Cara Reset Password myPTPTN(Tak Boleh Login Terlupa)

Cara Reset Password myPTPTN (Tak Boleh Login Terlupa)

 Reset Password myPTPTN

Tatacara reset password myPTPTN untuk memudahkan anda sekiranya terlupa maklumat semasa mendaftar myPTPTN sebelum ini. Telah lupa email yang anda gunakan untuk daftar myPTPTN anda, ke?Adakah anda ingin kemaskini maklumat peribadi dalam  myPTPTN dan nombor telefon anda yang terkini? Jadi, izinkan kami kongsikan cara reset myPTPTN dengan maklumat yang tepat dan senang difahami.

 

Apa Itu myPTPTN

myPTPTN merupakan aplikasi mudah alih yang menawarkan perkhidmatan PTPTN seperti semakan penyata pinjaman, bayaran balik pinjaman, semakan penyata Simpan SSPN pembukaan akaun dan penambahan deposit Simpan SSPN serta permohonan potongan gaji dan Debit Terus bagi bayaran balik pinjaman dan Simpan SSPN.

Aplikasi ini dilengkapi dengan eKYC (Electronic Know Your Customer) iaitu proses mengesahkan dan mengekalkan rekod identiti pelanggan yang diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia sebagai salah satu kunci keselamatan transaksi digital.

Anda boleh klik pautan ini berkenaan myPTPTN : https://myptptn.ptptn.gov.my/ptptn/app/landing

 

Keistimewaan Aplikasi myPTPTN

Antara keistimewaan aplikasi ini bagi pengguna adalah seperti berikut:

  • Hanya di satu platform: Transaksi bayaran balik pinjaman dan simpanan di Simpan SSPN dan pelbagai perkhidmatan lain melalui satu platform.
  • Menjimatkan masa dan kos: Orang ramai tidak perlu beratur di kaunter kini dan segalanya dihujung jari sahaja.
  • Mesra pengguna: Paparan mesra pengguna sesuai untuk semua lapisan umur.
  • Transaksi tanpa sempadan: Aplikasi ini menyokong pelbagai jenis transaksi.
  • Cepat, mudah dan selamat: Segala maklumat peribadi pengguna dilindungi oleh PTPTN dan dilengkapi dengan pendaftaran maya eKYC.

 

Perkhidmatan Yang Ditawarkan myPTPTN

Perkhidmatan yang ditawarkan menerusi aplikasi ini adalah seperti berikut iaitu:

  • Urusan pembayaran balik pinjaman dan penambahan deposit Simpan SSPN.
  • Pembukaan akaun Simpan SSPN
  • Semakan Penyata
  • Pindahan Lebihan Bayaran Balik
  • Pindahan Simpanan
  • Permohonan Bayaran Balik/Deposit Simpan SSPN melalui Debit Terus, Potong Gaji dan Auto Debit
  • Permohonan Pengesahan Baki Pinjaman
  • Cetakan Surat Penyelesaian Hutang (SPH)
  • Kemas kini profil pengguna

 

Cara Reset Password myPTPTN

  1. Buka aplikasi myPTPTN
  2. Klik terlupa kata laluan
  3. Lengkapkan maklumat diri
  4. masukan ic dan nombor telefon
  5. Seterusnya cipta kata laluan yang baru
  6. Mohon pengesahan TAC
  7. Setelah anda masukan TAC, penukaran kata laluan telah berjaya. Anda berjaya reset password myPTPTN
  8. Setelah selesai, anda boleh cuba kata laluan yang baru untuk login myPTPTN

Artikel Lain : Cara Kemaskini PTPTN

Leave a Comment