SENARAI PROJEKTOR MINI(Cara Pilih Yang Murah Kualiti Bagus di Malaysia)

SENARAI PROJEKTOR MINI(Cara Pilih Yang Murah Kualiti Bagus di Malaysia)

projektor mini

Projektor Mini kini menjadi pilihan ramai kerana berukuran kecil dan sangat ringan. Ramai menggunakan projector sebagai medium untuk menonton movie di rumah masing-masing Bersama keluarga.

Saiz yang kecil dan ringan menjadi pilihan untuk dibawa kemana-mana. Pengguna boleh membawa projector tersebut semasa melancong atau berkunjung ke tempat lain. PAstinya seronok dapat menonton filem sambil bercuti.

Jadi, adakah anda sedang mencari projektor mini yang sesuai untuk kegunaan anda? Tidak perlu bersusah payah lagi kerana senarai produk di bawah boleh dijadikan panduan asas untuk memudahkan anda membuat keputusan terbaik.

 

Faktor-Faktor Pemilihan Projektor Mini Terbaik

 Sebelum membeli  projector ada beberapa pertimbangan serta sedikit panduan yang boleh digunakan supaya anda tak menyesal apabila dah membelinya. Ada beberapa ciri asas yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli sesebuah projector.

  1. Harga

Ini adalah antara faktor pertama yang difikirkan oleh pengguna yang ingin membeli projektor. Harga Projektor boleh jadi pelbagai, dari semurah RM300 sehinggalah ke RM5000. Harga LED projektor lebih murah, tetapi kualiti juga kurang berbanding LCD projektor yang sedikit mahal.

Yang penting, beli ikut bajet anda. Saya cadangkan harga antara RM100 hingga RM700 adalah harga yang munasabah bagi sebuah projektor untuk di rumah atau di bilik.

 

  1. Sambungan Port Yang Pelbagai

Ini juga antara ciri menarik yang kita kena pertimbangkan masa nak beli projektor. Kebiasaanya, setiap projektor ada sekurang-kurangnya slot untuk VGA, HDMI dan USB. Untuk yang advance sket, ada lah slot yang pelik-pelik sket. Tapi kalau setakat laptop biasa, slot yang sedia ada pun dah mencukupi.

Untuk projektor yang keluaran terbaharu, ada juga yang menawarkan fungsi Wireless. Lagi senang, terus boleh connect direct daripada laptop dan paling best, dari fon anda jugak. Takyah nak berangkut laptop kan

  1. Jangka Hayat Lampu

Kalau korang perasan bila selalu digunakan,suatu ketika nanti lampu LCd akan semakin malap daan suram.Ini kerana setiap LCD mempunyai jangka hayat lampu masing masing. Pada asasnya lampu LCD mempunyai hayat selama 2000-3000 jam. Malahan untuk yang terbaru dikatakan selama 5000 jam. Oleh itu penggunaan yang bijak serta optimum dalam pengajaran menjamin, LCD boleh digunakan dengan lebih lama.

 

  1. Jaminan atau Warranty

Kebanyakan  projektor mempunyai tempoh jaminan warranty.Terpulang kepada kita sebagai pengguna, untuk bertanya habis habisan,apa yang dicover oleh warranty tu..kalau pembelian secara walk in ke kedai LCD atau kedai komputer.Kalau pembelian melalui online ,baca dengan teliti tentang maklumat warranty yang selalunya disertakan.

 

Senarai ProjektorMini Pilihan Malaysia 2023

Kami kongsikan kepada anda projektor yang mampu milik dan bertepatan dengan kehendak anda. Berikut adalah senarai tersebut :

  1. Wanbo Mini Portable Projector T2 Max

projektor mini

Antara senarai projektor yang memberikan resolusi 4K yang pastinya memberikan gambar lebih tajam. T2 Max ini juga terbina dengan sistem Android di dalamnya dengan storan 16GB dan 1GB RAM.

Selain itu, support bluetooth, screen mirroring dan sudah pastinya sambungan Wifi. Juga antara siaz pancaran terbesar iaitu 40-120 inci. Wanbo ini antara jenama dibawah Xiaomi. Jadi pastinya memberikan kualiti yang terbaik

https://www.mi.com/global/mi-smart-compact-projector

Harga yang ditawarkan sekitar RM388 – RM618

 

  1. A2000 Home Cinema Multifunctional LED Small Projector

projektor mini

Sebuah lagi projektor mini dengan saiz tapak tangan sahaja. Portable dan mudah untuk dibawa ke mana-mana sahaja.

Projektor ini menyokong sambungan USB, HDMI, TF card dan micro USB. Selain itu, terdapat juga ciri mirroring. Jadi anda boleh sambung smartphone atau tablet anda secara tanpa wayar

Harga yang ditawarkan adalah RM135

 

  1. W80 HD 1080 Android Projector

projektor mini

Ini sebuah lagi mini projektor yang menawarkan sistem Android terbina di dalamnya. Anda boleh terus tonton tanpa perlukan apa-apa sambungan peranti lain.

Saiz pancaran terbaik adalah sekitar 60 hingga 80 inci dengan kadar kecerahan sehingga 400- lumens. Sistem audio yang terbaik, sambungan Wifi, bluetooth dan juga skrin resolusi 1280x720P

Harga yang ditawarkan sekitar RM229 – RM397

 

  1. MiniBeam Ultra Portable Mini LED Pico Projector

pma

Sebuah projektor mini yang bersaiz sebesar tapak tangan sahaja tetapi masih memberikan pencahayaan dan kualiti yang baik.

Saiz penyelarasan terbaik antara 20-60 inci dengan aspect ratio 4:3. Mini projector ini memberikan sambungan USB, TF Card, HDMI dan juga terdapat port 3.5mm headphone.

Harga yang ditawarkan sekitar RM129 – RM139

 

  1. 6000 Lumes Android Mini Projector

pmb

Sebuah projektor mini yang dipasang khas dengan sistem Android. Juga mempunyai sambungan Wifi. Ini bermakna anda boleh terus menonton kandungan seperti Youtube dan Netflix tanpa perlu pasang dengan Androi Box lain.

Selain itu, projector ini juga mampu diselaraskan sehingga 150 inci dengan paparan HD dan yang terbaik adalah antara 60-80 inci. Ada juga sambungan bluetooth. Kadar kecerahan adalah 6000 lumens

Harga yang ditawarkan sekitar RM239 – RM355

 

Nasihat saya, sebelum beli tu, dapatkan dulu perbezaan harga daripada beberapa kedai, online dan offline supaya anda tahu harga yang standard. So senang lah anda nak buat pilihan terbaik nanti masa nak membeli projektor baharu.

 

Artikel Lain : Jenis Webcam Terbaik

Leave a Comment