PERMOHONAN PROGRAM DERMASISWA B40: SEMAKAN STATUS (Berjaya/Gagal)

PERMOHONAN PROGRAM DERMASISWA B40: SEMAKAN STATUS (Berjaya/Gagal)

PROGRAM DERMASISWA B40

 

Perhatian kepada calon-calon Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2020, terdapat program penajaan kepada anda iaitu Permohonan Program Dermasiswa B40 2021. Program ini mensasarkan kepada mereka yang dari keluarga berpendapatan rendah iaitu B40 mengikut syarat dan kelayakan.

 

Untuk itu, izinkan kami mengupas mengenai cara-cara permohonan dan syarat permohonan.

 

APA ITU PROGRAM DERMASISWA B40

Program Dermasiswa B40 bagi tahun 2021 merupakan penajaan yang berfokus kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian peringkat Diploma dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) daripada latar belakang keluarga B40.

Penajaan di bawah program ini adalah bagi pengajian yang ditawarkan di Universiti Awam (UA), Politeknik dan Institut Kemahiran Awam (IKA).

SYARAT PERMOHONAN PROGRAM DERMASISWA B40

Berikut adalah syarat permohonan kepada calon :

Syarat Umum

  • Warganegara Malaysia.
  • Mempunyai kesihatan yang baik.
  • Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2020 buat kali pertama.
  • Umur belum mencapai 19 tahun pada tarikh permohonan (20 tahun bagi pelajar peralihan).
  • Ibu dan / atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak JPA.
  • Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana pihak di peringkat pengajian yang sama.
  • Pendapatan perkapita dalam kategori B40 iaitu RM4,849.00 sebulan dan ke bawah.

Syarat Khusus

Bagi Institut Kemahiran Awam (IKA) yang merangkumi Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) / Institut Kemahiran MARA / Kolej Kemahiran Tinggi MARA / Kolej Komuniti / Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) / Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI):

  • Menduduki SPM 2020 dan mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah serta mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam mana- mana satu (1) subjek lain yang diambil; dan
  • Telah mendapat tempat dan memulakan pengajian di institusi pengajian tersebut.

Bagi Universiti Awam (UA) dan Politeknik:

  • Menduduki SPM 2020 dan mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah serta mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam mana- mana tiga (3) subjek lain yang diambil.
  • Telah mendapat tempat dan memulakan pengajian di institusi pengajian tersebut

CARA MOHON PROGRAM DEMRASISWA B40

Bagi calon yang ingin memohon, anda boleh ikuti langkah dibawah :

  1. Sila klik pada pautan yang kami sediakan PERMOHONAN DERMASISWA B40
  2. Tekan pada butang Daftar.
  3. Isi maklumat dengan lengkap dan dan klik ‘Daftar Akaun Pengguna.’
  4. Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang telah anda daftarkan.
  5. Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan dan hantar sebelum tarikh tutup permohonan.
  6. Pemohon dibenarkan mengemas kini atau meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan.

BACA JUGA : CARA MOHON ePENAWARAN:BIASISWA KPM JPA

SOALAN LAZIM

Bilakah tarikh tutup permohonan DERMASISWA B40?

Tarikh tutup permohonan ialah pada 25 Julai 2021 jam 5.00 petang. Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

 

Bilakah saya boleh mohon DERMASISWA B40?

Permohonan dibuka secara atas talian (online) di Portal eSILA https://esilav2.jpa.gov.my selama empat belas (14) hari mulai 12 hingga 25 Julai 2021.

 

Bilakah tarikh keputusan permohonan DERMASISWA B40 diumumkan?

Keputusan permohonan penajaan ini dijangka akan diumumkan dalam portal eSILA di alamat https://esilav2.jpa.gov.my/ pada penghujung Ogos 2021. Jika terdapat sebarang perubahan pengumuman tarikh keputusan, ia akan dimaklumkan dalam portal berkenaan.

 

PERTANYAAN & MAKLUMAT LANJUT

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal, sila kemukakan pertanyaan menerusi emel [email protected] (emel ini hanya aktif dalam tempoh permohonan dibuka sahaja iaitu mulai 12 Julai 2021 sehingga 25 Julai 2021).

Sesi soal jawab secara langsung juga diadakan sepanjang tempoh permohonan dibuka berdurasi satu (1) jam iaitu pada jam 10.00-11.00 pagi dan 2.30-3.30 petang (tidak termasuk cuti umum dan hari minggu) di pautan https://meet.google.com/xof-yzvp-fku.

 

 

 

 

 

 

Leave a Comment