PERMOHONAN PERKASA TVET (Pembiayaan Latihan Jangka Pendek 6 Bulan)

PERMOHONAN PERKASA TVET (Pembiayaan Latihan Jangka Pendek 6 Bulan)

PERKASA TVET

Perhatian kepada semua warganegara yang layak, anda dipelawa unutk mengikuti program latihan jangka pendek selama 6 bulan menerusi Dana Skim Pembiayaan Perkasa TVET (PERKASA TVET).

Kami akan membantu kongsikan cara prmohonan PERK4SA TVET dengan mudah dan pantas.

Apa Itu PERKASA TVET

  • Program Latihan kemahiran jangka pendek (kurang daripada 6 bulan) termasuk secara program penuh atau modular atau Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) atau bergantung kepada permintaan majikan/ industri di bawah Persijilan Kemahiran Malaysia (PKM), Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Penyedia Latihan Awam (PLA)/ Penyedia Latihan Swasta (PLS) digalakkan menawarkan kursus latihan secara “value added” bagi meningkatkan kebolehpekerjaan pelatih.
  • Pelatih diberikan penempatan pekerjaan/peningkatan kerjaya terlebih dahulu oleh majikan dan menjalani lathihan di PLA/PLS berdasarkan kepada konsep “Place and Train”

Siapakah layak untuk memohon PERKASA TVET ?

  • Terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 15 hingga 45 tahun pada tahun permohonan; dan
  • Mana-mana orang yang memerlukan pekerjaan beserta latihan melalui konsep Place and Train

Jangka Masa Program PERKASA TVET

Program ini adalah program latihan kemahiran jangka pendek iaitu kurang daripada 6 bulan termasuk secara program penuh atau modular atau Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) atau bergantung kepada permintaan majikan/industri di bawah Persijilan Kemahiran Malaysia (PKM), Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Penyedia Latihan Awam (PLA)/ Penyedia Latihan Swasta (PLS) digalakkan menawarkan kursus latihan secara “value added” bagi meningkatkan kebolehpekerjaan pelatih.

Pelatih diberikan penempatan pekerjaan/peningkatan kerjaya terlebih dahulu oleh majikan dan menjalani lathihan di PLA/PLS berdasarkan kepada konsep Place and Train.

Syarat Permohonan PERKASA TVET

Syarat permohonan bagi individu yang berminat mendapatkan pembiayaan ini adalah seperti berikut:

  • Terbuka kepada semua warganegara Malaysia.
  • Berumur 15 hingga 45 tahun pada tahun permohonan.
  • Mengikuti program latihan yang diluluskan oleh PTPK.
  • Mana-mana orang yang memerlukan pekerjaan beserta latihan melalui konsep Place and Train.
  • Tiada bantuan kewangan daripada agensi lain.

Cara Memohon PERKASA TVET

Individu yang ingin membuat permohonan perlu memohon menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari pautan permohonan iaitu https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSf3epmfJ0eLBbS5dYTRDuSWYSvqfxEK63e3WhmNBIGOYwJOVQ/viewform?fbzx=-7153001926214977385.
  2. Klik butang ‘Next.’
  3. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Next’ dalam setiap paparan.
  4. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.
  5. Hantar dokumen yang diperlukan melalui email [email protected] atau secara pos ke alamat:Urusetia PERK4SA TVET 1.0,
    Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK),
    Aras 18, Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra(WTCKL),
    Jalan Tun Ismail,
    59480 Kuala Lumpur.

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai PERK4SA TVET, sila hubungi 0132297107 (En Zamir) dan 03-40476188 (Pn Syaidatul).

ARTIKEL LAIN: Permohonan Politeknik Kolej Komuniti 2022

1 thought on “PERMOHONAN PERKASA TVET (Pembiayaan Latihan Jangka Pendek 6 Bulan)”

Leave a Comment