Semakan Pengambilan Perajurit Muda TLDM Siri 225/23 (2022)
Perhatian kepada lepasan Diploma yang berkelayakan dan berminat untuk berkhidmat sebagai anggota lain-lain pangkat (IPT) dipelawa untuk menyertai pengambilan Perajurit Muda TLDM.
Anda boleh mengikuti perkongsian kami untuk lebih mudah dan pantas.
Tempoh Permohonan Perajurit Muda TLDM
Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah membuka pengambilan Perajurit Muda TLDM Siri 225/23 secara atas talian bermula 15 Ogos hingga 26 September 2022.
Syarat-syarat Permohonan Perajurit Muda TLDM
Pengambilan Perajurit Muda TLDM ini menekankan beberapa syarat:
SYARAT UMUM
- Semua calon lelaki berwarganegara Malaysia
- Umur – 18 hingga tidak melebihi 25 tahun pada tarikh 31 Mei 2022
- Lepasan Diploma Kejuruteraan dari Politeknik / Universiti Awam / Swasta
- Taraf perkahwinan – Bujang
- Pemohon mestiklah bebas daripada sebarang kes jenayah / dadah juvana
Syarat-Syarat Khusus
- SPM / setaraf dengan Kepujiandalam Bahasa Melayu
- Pemohon perlu mengemukakan sijil Diploma, transkrip dan sijil perakuan akreditasi
- Diploma yang diiktiraf oleh MQA dalam bidang berikut:
- Diploma in Electrical Engineering
- Diploma in Electronics Engineering
- Diploma in Electrical and Electronic Engineering
- Diploma in Marine Engineering
- Diploma in Software Engineering
- Diploma in Microelectronic Engineering
- Diploma in Information Engineering
- Diploma in Telecommunication Engineering
- Diploma in Mechanical Engineering
- Diploma in Mechatronic Engineering
- Diploma in Manufacturing Engineering
- Diploma in Engineering in Aircraft Maintenance
Gaji / Elaun / Keistimewaan TLDM
Pengambilan TLDM menawarkan :
- Gaji permulaan :
Gaji | Jumlah |
Latihan Perajurit Muda (6 bulan) | RM1,774.00 |
Diperjawatkan (kelulusan): Diploma Kejuruteraan (Tugas Khusus) | RM2,341.07 |
*Termasuk Elaun Khidmat (RM115) dan Bayaran Insentif Khas ATM RM200
- Kenaikan Tahunan– Kenaikan gaji tahunan yang tetap mengikut pangkat
- Bayaran Elaun dan Insentif (tertakluk kepada syarat dan kelayakan) – Bayaran Insentif Khas Pasukan Khas Laut, Bayaran Insentif Krew Kapal Selam, Bayaran Insentif Sabah / Sarawak / Semenanjung, Tuntutan Perjalanan dari rumah ke tempat bertugas dan Tuntutan Cuti Tahunan
- Keistimewaan
- Rawatan perubatan dan pergigian
- Pakaian seragam
- Waren perjalanan tahunan
- Sajian dan tempat tinggal bagi yang bujang
- Caruman Lembaga Tabung Angkatan tentera
- Pengiktirafan sebagai Certified Technician (Tc)
Cara Permohonan Pengambilan TLDM 2022
Sila scan QR code atau ke terus ke pautan berikut: https://www.navy.mil.my/index.php/ms/?fbclid=IwAR3jMA-B_p5gDYRUl_D7KUNhypHvfh9WL149IeecPPlj84pP8Zr39TVCKGw
Cara Pengisian Borang Permohonan
- Sila isi semua soalan yang terdapat di dalam borang ini.
- Gunakan huruf besar semasa mengisi borang ini kecuali e-mel.
- Sediakan dokumen berikut untuk proses pendaftaran:
- Kad pengenalan pemohon.
- Sijil kelahiran pemohon.
- Sijil kelayakan akademik pemohon (SPM, SVM dan Diploma).
- Kad pengenalan bapa.
- Sijil kelahiran bapa.
- Kad pengenalan ibu.
- Sijil kelahiran ibu.
- Sijil kematian bapa (jika berkaitan).
- Sijil kematian ibu (jika berkaitan).
- Sijil cerai ibubapa (jika berkaitan).
- Pastikan maklumat yang diisi adalah betul dan benar.
- Tiada kompromi ke atas penipuan maklumat.
- Permohonan yang dibuat akan disemak oleh tldm.
- Status permohonan akan dimaklumkan melalui emel dan sms.
- Keputusan yang dibuat oleh tldm adalah muktamad.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Laman Facebook Rasmi Tentera Laut Diraja Malaysia
Artikel Lain : Pengambilan TUDM 2022