PERSARAAN PILIHAN (Cara Permohonan Bersara Pilihan)

PERSARAAN PILIHAN (Cara Permohonan Bersara Pilihan)

PERSARAAN PILIHAN

Setiap penjawat awam dibenarkan bersara lebih awal daripada tarikh sebenar persaraan. Terdapat pelbagai sebab terutamanya isu peribadi yang menyebabkan ada anggota penjawat awam bersara lebih awal.

Kami akan memberikan info berkenaan persaraan pilihan yang ringkas dan padat. Anda boleh mengikuti cara permohonan yang disediakan.

Apa Itu Persaraan Pilihan

Persaraan Pilihan Di bawah Seksyen 12 Akta 227/239

  • Telah disahkan dalam jawatan
  • Telah diluluskan Pemberian Taraf Berpencen
  • Berumur 40 tahun dan ke atas
  • Mempunyai Tempoh perkhidmatan tidak kurang daripada 10 tahun yang boleh dimasukira
  • Permohonan persaraan pil1han disokong oleh Ketua Jabatan dan dikemukakan 3 bulan dari tarikh diperakukan untuk bersara oleh jabatan
- Perlu mengemukakan laporan tapisan keutuhan Badan Pencegah Rasuah (bagi Gred 27 dan ke atas sahaja)

Syarat Baharu Berkenaan Permohonan Persaraan Pilihan

Keperluan Tapisan Keutuhan SPRM Untuk Semua Pegawai Di Semua Gred Berkuatkuasa Bagi Permohonan Bersara Pilihan Yang Diterima JPA/KWAP Mulai 1 Januari 2022

semua permohonan persaraan pilihan bagi SEMUA pegawai di SEMUA GRED JAWATAN perlu melalui tapisan keutuhan SPRM sebelum permohonan persaraan pil1han pegawai dikemukakan ke JPA / KWAP.

Syarat baharu ini berkuatkuasa bagi permohonan persaraan_pilihan yang diterima JPA/KWAP bermula 1 Januari 2022.

persaraan pilihan

Cara Permohonan Persaraan Pilihan

  • Hantar surat permohonan kepada Ketua Jabatan
P
  • Permohonan dihantar ke JPA/KWAP melalui perakuan dan sokongan Ketua Jabatan
  • Dokumen yang lengkap perlu dikemukakan ke JPA/KWAP dalam tempoh tidak kurang dari 3 bulan daripada tarikh persaraan pil1han (Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 tahun 2003)

Artikel Lain : Jadual Gaji

Bayaran faedah persaraan

Tarikh lantikanSebelum 12 April 1991Pada dan selepas 12 April 1991
GanjaranPada tarikh persaraanPada tarikh persaraan
Wang Gantian Cuti RehatPada tarikh persaraanPada tarikh persaraan
Pencen bulananApabila mencapai umur 45 tahun bagi semua pegawai perempuan dan bagi pegawai lelaki di jawatan:

•        pegawai perkhidmatan Bomba berpangkat rendah

•        Pegawai Polis berpangkat rendah

•        pegawai Penjara Berpangkat rendah

•        Jururawat lelaki di Hospital mental

 

Apabila mencapai umur 50 tahun bagi pegawai lelaki selain yang dinyatakan di atas

Apabila mencapai umur 55 tahun bagi pegawai lelaki dan perempuan

 

 

FAEDAH PERSARAAN PILIHAN

 

Faedah PersaraanFormula Pengiraan
Pencen1/600 X Jumlah genap bulan perkhidmatan yang dimasukira X Gaji akhir yang diterima

 

Tertakluk kepada pencen maksimum sebanyak 3/5 dari gaji akhir diterima

Ganjaran7.5% X Jumlah genap bulan perkhidmatan yang dimasukira X Gaji akhir yang diterima

Maklumat lanjut

Anda boleh layari : http://www.jpapencen.gov.my/laman_utama.asp

 

Leave a Comment