Cara Guna Pregnant Test (Strip /Cassette  / Clear Blue)

Cara Guna Pregnant Test (Strip /Cassette  / Clear Blue)

Pregnant Test

Detik kehamilan adalah satu moment yang diimpikan oleh setiap pasangan suami isteri. Kehadiran bayi kecil memberikan sinar kebahagian dan menambahkan kasih saying dalam keluarga. Ramai pasangan suami isteri yang masih keliru atau tidak biasa dalam menggunakan alat pregnant test. Kami akan membantu anda berkongsi cara guna yang selamat dan efektif.

Cara Guna Pregnancy Test Dengan Betul Di Rumah 

Untuk tahu keputusan sama ada mengandung ataupun tidak, hendaklah tahu dulu bagaimana cara penggunaan untuk pregnancy test ini. Bagaimanakah cara menggunakan alat penguji kehamilan di rumah?

Cara penggunaan setiap jenis home pregnancy test ini bergantung pada jenis bentuk pregnancy test itu sendiri. Mudah saja cara guna pregnancy test ni sebenarnya. Lebih kurang je pun cara guna cuma atas kita untuk lebih selesa mahu guna yang mana.

Di sini akan dikongsikan panduan cara guna pregnancy test dan untuk memudahkan urusan, pastikan ambil kira empat perkara penting seperti dalam gambar di bawah ini.

Pregnant Test

Cara Guna Pregnancy Test Strip 

Untuk pregnancy test jenis strip ini, ia bersifat dip n tell di mana si isteri hanya perlu sediakan bekas untuk urine (air kencing) kemudian rendamkan sekejap hujung alat test kehamilan ini (bahagian berwarna putih) ke dalam bekas urine tadi. Keputusan akan kelihatan selepas itu.

2 – Cara Guna Pregnancy Test Cassette 

Untuk jenis cassette ini, perlu sediakan satu bekas untuk urine. Kemudian titiskan 2 ke 3 titik urine tadi pada satu tempat (seakan lubang kecil) pada bahagian hujung alat test kehamilan jenis cassette ini. Keputusan akan muncul serta merta dalam masa beberapa saat saja

3 – Cara Guna Pregnancy Test Clear Blue 

Untuk alat Pregnancy Test dari jenis Clear Blue, boleh ikut panduan seperti dalam gambar di bawah.

Pregnant Test

4 – Cara Guna Ujian Kehamilan Clearblue DIGITAL 

Selain tiga jenis pregnancy test di atas, ada sejenis lagi alat check kehamilan di rumah yang boleh digunakan iaitu Ujian Kehamilan Clearblue DIGITAL.

Untuk ujian kehamilan jenis ini ia akan memberikan keputusan yang lebih detail berserta dengan usia kehamilan sekali dalam jumlah kiraan berapa minggu.

Cara nak pregnancy test digital Clearblue ini dengan menyediakan urine (air kencing) dalam bekas yang kering dan bersih.

Celupkan hujung mudah serap itu menghala ke bawah dalam air kencing selama 20 saat kemudian pasangkan kembali tudungnya dan letakkan jalur ujian kehamilan digital itu secara mendatar sementara menunggu keputusan.

Selalunya perlu tunggu 3 minit dan bacaan keputusan akan kelihatan.

Untuk pregnancy test jenis clearblue digital ini, boleh beli dengan mudah di Watsons atau Guardian Malaysia dengan harga RM30 dan ke atas.

Senarai Hospital Kerajaan : https://www.moh.gov.my/index.php/database_stores/store_view/82?mid=95

Q & A : Soalan Berkaitan Pregnant Test

Soalan 1 : Pening memikirkan bila boleh buat pregnancy test, bilakah waktu sesuai guna pregnancy test?

Jawapannya, waktu yang paling sesuai untuk buat ujian pregnancy test adalah ketika haid lewat datang melebihi seminggu dan ke atas.

Soalan 2 – Pukul berapa sesuai check upt? 

Untuk masa sesuai lakukan ujian kehamilan sendiri, yang paling baik melakukan pregnacny test ini adalah pada waktu awal pagi sebaik saja bangun dari tidur.

 

Waktu yang paling sesuai untuk buat ujian pregnancy test adalah menggunakan air kencing yang pertama selepas bangun dari tidur pada waktu pagi.

 

Tapi jika rasa nak test pada waktu yang lain pun boleh juga. Tak ada masalah pukul berapa pun! Terpulanglah nak check upt waktu petang ke, cek upt waktu tengahari ke, terpulang atas kesesuaian dan kehendak diri sendiri.

 

Soalan 3 – Hari ke berapa boleh tahu mengandung?

Alat urine pregnancy test (UPT) ini boleh mengesan tahap hCG bermula 7 hingga 12 hari kehamilan. Tapi, untuk ujian darah, ia lebih sensitif berbanding ujian air kencing jadi ujian darah boleh mengesan kehamilan dari tempoh enam hingga lapan hari selepas ovulasi (kitaran haid).

 

Soalan 4 – Kenapa line ke dua nampak kabur? 

Tidak dinafikan, pregnant test line kabur ini boleh terjadi Dan sebab mengapa ujian kehamilan pudar bukan bermakna alat pregnancy test itu rosak tetapi ia merupakan tanda mengandung yang tetap boleh diterima juga.

Line ke dua nampak kabur ini disebabkan oleh usia kehamilan itu sendiri. Disebabkan semasa buat pemeriksaan kehamilan guna alat pregnancy test itu, usia baby masih terlalu awal maka disebabkan itu line kelihatan sangat kabur.

Jika ini berlaku, adalah disarankan untuk check semula guna Urine Pregnancy Test dalam masa beberapa minggu lagi untuk sahkan kehamilan dengan keputusan yang lebih jelas.

Artikel lain : Semakan Subsidi Carseat

Leave a Comment