PERMOHONAN PPKP(Program Penajaan Kumpulan Pelaksana JPA)

PERMOHONAN PPKP(Program Penajaan Kumpulan Pelaksana JPA)

 

Permohonan PPKP

Permohonan PPKP. Sukacita Jabatan ini mempelawa Pegawai Kumpulan Pelaksana (Perkhidmatan Persekutuan) yang berminat dan memenuhi syarat untuk memohon Program Penajaan Kumpulan Pelaksana (PPKP)

Permohonan PPKP JPA

Permohonan PPKP JPA mengiikut peringkat pengajian adalah seperti berikut:

1) Sijil Kemahiran Malaysia

2) Diploma Kemahiran Malaysia

3) Diploma

4) Ijazah pertama

Kursu yang ditawarkan adalah secara sepenuh masa.

Permohonan PPKP 2022 telah dibuka untuk permohonan dan pemohon dipelawa untuk mengemukakan permohonan secara atas talian melalui https://esilav2.jpa.gov.my/

(i) Peringkat pengajian Permohonan PPKP yang ditaja untuk pengajian secara sepenuh masa adalah Sijil atau Diploma Kemahiran Malaysia, Diploma atau ljazah Pertama.

(ii) Bidang pengajian yang terlibat adalah Permohonan PPKP:

  • Bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat Sijil Kemahiran Malaysia (6 hingga 24 bulan) dan Diploma Kemahiran Malaysia (24 hingga 36 bulan) yang ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) seperti LAMPIRAN 1.
  • Walau bagaimanapun, bidang-bidang ini adalah tertakluk kepada penawaran semasa oleh Pusat Bertauliah Awam (PBA) tersebut; dan
  • Bidang keperluan guna tenaga perkhidmatan awam bagi kemasukan peringkat Diploma (36 bulan) dan ljazah Pertama (36 hingga 48 bulan) seperti LAMPIRAN 2 kecuali bidang Perubatan, Pergigian, Farmasi, Veterinar dan Undang-Undang. Namun, bidang pendidikan hanya terhad kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan sahaja.

Permohonan PPKP

Tarikh Permohonan PPKP JPA 2022

Permohonan bermula 18 Februari 2022 sehingga 31 oktober 2022

Syarat Umum

Syarat umum yang ditetapkan bagi pemohon yang ingin memohon PPKP adalah seperti berikut:

  1. Had umur tidak melebihi 45 tahun pada 1 Januari 2022.
  2. Pegawai Kumpulan Pelaksana (PKP) dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan tetap.
  3. Pemohon telah disahkan dalam skim perkhidmatan terkini.
  4. Mencapai markah minimum LNPT 85% bagi tempoh tiga tahun terakhir berturut-turut (2019, 2020 & 2021) dalam skim perkhidmatan terkini.
  5. Penilaian setahun LNPT hendaklah genap 12 bulan.
  6. Telah menerima tawaran melanjutkan pengajian pada tahun 2022 secara sepenuh masa dan belum memulakan pengajian di pusat-pusat bertauliah awam yang ditauliahkan oleh JPK atau politeknik/universiti awam yang dipersetujui JPA;
  7. Pegawai yang memohon kemudahan ini hendaklah mengikuti kursus pada peringkat yang lebih tinggi daripada kelayakan akademik yang telah dimiliki.
  8. Mematuhi syarat genap tempoh tamat mengikuti kursus jangka panjang/sederhana/ pendek di bawah kemudahan cuti belajar sedia ada seperti berikut:
    – Tempoh kursus 12 bulan: Tempoh menunggu 2 tahun.
    – Tempoh kursus lebih dari 3 bulan, kurang dari 12 bulan: Tempoh menunggu 1 tahun.
  9. Permohonan diperakui oleh Ketua Jabatan dan/atau Ketua Perkhidmatan melalui Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM).
  10. Bebas dari sebarang pertuduhan/tindakan tatatertib/dakwaan mahkamah.
  11. Bukan peminjam tegar pinjaman pelajaran atau bukan dalam senarai hitam Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau badan penaja lain.
  12. Pemohon telah mengisytiharkan harta dalam tempoh 5 tahun terkini.
  13. Pemohon perlu bebas dari sebarang penyakit kronik.
  14. Calon tidak mendapat penajaan/biasiswa/pinjaman dari badan-badan lain bagi kursus yang dimohon.

