Permohonan Program TVET Tahfiz MARA 2022(Lokasi)
Bagi memastikan mutu pendidikan TVET di semua Institusi Pendidikan MARA (IPMA) terus ditambah baik, pelbagai usaha serta transformasi dilaksanakan dan terbaharu MARA menggabungkan elemen kemahiran dan hafazan al-Quran dengan memperkenalkan program TVET-Tahfiz.
Kami akan membantu anda untuk membuat permohonan Program TVET Tahfiz M4RA dengan mudah dan efisien.
Apa Itu Program TVET Tahfiz MARA
Program TVET Tahfiz ialah program kemahiran yang ditawarkan kepada para hufaz di institusi di bawah M4RA iaitu Kolej Kemahiran Tinggi M4RA (KKTM) dan Institusi Kemahiran MAR4 (IKM).
Program ini diwujudkan untuk membuka peluang kepada pelajar tahfiz mempelbagaikan kemahiran dengan melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang diploma kemahiran dan pada masa sama meneruskan pengajian hafazan sepanjang pengajian. Ia dapat meningkatkan kebolehpasaran pelajar tahfiz dalam pelbagai bidang TVET di samping menyediakan pekerja berkemahiran bagi menuju ke arah negara industri.
Tarikh Permohonan Program TVET Tahfiz MARA
Bagi mereka yang berminat, mereka boleh membuat permohonan sehingga 30 April 2022 melalui atas talian
Tempoh Pengajian Program TVET Tahfiz MARA
Tempoh pengajian yang ditetapkan adalah selama 3 tahun 3 bulan iaitu:
- 3 bulan: Program bridging (dikeualikan untuk program KKTM Ledang)
- 3 tahun: Program perdana dan tahfiz
Bidang Pengajian
Bidang pengajian yang ditawarkan menerusi program ini adalah seperti berikut:
Bidang Pengajian | Tempat |
Diploma Teknologi Penyejukan dan Penyaman Udara | IKM Besut |
Diploma Kompetensi Kimpalan | IKM Lumut |
Diploma Teknologi Automotif Komersial | IKM Jasin |
Diploma Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan (Radiologi dan Pengimejan) | KKTM Ledang |
Syarat Kemasukan
Syarat kemasukan yang perlu dipenuhi pemohon yang ingin memohon adalah seperti berikut:
- Berumur 18 tahun sehingga 40 tahun.
- Pemohon berminat dalam bidang teknikal.
- Pemohon sihat tubuh badan.
- Pemohon menghafal sekurang-kurangnya 10 juzuk.
Bagi KKTM Ledang, syarat khusus kemasukan dikenakan iaitu merujuk kepada syarat kemasukan Diploma Kejuruteraan sedia ada.
Tatacara Permohonan
Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:
- Layari laman web https://bit.ly/tvettahfiz.
- Isi maklumat permohonan yang diperlukan dengan lengkap.
- Pastikan semua maklumat permohonan diisi.
- Klik ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.
- Email surat pengesahan bilangan Juzu’ Hafazan dari Maahad Tahfiz/MRSM Ulul Albab anda ke alamat email [email protected] atau melalui applikasi whatsapp ke nombor 013-9498063.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai program Program TVET Tahfiz, sila hubungi:
- IKM Besut: 016-4306825 (Ustaz Norhesham)
- IKM Lumut: 010-3191908 (Ustaz Azmil)
- IKM Jasin: 011-27122982 (Ustaz Zainuddin)
- KKTM Ledang: 013-6650388 (Ustaz Farizan)
Artikel Lain : Permohonan Perkasa TVET 2022