PERMOHONAN PEMBIAYAAN PERNIAGAAN PUNB (APPLY ONLINE SEHINGGA RM10 JUTA)

PERMOHONAN PEMBIAYAAN PERNIAGAAN PUNB (APPLY ONLINE SEHINGGA RM10 JUTA)

permohonan pembiayaan perniagaan punb

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan seluruh Malaysia, golongan usahawan mengalami kesukaran dan kerugian dalam mengurus perniagan mereka.  Pembiayaan perniagaan kepada usahawan adalah salah satu usaha oleh pihak PUNB.

Usahawan boleh membuat permohoan pembiayaan perniagaan semasa tempoh pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) menerusi Pembiayaan Perniagaan PUNB. Anda boleh lihat permohonan pembiayaan perniagaan punb yang telah kami sediakan. 

Jumlah Pembiayaan Perniagaan PUNB

Jumlah pembiayaan yang ditawarkan kepada usahawan yang memohon adalah daripada RM100 ribu kepada RM10 juta.

Untuk entiti milikan tunggal atau perkongsian, jumlah pembiayaan terhad kepada maksimum RM300 ribu sahaja kecuali bagi perniagaan stesen minyak, jumlah pembiayaan yang adalah terhadap kepada RM500 ribu.

artikel Lain : cara daftar Pakej Remaja Internet

Pembiayaan Perniagaan PUNB

Terdapat beberapa keistimewaan Pembiayaan Perniagaan PUNB yang ditawarkan iaitu:

  • Rebat duti setem ke atas surat cara/dokumen pembiayaan.
  • Cagaran yang minimum.
  • Rebat pembiayaan.
  • Proses penilaian yang telus.
  • Pembiayaan patuh syariah.

Tempoh Pembiayaan Perniagaan PUNB   

Tempoh pembiayaan adalah sehingga 7 tahun.

Kadar Keuntungan Pembiayaan Perniagaan PUNB

Kadar keuntungan yang dikenakan adalah 5 hingga 8% setahun.

Syarat Permohonan Pembiayaan Perniagaan PUNB

 Usahawan yang ingin memohon Pembiayaan Perniagaan PUNB perlu memenuhi syarat-syarat permohonan iaitu:

  1. Syarikat mestilah entiti milikan tunggal/perkongsian/syarikat diperbadankan.
  2. Syarikat dimiliki atau dikuasai oleh Bumiputera.
  3. Jualan tahunan perniagaan tidak kurang RM300 ribu.
  4. Syarikat atau perniagaan telah beroperasi 18 bulan ke atas.
  5. Syarikat memiliki rekod kewangan terkini.

 

Cara Mohon Pembiayaan Perniagaan PUNB

Untuk membuat permohonan pembiayaan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web PUNB iaitu https://www.punb.com.my/.
  2. Klik butang ‘Pendaftaran.’
  3. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Semak Kad Pengenalan Anda.’
  4. Hantar rancangan perniagaan kepada pihak PUNB melalui email iaitu:
– Ibu Pejabat KL: [email protected][email protected][email protected].
– Pejabat Wilayah Tengah: [email protected].
– Pejabat Wilayah Utara: [email protected].
– Pejabat Wiayah Pantai Timur: [email protected].
– Pejabat Wilayah Selatan: [email protected].
– Pejabat Wilayah Sarawak: [email protected].
– Pejabat Wilayah Sabah: [email protected].

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai pembiayaan perniagaan ini, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan PUNB di talian 1-300-13-7862 atau menghantar email ke [email protected].

Soalan lazim

Apakah sebab sesebuag permohonan pembiayaan itu ditolak?

Di antara sebabnya ialah permohonan tidak memenuhi kriteria utama pembiayaan dan rancangan perniagaan yang dikemukakan tidak berdaya maju.

Apakah ciri-ciri perniagaan yang memerlukan cagaran untuk mendapatkan pembiayaan?

PUNB tidak mengenakan cagaran tambahan bagi kebanyakan pembiayaan di bawah RM1 juta. Namun, PUNB boleh mengenakan syarat cagaran tambahan jika pembiayaan tersebut mempunyai risiko yang tinggi berdasarkan Skor Kredit (Credit Score) yang dijalankan.

Apakah kelebihan tentang pembiayaan PUNB?

Pembiayaan PUNB adalah patuh syariah dengan proses penilaian yang telus, rebat pembiayaan dan rebat setem duti ke atas dokumen pembiayaa

Semoga perkongsian permohonan pembiayaan perniagaan punb ni memberikan manfaat kepada anda semua.

Leave a Comment