CARA SCAN DOKUMEN GUNA TELEFON PINTAR (Android & iOS)

CARA SCAN DOKUMEN GUNA TELEFON PINTAR (Android & iOS)

scan dokumen

Dengan menggunakan telefon kini anda boleh hantar dokumen dengan pantas dan mudah. Usah risau lagi sekiranya anda tidak mempunyai printer mahupun printer anda tidak meunyai option untuk scan.

Pelbagai aplikasi boleh digunakan dalam telefon anda untuk scan d0kumen. Kaedah ini lebih pantas dan dapat digunakan di mana sahaja.

Ikuti perkongsian di bawah untuk panduan paling mudah scan dokumen menggunakan telefon pintar anda versi iphone dan android.

 

Cara ScanDokumen Guna Android

Anda memerlukan aplikasi Google Drive dipasang untuk mengimbas dokumen dengan Android.

Untuk scan dokumen guna telefon, ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Buka Google Drive dan ketik simbol +
  2. Di bawah tab Cipta Baharu (Create New), pilih Imbas (Scan)
  3. Letakkan kamera telefon di atas dokumen dan ketik butang shutter apabila anda bersedia untuk menangkap imej
  4. Ketik tanda semak untuk menyimpan dokumen yang sudah di scan atau anak panah belakang untuk mengambilnya semula
  5. Ketik simbol + untuk mengimbas lebih banyak imej atau Simpan (Save) untuk memuat naik dokumen anda ke Google Drive. Terdapat juga pilihan untuk crop, sunting dan pelbagai fungsi lain
  6. Apabila anda selesai mengimbas dokumen anda, masukkan nama fail untuk PDF baru anda dan pilih folder untuk menyimpannya. Kemudian, klik Simpan (Save).

Artikel Lain : Cara Gabung PDF

scan dokumen scan dokumen scan dokumen

Cara Scan Dokumen Guna iOS

Nota ialah aplikasi mudah alih pra-pasang percuma untuk peranti iOS yang membolehkan anda mengimbas dokumen anda menggunakan kamera peranti mudah alih anda.

  1. Buka aplikasi Notes dan buat nota baharu
  2. Ketik ikon Kamera dan pilih Imbas Dokumen (Scan Documents)
  3. Letakkan kamera telefon di atas dokumen. Aplikasi ini akan memfokus dan menangkap imej secara automatik, tetapi anda juga boleh melakukannya secara manual
  4. Selepas anda mengimbas halaman, gunakan fungsi “crop”.
  5. Ketik “Keep Scan” untuk meneruskan.
  6. Ulangi proses ini untuk semua halaman yang ingin anda scan.
  7. Apabila anda selesai, pilih Simpan (Save).

scan dokumen

Cara Scan Dokumen Guna Aplikasi Lain.

Jika kaedah di atas tidak cukup untuk anda, mungkin kerana anda memerlukan ciri khusus yang tidak mereka tawarkan, maka terdapat banyak alternatif.

Jika anda mempunyai akaun Microsoft 365, maka aplikasi Microsoft Lens – PDF Scanner ialah pilihan yang bagus.

Selain itu anda juga boleh mencuba beberapa aplikasi lain antaranya SwiftScan, Genius Scan, Simple Scan serta banyak lagi yang tersedia di Google Play dan Apple App Store

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada anda semua.

Leave a Comment