Check MyCRS( Semakan Subsidi Pembelian Carseat Kanak-kanak )

Check MyCRS ( Semakan Subsidi Pembelian Carseat Kanak-kanak )

SUBSIDI CARSEAT KANAK-KANAK

 

Berita gembira buat para ibu-bapa kerana akan menikmati subsidi 50% atau sehingga RM150 untuk pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak pada tahun 2022. Jangan lepaskan peluang untuk mengambil tawaran Subsidi Pembelian Carseat Kanak-kanak

Bajet 2022 menyaksikan keprihatinan Kerajaan terhadap keselamatan jalan raya kepada kanak-kanak. Melihat akan angka kematian yang tinggi, kerajaan telah memperuntukkan kira-kira RM30 juta kepada 188,000 penerima daripada golongan B40 untuk menerima subsidi tersebut.

Kami akan membantu anda untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan subsidi pembelian kerusi keselamatan.

Rayuan Subsidi Carseat MyCRS

Jika anda telah membuat permohonan tetapi masih belum mendapat jawapan atau tidak menerima kelulusan, anda boleh membuat rayuan dengan mengemukakan dokumen yang berkaitan.

Rayuan MyCRS kini dibuka kepada pemohon MyCRS yang telah membuat permohonan lebih dari 3 hari.

  1. Sila isikan borang rayuan di pautan https://form.jotform.com/MIROS_mycrs/borang-rayuan-mycrs
  2. Sediakan dokumen seperti di bawah:
    • Sijil lahir – Bukti mempunyai anak di bawah umur 12 tahun
    • Buku pink – menunjukkan anak bakal dilahirkan sebelum 1 November 2022
    • Bukti screenshot – Bukti yang anda adalah penerima BKM / BPR yang LULUS
  3. Muat naik dokumen di ruang yang disediakan dalam pautan.
  4. Sila semak keputusan rayuan dalam tempoh 1 minggu selepas menghantar borang.

SUBSIDI CARSEAT KANAK-KANAK

Apakah Itu Subsidi Carseat Kanak-kanak

Berdasarkan Bajet 2022, Kerajaan mengambil inisiatif memberikan bantuan subsidi kepada para ibu bapa B40 untuk membeli carseat kepada anak masing-masing.

Cadangan rebat ini akan dapat meringankan beban golongan B40 bagi membeli CRS dan pada masa yang sama dapat menjamin keselamatan golongan kanak-kanak yang merupakan aset masa depan negara.

SUBSIDI CARSEAT KANAK-KANAK

Tarikh Permohonan Carseat Kanak-kanak

Permohonan subsidi ini akan bermula pada 1 Mac 2022.

Semakan kelayakan bermula 1 April 2022, di mana pembelian boleh mula dibuat bagi pemohon yang lulus.

 

Kriteria Kelayakan Permohonan Carseat Kanak-kanak

  1. Penerima subsidi ini terdiri daripada golongan B40.
  2. Pemohon mestilah berumur 21 tahun dan ke atas.
  3. Mempunyai anak / anak angkat / anak jagaan berumur 12 tahun dan ke bawah.
  4. Warganegara yang menetap di Malaysia.
  5. Rujukan data utama daripada oenerima BPR 2021 berdasarkan maklumat yanh diterima daripada pihak LHDN.
  6. Data tambahan bagi kategori miskin diperolehi daripada pihak ICU berpandukan rujukan garis kemiskinan tahun 2019
  7. Satu keluarga hanya layak menuntut subsidi untuk satu CRS sahaja.

 

Kadar Subsidi Carseat Kanak-Kanak

Penerima yang layak boleh menikmati 50% rebat atau sehingga RM150 insentif bagi pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak

 

Cara Tebus Subsidi Carseat Kanak-Kanak

Cara penebusan subsidi pembelian CRS (child carseat) 2022 adalah seperti berikut:

 

  1. Semak kelayakan sebelum membuat permohonan.
  2. Membuat permohonan di laman sesawang mycrs.gov.mymulai 1 Mac 2022
  3. Pemohon kemudian boleh menyemak keputusan permohonan subsidi bermula 1 April 2022.
  4. Pemohon yang layak boleh membuat pembelian dan menebus subsidi melalui penjual yang disenaraikan dengan harga rebat.
  5. Pembelian boleh dibuat secara terus melalui kedai yang tersenarai.

 

Info Penting Tentang Carseat Kanak-kanak

Untuk makluman ibu ayah / penjaga yang bakal menebus subsidi ini, produk CRS yang diiktiraf di bawah program ini perlulah memenuhi kriteria berikut:

  1. Memenuhi piawaian standard United Nation Regulation No 44 atau No 129.
  2. Mempunyai kelulusan Jenis Komponen CTA oleh JPJ
  3. Mempunyai pelekat label kod QR MIROS.
  4. Semakan senarai carseat / CRS yang memenuhi kriteria ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa di laman sesawang MIROS.

Panduan Permohonan Online MyCRS

  1. Sila layari pautan http://www.mycrs.gov.my/
  2. Sila semak kelayakan di bahagian Semakan Kelayakan
  3. Jika layak, sila isi borang permohonan di menu Permohonan
  4. Untuk anak yang bakal lahir tahun 2022 ni, boleh email bukti kelahiran anak & bukti penerima BPR/BKM ke [email protected]
  5. Untuk info lanjut, sila rujuk maklumat terperinci bahagian berikut:

Tarikh Semakan Kelayakan

Semakan kelayakan bermula 1 April 2022, di mana pembelian boleh mula dibuat bagi pemohon yang lulus.

Cara Pembelian Dan Penebusan

Pembelian boleh dibuat secara online atau terus ke kedai yang berdaftar.

Sila bawa 1 salinan kad pengenalan (IC) pemohon, depan dan belakang, untuk diserahkan kepada wakil penjual.

Kegagalan untuk mengemukakan salinan kad pengenalan kepada jurujual boleh menyebabkan tuntutan subsidi tidak dapat dibuat.

Rujuk Senarai Wakil Penjual di sini : http://www.mycrs.gov.my/include/SenaraiWakilPenjual.pdf

Artikel lain: Senarai Mesin Dryer Terbaik

1 thought on “Check MyCRS( Semakan Subsidi Pembelian Carseat Kanak-kanak )”

Leave a Comment