SEKOLAH SIRAJ JAWI:PERMOHONAN SEKOLAH INTEGRASI RENDAH AGAMA JAWI

SEKOLAH SIRAJ JAWI:PERMOHONAN SEKOLAH INTEGRASI RENDAH AGAMA JAWI

SEKOLAH SIRAJ JAWI

 

PERMOHONAN KEMASUKAN MURID TAHUN SATU 2022 BAGI SEKOLAH INTEGRASI RENDAH AGAMA JAWI (SIRAJ) JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI)

Permohonan Sekolah SIRAJ dibuka bermula 12 April – 23 April 2021 secara atas talian (online).

Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang SIRAJ.

 

Apakah Sekolah Integrasi Rendah Agama (SIRAJ)?

Sekolah Integrasi Rendah Agama atau SIRAJ adalah sekolah yang melaksanakan dwikurikulum iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Sekolah Rendah Agama (KSRA) bagi melengkapi keperluan murid dari segi akademik dan agama.

Sekolah SIRAJ ditubuhkan dengan kelolaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Sesi pembelajaran murid bermula jam 7.30 pagi hingga 4.00 petang.

Murid-murid telah dijadualkan untuk solat berjemaah dan makan bersama semasa waktu peralihan pagi dan petang.

Ini memberi kemudahan kepada ibubapa murid yang bekerja untuk mengurus anak mereka di sekolah.

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) ditubuhkan pada peringkat awalnya dengan nama Urusetia Majlis dengan tujuan untuk melancarkan perjalanan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Ia diwujudkan pada 1 Februari 1974.

Apabila Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) ditubuhkan pada tahun 1978, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah diletakkan di bawah Kementerian ini. Walaubagaimanapun, pada tahun 1987 Kementerian ini telah dimansuhkan. Maka, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah diletakkan pula di bawah pentadbiran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sehingga kini

 

 

Lokasi Sekolah SIRAJ JAWI

 

 

Cara Permohonan SIRAJ JAWI

Berikut adalah cara membuat permohonan SIRAJ JAWI online:

Ibu bapa/penjaga yang mempunyai anak berumur 7 tahun pada tahun 2022 boleh mendapatkan QR KOD melalui:

  • Laman Web Jabatan JAWI (FB)
  • FB Sekolah
  • Sekolah Yang dipohon.
  • Banner

Ibubapa/Penjaga mengimbas QR KOD dan isikan data dengan lengkap dan klik hantar

 

 

Kadar Yuran Sekolah SIRAJJAWI

Kadar yuran adalah berbeza setiap tahun, namun dianggarkan secara kasarnya adalah seperti di bawah ini (2017).

 

 

Tarikh Permohonan

Permohonan / pendaftaran dibuka bermula 12 April.

Tarikh akhir pengisian sebelum atau pada 23 April 2021

 

Nota :

  • Sila baca dengan teliti setiap maklumat yang dipaparkan dalam website.
  • Pastikan borang permohonan diisi dengan maklumat yang lengkap dan tepat.
  • Calon perlu mendaftar terlebih dahulu di Sekolah Kebangsaan (SK) & Sekolah Rendah Agama (SRA)

 

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkaitan permohonan kemasukan ke SIRAJ JAWI, sila rujuk Portal JAWI di sini : https://portalfm.jawi.gov.my

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan,

Kompleks Pusat Islam,

Jalan Perdana,

50676 Kuala Lumpur

 

Baca Juga: REGISTER DARJAH SATU SECARA ONLINE:CARA DAFTAR TAHUN 1

Leave a Comment