SENARAI JENIS WEBCAM RESOLUSI TERBAIK (Pilihan Ramai Untuk PDPR & Video Conference)

SENARAI JENIS WEBCAM RESOLUSI TERBAIK (Pilihan Ramai Untuk PDPR & Video Conference)

jenis webcam

Sepanjang musim pandemik ini, proses pendidikan dan juga sektor pekerjaan banyak dijalankan secara atas talian. Penggunaan webcam menjadi lebih kerap  untuk sesi panggilan video semasa bekerja di rumah mahupun PdPR .

Anda ingin membeli webcam tapi tak tahu yang mana satu pilihan terbaik untuk anda? Kami akan kongsikan tips dan panduan untuk memilih dan membeli webcam yang sesuai dengan kegunaan anda.

Tidak semua webcam sesuai dengan keperluan dan lebih-lebih lagi bajet anda terutamanya jika anda seorang pelajar universiti yang hanya mempunyai peruntukan yang terhad sahaja. Kami akan kongsikan pilihan jenis webcam  yang bersesuaian dengan anda.

 

Tips Membeli Webcam Pilihan Ramai

 Ada beberapa perkara yang memang harus dititik beratkan dalam memilih webcam, beberapa alasan ini dapat membantu anda jadikan pertimbangan sebelum memilih dan membeli webcam pilihan anda. Kalau korang nak beli webcam, apa kata korang baca tips pemilihan jenis webcam dibawah ni.

 

  1. RESOLUSI

 

Perkara pertama yang perlu diperhatikan adalah resolusi dari webcam tersebut. Resolusi yang ada pada webcam biasanya lebih kecil jika dibandingkan dengan kamera biasa.

Semakin tinggi resolusi webcam, pengguna akan mendapatkan gambar yang lebih jelas dan jernih. Rata-rata webcam memiliki resolusi sebesar 1.3 megapixel. Namun, dengan resolusi yang cukup kecil tersebut webcam sudah menampilkan hasil yang cukup bagus.

Kebiasaan resolusi video yang ditawarkan oleh sebuah webcam berada dikitaran 320 x 240 pixel. Tampilan video sudah cukup bagus bagi anda yang menggunakan webcam tersebut di computer.

 

  1. KECEPATAN PENGAMBILAN FRAME

 

Semakin laju kecepatan pengambilan frame dari sebuah kamera, maka akan semakin baik pula hasil rakaman webcam tersebut. Kecepatan pengambilan frame ini biasanya diukur dengan satuan fps atau frame per second.

Biasanya sebuah webcam memiliki kecepatan fps kamera yang berada di angka 10 hingga 30 fps. Namun, kami sangat menyarankan anda untuk memilih webcam yang mempunya kecepatan pengambilan frame yang berada pada angka antara 15 dan 30 fps.

 

  1. LENSA DAN SENSOR

 

Webcam yang bagus memiliki lensa yang terbuat dari kaca, dan pengguna juga memiliki kemampuan untuk bisa mengubah-ubah fokus dari lensa tersebut.

Sensor memiliki tugas untuk dapat mengubah cahaya menjadi gambar digital. Pada webcam, terdapat 2 sensor yaitu CMOS dan CCD.

CMOS merupakan sensor yang digunakan oleh kebanyakan webcam yang memiliki harga yang mampu milik. Berbeza dengan CCD, sensor ini telah digunakan dikebanyakan model webcam yang agak mahal.

 

  1. HARGA

 

Kami rasa pengguna tidak perlu risau akan masalah ini, kerana harga webcam sendiri tidak seberapa mahal dan dirasa cukup mampu milik untuk semua orang. Kami menyarankan agar anda tidak perlu menghabiskan banyak wang untuk membeli webcam yang mahal.

Tapi, semuanya bergantung dengan bajet dan keperluan anda. Anda boleh memilih webcam yang memiliki fungsi dan kemampuan yang cukup baik, dengan harga yang berkisar diantara RM50-RM200 sahaja.

 

WEBCAM MURAH PILIHAN RAMAI

 

Kami akan kongsikan webcam yang bersesuaian dengan bajet anda serta memenuhi fungsi. Berikut adalah pilihan webcam yang boleh anda beli.

  1. Webcam 2K 1440P full HD webcam with stand

JENIS WEBCAM

  • Resolution: 2560 x 1440P
  • Sensor type: CMOS
  • Interface type: USB2.0
  • Flicker control: 50Hz – 60Hz
  • Microphone: built-in microphone
  • Focus range: near or far
  • Product size: 70 x 49 x 50mm
  • Harga RM66-RM70

 

  1. Novix 2k Webcam

JENIS WEBCAM

  • Full HD 8MP
  • Built-in stereo omnidirectional microphones
  • Auto-Focus,USB Plug &Play
  • Video image format: YUV/MJPG /H.264
  • Support Windows 2000 / XP /window7/ win8/window10
  • Harga RM55-RM60

 

  1. UBIK C10 WEBCAM

wa3

  • Full FHD 1080P Use FHD full HD lens,frame rate up to 30FPS
  • Flexible placement. The camera can be placed on the desktop, or the camera is mounted on the tripod.
  • Auto focus
  • Built-in microphone
  • Harga RM30-RM50

 

  1. LOGITECH C310 HD WEBCAM

w4a

  • Panggilan video HD 720p dengan skrin lebar dan lebih jelas.
  • Mikrofon tersedia dengan ciri noise reducing.
  • Klip universal. Boleh klik pada skrin komputer.
  • Panjang sambungan kabel adalah 1.5m.
  • https://www.logitech.com/en-my/webcams
  • Harga : RM179

 

  1. RAPOO C280 FULL HD WEBCAM

 

  • Jaminan sehingga dua tahun.
  • Video resolusi sehingga 2560*1440 (FHD 1140p).
  • Plug and Play (tidak perlu install apa-apa software).
  • 2 microfon dengan ciri noise reduction.
  • 85-degree lensa sudut lebar.
  • Ada lens protector.
  • Panjang sambungan kabel adalah 1.5m.
  • Harga : RM148

 

Semoga dengan perkongsian jenis webcam ini dapat membantu anda membuat pilihan yang tepat dan memberikan manfaat kepada semua.

 

Artikel Lain: Cara Pilih Kamera Keselamatan CCTV

Leave a Comment