serta cara membuat permohonan tersebut.

Apa Itu Tadika Permata MAIWP Kids

Tadika Permata MAIWP dan MAIWP Kids adalah program pendidikan prasekolah bagi kanak-kanak 5 dan 6 tahun dibawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Tarikh Permohonan Ke Tadika Permata MAIWP Kids

Permohonan boleh dibuat mulai 1 Septermber 2022 melalui laman sesawang https://www.maiwp.gov.my/.

Takwim Pendaftaran

Ibu bapa perlu mengambil perhatian mengenai takwim pendaftaran yang telah ditetapkan oleh pihak MAIWP iaitu:

Proses

Tarikh

Pengisian permohonan secara atas talian

1-30 September 2022

Ujian khas Tadika Permata MAIWP Presint 18, Putrajaya

12-13 Oktober 2022

Semakan keputusan secara atas talian

1-14 November 2022

Permohonan rayuan

15 November 2022

Syarat Permohonan

Syarat permohonan yang ditetapkan bagi kemasukan ke institusi pendidikan prasekolah ini adalah seperti berikut:

  1. Pemohon (murid) adalah warganegara Malaysia.
  2. Keutamaan kepada ibu/bapa/penjaga yang bekerja atau menetap di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
  3. Pendaftaran Tadika Permata MAIWP dan MAIWP Kids bagi 5 tahun adalah bagi kanak-kanak yang lahir pada tahun 2018
  4. Pendaftaran Tadika Permata MAIWP dan MAIWP Kids bagi 6 tahun adalah bagi kanak-kanak yang lahir pada 2017 (murid baru sahaja).
  5. Sihat tubuh badan dan tidak mengalami penyakit berjangkit, kronik dan kritikal.
  6. Pengambilan murid terhad kepada bilangan kelas yang sedia ada sahaja.
  7. Permohonan hanya dibuka secara atas talian bermula 1 – 30 September 2022.
  8. Ibu/bapa/penjaga diwajibkan mengisi Borang Permohonan Kemasukan dengan lengkap secara atas talian (online) di laman sesawang rasmi MAIWP.
  9. Hanya murid yang membuat pengisian secara atas talian (online) sahaja akan dipertimbangkan untuk pemilihan ke T4dika Permata MAIWP dan MAIWP Kids.
  10. Ibu/bapa/penjaga hanya boleh membuat 1 permohonan sahaja untuk seorang anak.
  11. Keputusan permohonan/tawaran akan dimaklumkan di laman sesawang MAIWP mulai 1 November 2022 dan ibu/bapa/penjaga hendaklah membuat pengesahan terimaan tawaran tersebut selewat-lewatnya pada 14 November 2022.

Syarat Tambahan

Syarat tambahan ini dikenakan untuk kemasukan ke Tadika Permata MAIWP Presint 18, Putrajaya iaitu:

  1. Diutamakan kepada pendapatan kasar isi rumah yang tidak melebihi RM10,000.00.
  2. Lulus ujian penilaian kendiri yang akan dilaksanakan oleh MAIWP.

Kadar Yuran Tadika Permata MAIWP Kids

Kadar yuran yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  • Asnaf: RM20.00
  • Warganegara: RM50.00
  • Bukan Warganegara: RM80.00

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dilampirkan dalam permohonan adalah seperti berikut:

  1. Salinan Sijil Kelahiran/Pasport Murid.
  2. Salinan Kad Pengenalan/Pasport ibu dan bapa/penjaga.
  3. Satu salinan Penyata Gaji/Pencen/Perkeso ibu dan bapa/penjaga terkini.
  4. Surat Akuan Sumpah Pendapatan terkini (yang dicop oleh Pesuruhjaya Sumpah) sekiranya ibu/bapa/penjaga yang tiada penyata gaji/bekerja sendiri/tidak bekerja.
  5. Rekod kesihatan kanak-kanak (rekod imunisasi).
  6. Satu salinan Cukai Pintu/Bil Utiliti kediaman semasa.
  7. Salinan surat pengesahan Baitulmal (yang mendapat bantuan bulanan sahaja dari Zakat Wilayah Persekutuan dan Zakat Selangor).

 

Tarikh Semakan Permohonan Kemasukan Tadika Permata Maiwp & Maiwp Kids  2023

Semakan permohonan kemasukan boleh dibuat mulai 3 November 2022

 

Semakan Permohonan Kemasukan Tadika Permata Maiwp & Maiwp Kids  2023

Berikut adalah merupakan cara membuat semakan:

  1. Layari pautan Semakan Status Pendaftaran Pelajar
  2. Sila masukkan No.KP/Passport pelajar untuk pendaftaran kali pertama atau membuat semakan status permohonan
  3. Klik butang SEMAKAN untuk pengesahan No.KP/Passport.
  4. Sekiranya No.KP/Passport tidak ditemui, butang DAFTAR DISINI akan terpapar. Ibu/bapa boleh membuat permohonan baru dengan klik butang DAFTAR DISINI,

 

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

  • Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Bahagian Pembangunan Insan)
    Aras 8 Banguan PERKIM, No.150 Jalan Sultan Azlan Shah, 51200 KUALA LUMPUR
    Telefon: 03 – 4047 9444 samb 570/395
  • Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Cawangan Putrajaya)
    Aras 3, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya, No.3 Jalan Tun Razak, 62100 PUTRAJAYA
    No. Tel: 03 – 8871 50000
  • Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Cawangan Labuan)
    Blok 4, Tingkat 13, Kompleks Ujana Kewangan, peti Surat 80960, 87019 LABUAN
    No. Tel: 087 – 418 5515/512

Artikel Lain : Cara Daftar Prasekolah 2023

Leave a Comment