Cara Dapatkan UPUOnline/Unik ID 2022(Lepasan SPM STPM Asasi Matrikulasi Diploma)

Cara Dapatkan UPUOnline/Unik ID 2022(Lepasan SPM STPM Asasi Matrikulasi Diploma)

Cara Dapatkan UPUOnline/Unik ID (Lepasan SPM STPM Asasi Matrikulasi Diploma)

 

Nombor ID Unik atau NO PIN UPU BSN diperlukan apabila anda mengisi Permohonan Secara Dalam Talian untuk ke institusi pengajian tinggi.

 

Terdapat beberapa cara mudah untuk anda membuat pembelian nombor ID unik BSN iaitu:

  • Pembelian tunai di kaunter BSN
  • Pembelian No Pin UPU BSN di mesin ATM
  • Pembelian melalui kemudahan SMS

Di bawah ini diterangkan lebih lanjut cara membuat pembelian pin melalui ketiga-tiga cara di atas:

 

Pembelian Tunai Di Kaunter BSN 

Salah satu cara beli no pin ialah dengan hadir ke mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Melalui ini, kita tak perlu ada akaun bank BSN.

Apa dokumen yang perlu dibawa ketika membuat pembelian ?

Hanya perlu ada Kad Pengenalan.

Lepas tu, nanti kena isi borang pembelian tunai seperti sampel di bawah.

 

Mudah kan?

*Lihat sampel Borang Permohonan Pembelian PIN yang lengkap di sini.

 

 

Pembelian nombor pin di mesin ATM

Kalau anda pengguna BSN, lagi senang sebab anda boleh beli no unik ID UPU ini melalui ATM saja.

Proses pembelian pin hanya perlu menggunakan kad BSN Matrix, Matrix-i atau GIRO.

Bagaimana?

Sila ikuti langkah di bawah untuk proses pembelian :

  1. Masukkan kad BSN.
  2. Pilih Beli Nombor ID (Pin).
  3. Pilih Program Kursus.
  4. Masukkan nombor Kad Pengenalan Pemohon.
  5. Setelah mendapat notifikasi pembelian berjaya, simpan resit bercetak untuk rujukan kelak.

 

Pembelian Melalui Kemudahan SMS

Pengguna yang ingin membuat pembelian pin melalui SMS perlu mempunyai akaun BSN dan perlu mendaftar terlebih dahulu untuk menggunakan perkhidmatan SMS Banking.

Anda boleh mendaftar di Kaunter, CDM (Cash Deposit Machine ) atau ATM.

Untuk mendaftar di ATM atau CDM, sila ikuti langkah berikut:

  1. Masukkan Kad MATRIX BSN dan pilih Bahasa
  2. Masukkan No. Pin dan pilih Urusan Lain
  3. Pilih Perbankan SMS dan pilih Pendaftaran
  4. Masukkan No. Telefon Bimbit
  5. Urusan Telah Berjaya dan slip akan dikeluarkan bersama cetakan 4 digit UAC.
  6. SMS pendaftaran berjaya akan diterima melalui telefon yang didaftarkan tadi.
  7. Selepas berjaya mendaftar, barulah boleh membeli No Unik UPU melalui SMS.
  8. Kemudian, SMS ke 36898 dengan menaip : PIN<jarak>MPIN<jarak>ORG<jarak>KP

contoh : PIN 012345 SPM 950101010101

*M-PIN adalah no pin kad Matrix BSN

 

Tarikh Pembelian No Pin UPU BSN

Tarikh pembelian No Pin ini bermula pada (akan dikemaskini)  untuk lepasan SPM dan STPM / setaraf.

 

Harga No Pin UPU BSN

Harga nombor pin BSN adalah bergantung kepada jenis program.

Untuk makluman, harga no pin upu BSN ialah RM15.60.

Jika anda membeli no pin untuk tujuan lain seperti pinjaman PTPTN, sila rujuk senarai harga no pin BSN seperti berikut:

 

*Lihat senarai Pembelian Pin BSN di sini.

 

MAKLUMAN TERBARU 

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) hari ini bersetuju untuk menanggung sepenuhnya bayaran proses UPUOnline/Unik ID kepada semua pemohon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Asasi, Matrikulasi dan Diploma atau setaraf bagi sesi akademik 2022/2023.

 

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, dalam satu kenyataan media hari ini, berkata keputusan itu dibuat dengan mengambil kira keadaan semasa pandemik COVID-19 yang masih belum berakhir.

Beliau berkata, permohonan kemasukan akan dibuka mulai esok sehingga 31 Mac ini.

Sehubungan dengan itu, pemohon boleh melayari portal rasmi upu.mohe.gov.my bagi mendapatkan maklumat lanjut dan membuat permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA).

Kerajaan dan KPT khususnya amat prihatin akan kekangan dan kesan sekiranya pemohon diwajibkan membeli nombor pin Unik ID di Bank Simpanan Nasional untuk membuat permohonan UPUOnline.

Justeru, KPT berharap agar keputusan ini dapat meringankan beban dan melancarkan urusan pemohon untuk melanjutkan pengajian seterusnya menjamin masa depan yang lebih cerah

Keputusan KPT itu kali kedua dilaksanakan selepas ia bersetuju menanggung sepenuhnya bayaran proses UPUOnline/UNIK ID kepada semua pemohon bagi sesi akademik 2021/2022, tahun lalu.

 

Maklumat Lanjut Tentang

Hubungi talian perkhidmatan pelanggan BSN di : 1300 88 1900

Layari https://www.bsn.com.my/

 

ARTIKEL LAIN

LOGIN UPUONLINE:LOG MASUK KEMASKINI & SEMAKAN KEPUTUSAN SESI 2022

 

 

1 thought on “Cara Dapatkan UPUOnline/Unik ID 2022(Lepasan SPM STPM Asasi Matrikulasi Diploma)”

Leave a Comment