CARA MOHON ePENAWARAN:BIASISWA KPM JPA (epenawaran.moe.gov.my)

CARA MOHON ePENAWARAN:BIASISWA KPM JPA (epenawaran.moe.gov.my)

CARA MOHON ePENAWARAN

 

Bagi mana-mana guru yang ingin sambung pengajian, boleh baca cara mohon ePenawaran untuk mendapatkan biasiswa dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) 2021.

Penajaan biasiswa ini adalah khas untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang masih lagi berkhidmat. Apa yang menarik, anda boleh mohon cuti belajar dengan bergaji penuh. Baca selanjutnya untuk mengetahui tentang cara mohon ePenawaran.

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan tawaran Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Tahun 2022 bagi pelajar-pelajar yang sedang mengikuti pengajian pendidikan di tahun pertama atau tahun kedua di Universiti Awam dalam bidang yang telah ditetapkan akan dibuka secara dalam talian (online).

INFO KPM: Keputusan Panggilan Temu Duga Program Hadiah Latihan Persekutuan (HLP), Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) dan Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan (HLPS) bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Ambilan Tahun 2024 boleh disemak mulai 4 Mac 2024, jam 3.00 petang.

 

Tarikh Permohonan Biasiswa ISMP 

Permohonan bermula 25 Mac 2022 (Jumaat), jam 5.00 petang sehingga 22 April 2022 (Jumaat), jam 5.00 petang melalui pautan https://epenawaran.moe.gov.my/ijazah1/login.cfm.

Cara Mohon ePenawaran

Persediaan Cara Mohon ePenawaran

Sebelum membuat permohonan, guru-guru yang masih berkhidmat di sekolah dinasihatkan untuk kemaskini eOperasi terlebih dahulu. Ini adalah untuk memudahkan dan melancarkan proses cara mohon ePenawaran.

Walau bagaimanapun, jika anda tidak bertugas di sekolah, boleh terus mengisi maklumat dalam borang permohonan ePenawaran.

Cara Mohon ePenawaran

Baca juga: BTAR 2021: Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman

Syarat Permohonan ePenawaran Biasiswa Pergurusan Persekutuan ISMP

Berikut ialah syarat-syarat sebelum memohon ISMP e-IJAZAH1

Cara Mohon ePenawaran

  1. Calon mestilah Warganegara Malaysia
  2. Umur calon tidak melebihi 25 tahun pada 1 Januari 2021 (tahun permohonan);
  3. Calon memiliki Sijil Penuh bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melayakkan lantikan ke perkhidmatan awam termasuk kepujian dalam Bahasa Melayu dan Ujian Lisan pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  4. Calon sedang mengikuti pengajian tahun pertama atau tahun kedua di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan seperti bidang di bawah dan perlu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.50 dan ke atas bagi keputusan semester terkini untuk memohon;
  5. Penawaran biasiswa ISMP ini tidak terhad kepada pelajar daripada Fakulti Pendidikan, tetapi turut dibuka kepada semua pelajar dari Fakulti lain sekiranya ijazah yang bakal diperoleh adalah dengan pendidikan;
  6. Hanya calon yang memilih berdasarkan bidang kursus major sahaja yang akan ditawarkan biasiswa;
  7. Bagi calon Bidang Bahasa Inggeris, calon perlu mendapat kelayakan minimum Band 5 bagi keputusan Malaysian University English Test (MUET);
  8. Bagi calon Bidang Dini dan Bidang Tahfiz, calon perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Arab DAN wajib mengemukakan dokumen berkaitan seperti salinan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)/ Sijil MenengahAgama (SMA)/ Sijil Menengah Ugama (SMU) atau mana-mana dokumen yang boleh menyokong kemahiran bahasa untuk memohon;
  9. Bagi calon yang mengambil jurusan teknikal dan vokasional, calon boleh mengemukakan dokumen berkaitan seperti salinan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) atau Diploma dalam bidang TVET (sekiranya ada);
  10. Calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat sahaja akan dipanggil untuk menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG) secara dalam talian dan penilaian video pembentangan oleh panel yang dilantik;
  11. Calon yang berjaya ditawarkan Biasiswa KPM perlu melepaskan tajaan yang sedia ada; dan
  12. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) tidak layak memohon.

Baca Juga: DERMASISWA ZAKAT PULAU PINANG:PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT PENGAJIAN MAINPP 2021

Cara mohon ePenawaran Biasiswa Perguruan

Berikut ialah cara mohon ePenawaran permohonan e-IJAZAH1:

  1. Layari laman web rasmi e-Penawaran di sini: https://epenawaran.moe.gov.my
  2. Lihat tawaran terkini
  3. Untuk tahun 2021, ada TAWARAN BIASISWA PERGURUAN BAGI PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (ISMP)
  4. Pastikan anda berada di tab PERMOHONAN BARU
  5. Masukkan Nombor Kad Pengenalan
  6. Masukkan Kata Laluan
  7. Sahkan Kata Laluan
  8. Pilih Program PENDIDIKAN
  9. Tekan butang MASUK
  10. Lengkapkan permohonan untuk memohon ISMP seperti berikut:
    • Menu DIRI
    • Menu PENGAJIAN
    • Menu AKADEMIK
    • Menu KO-KURIKULUM
    • Menu IBUBAPA / PENJAGA
  11. Sila MUAT NAIK dokumen yang dikehendaki. Tidak perlu hantar hardcopy.
  12. Sila baca dan buat perakuan dengan tanda tick
  13. Tekan butang SIMPAN
  14. Tekan butang HANTAR

Cara Mohon ePenawaran

Baca Juga: PERMOHONAN PIDN JPA:PROGRAM IJAZAH DALAM NEGARA 2021

Cara Kemaskini Permohonan Biasiswa Perguruan Persekutuan

  1. Layari laman web rasmi e-Penawaran di sini: https://epenawaran.moe.gov.my
  2. Klik terus TAWARAN BIASISWA PERGURUAN BAGI PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (ISMP)
  3. Pastikan anda berada di tab KEMASKINI PERMOHONAN
  4. Masukkan Nombor Kad Pengenalan
  5. Masukkan Kata Laluan
  6. Pilih Program PENDIDIKAN
  7. Tekan butang MASUK
  8. Sila kemaskini maklumat permohonan seperti:
    • DIRI
    • PENGAJIAN
    • AKADEMIK
    • KO-KURIKULUM
    • IBUBAPA / PENJAGA

Baca Juga: CARA PERMOHONAN BKP,KWAPM,BIASISWA SUKAN & EMK

Semakan Biasiswa Perguruan ePenawaran

Buat masa ini, belum ada maklumat berkenaan semakan permohonan. Sila semak semula laman web rasmi ePenawaran untuk tarikh terkini.

Baca Juga: PERMOHONAN STAM 2021 KISAS:SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA TINGKATAN 6

Maklumat lanjut Tentang Cara Mohon ePenawaran

Jika guru-guru ingin mendapatkan maklumat lanjut berkenaan cara mohon ePenawaran, sila hubungi urusetia seperti di bawah

1.Bahagian Tajaan Pendidikan (pertanyaan umum berkaitan program):

tel:03-8321 7138

[email protected]

 

2.Bahagian Pengurusan Maklumat (bantuan teknikal):

tel: 03-8884 3823

tel: 03-8884 3674

Leave a Comment