Syarat Khusus

Pemohon juga tertakluk kepada syarat khusus yang ditetapkan iaitu:

i) Sijil/Diploma Kemahiran Malaysia

  1. Pemohon telah berkhidmat sekurang-kurangnya 5 tahun pada 1 Januari 2022.
  2. Pemohon memiliki kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM).
  3. Pemohon mengikuti kursus/latihan kemahiran dalam tempoh:
    – Sijil Kemahiran Malaysia: 6 hingga 24 bulan
    – Diploma Kemahiran Malaysia : 24 hingga 36 bulan
  4. Kursus ditauliah oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia (KSM).
  5. Pemohon memiliki kelulusan di peringkat sijil dalam bidang yang sama dengan kursus yang dimohon (mengikut Daftar Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK)) – bagi permohonan Diploma Kemahiran Malaysia sahaja.
  6. Pemohon telah menerima tawaran melanjutkan pengajian pada tahun 2022 secara sepenuh masa dan belum memulakan pengajian di pusat-pusat bertauliah awam yang ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia (KSM).

ii) Diploma

  1. Pemohon telah berkhidmat sekurang-kurangnya 5 tahun pada 1 Januari 2022.
  2. Pemohon memperoleh pencapaian akademik sekurang-kurangnya 5 kepujian di peringkat SPM termasuk kepujian subjek Bahasa Melayu dan lulus Sejarah.
  3. Pemohon telah menerima tawaran melanjutkan pengajian dalam bidang yang ditetapkan pada tahun 2022 secara sepenuh masa dan belum memulakan pengajian di politeknik/politeknik premier/universiti awam yang dipersetujui JPA.
  4. Kursus yang diikuti hendaklah mendapat akreditasi penuh oleh MQA.

iii) Ijazah Pertama

  1. Pemohon telah berkhidmat sekurang-kurangnya 10 tahun pada 1 Januari 2022.
  2. Pemohon memperoleh pencapaian akademik sekurang-kurangnya 5 kepujian di peringkat SPM termasuk kepujian subjek Bahasa Melayu dan lulus Sejarah atau kelayakan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) yang telah disetarakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) kepada SPM.
  3. Pemohon memiliki kelulusan sama ada Diploma/Diploma TVET/Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)/Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)/ALevel.
  4. Pemohon memperoleh skor bagi keputusan Malaysian University English Test (MUET) sekurang-kurangnya Band 2.
  5. Pemohon telah menerima tawaran melanjutkan pengajian dalam bidang yang ditetapkan pada tahun 2022 secara sepenuh masa dan belum memulakan pengajian di politeknik/politeknik premier/universiti awam yang dipersetujui JPA.
  6. Kursus yang diikuti hendaklah mendapat akreditasi penuh oleh MQA.

Tatacara Permohonan

Permohonan PPKP boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari pautan https://esilav2.jpa.gov.my/.
  2. Klik di bahagian ‘Daftar’ bagi pendaftaran kali pertama.
  3. Masukkan maklumat dengan lengkap dan dan klik ‘Daftar Akaun Pengguna.’
  4. Login dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
  5. Masukkan semua maklumat yang diperlukan.
  6. Hantar permohonan dan pemohon dibenarkan mengemas kini atau meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang Permohonan PPKP layari

http: //esilav2.jpa.gov.my

atau

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

Bahagian Pembangunan Modal Insan

Aras 2-4, Blok C2, Kompleks C,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62510 PUTRAJAYA.

Pertanyaan: Unit PEMBANGUNAN Latihan Dalam Perkhidmatan

Tel:03-8885 3367 / 3468 / 3518 /

email: [email protected]

Artikel Lain : Semakan Permohonan HLP KPM

1 thought on “PERMOHONAN PPKP(Program Penajaan Kumpulan Pelaksana JPA)”

Leave a Comment