SEMAKAN CABUTAN BSN SSP(Check Keputusan Sijil Simpanan Premium)

SEMAKAN CABUTAN BSN SSP(Check Keputusan Sijil Simpanan Premium)

SEMAKAN CABUTAN BSN SSP Bagi anda yang menyimpan dalam Skim Sijil Simpanan Premium, pasti mahu tahu bilakah tarikh cabutan keputusan untuk pemenang dan bagaimakah cara untuk buat semakan cabutan BSN SSP secara online? Sebelum itu,kami ingin berkongsi tentang cara menyimpan wang di BSN SSP.  

APA ITU SSP BSN

Sijil Simpanan Premium (SSP BSN) adalah salah satu skim simpanan yang telah diperkenalkan oleh BSN sejak 1978. Ia merupakan produk yang sinonim dengan BSN, justeru SSP BSN telah melalui pelbagai fasa perubahan bagi memenuhi permintaan pelanggan pada masa kini

Tujuan utama ianya diperkenalkan adalah bagi menggalakkan orang ramai menyimpan duit atau dengan erti kata lain menabung bagi kepentingan masa depan. Yang menariknya pelanggan bukan sahaja mendapat keuntungan daripada hasil simpanan mereka malah berpeluang memenangi hadiah daripada cabutan bertuah SSP BSN yang dilakukan setiap bulan. Ia berjaya mendidik masyarakat supaya lebih peka kepada kepentingan simpanan terutamanya bagi golongan berkeluarga.  

CARA MENYIMPAN DI SSP BSN

Terdapat beberapa cara kita boleh menyimpan dengan Sijil Simpanan Premium atau SSP BSN: Melalui Perbankan SMS

  1. Daftar di mana-mana cawangan BSN.
  2. Taip “SSP<jarak>mpin<jarak>amaun”.
  3. Contoh: SSP 123456 100 dan hantarkan ke 36898.
  4. Balas “CONFIRM 7212” untuk pengesahan atau “CANCEL 5740” untuk pembatalan BSN SSP.

Melalui Mesin ATM

  1. Masukkan kad ATM/Debit BSN.
  2. Pilih bahasa
  3. Masukkan nombor PIN.
  4. Pilih ‘Simpanan BSN SSP’.
  5. Masukkan amaun dalam gandaan RM10.
  6. Sahkan simpanan dan simpan resit transaksi

Melalui Mesin Deposit Tunai (Dengan kad ATM/Debit BSN)

  1. Masukkan kad ATM/Debit BSN.
  2. Pilih bahasa.
  3. Masukkan nombor PIN.
  4. Pilih ‘Simpanan BSN SSP’.
  5. Pilih kaedah simpanan (debit akaun atau tunai).
  6. Depositkan wang dalam gandaaan RM10.
  7. Sahkan simpanan dan simpan resit transaksi.

Melalui Mesin Deposit Tunai (Tanpa kad ATM/Debit BSN, hanya untuk penyimpan BSN SSP sedia ada sahaja)

  1. Pilih bahasa.
  2. Pilih ‘Simpanan BSN SSP’.
  3. Masukkan nombor akaun simpanan BSN Giro/Giro-i.
  4. Depositkan wang dalam gandaaan RM10.
  5. Sahkan simpanan dan simpan resit transaksi.

Melalui Perbankan Internet myBSN

  1. Kunci masuk ke Laman Web BSN di www.mybsn.com.my
  2. Pilih ‘Simpanan BSN eSSP’.
  3. Pilih ‘nombor akaun’ daripada senarai.
  4. Lengkapkan maklumat yang diperlukan.
  5. Sahkan simpanan dan cetak resit transaksi.

Melalui Ejen Bank Berdaftar (EB)

  1. Kemukakan kad pengenalan dan wang tunai (bagi pelanggan baru) ATAU kad ATM/Debit BSN atau tunai (bagi pelanggan sedia ada) kepada EB BSN.
  2. EB BSN akan proses simpanan BSN SSP di terminal POS.
  3. Sahkan simpanan dan simpan resit transaksi .
  4. Simpanan maksima adalah RM1,000 untuk setiap transaksi.

 

KADAR DIVIDEN SSP BSN 2023

berikut adalah merupakan cara kira dividen SSP BSN iaitu:

PERKARAKADAR DIVIDEN
Baki minimum simpanan RM5 ribu0.15 peratus
 Baki minimum simpanan RM50 ribu0.45 peratus
Baki minimum simpanan RM500 ribu0.75 peratu

 

TARIKH CABUTAN SSP BSN 2023

Tarikh cabutan SSP BSN untuk tahun 2023 adalah lebih kurang sebulan, selepas bulan tersebut. Contohnya untuk pemenang cabutan bulan April, ia akan diumumkan pada bulan Mei. Berikut adalah merupakan tarikh cabutan setiap bulan iaitu:

BULANTARIKH CABUTAN
Cabutan BSN SSP Januari 2023FEBRUARI 2023
Cabutan hadiah ssp bsn Februari 2023MAC 2023
Cabutan Mac 2023APRIL 2023
Cabutan Bulan April 2023MEI 2023
Cabutan Bulan Mei 2023JUN 2023
Tarikh Cabutan Bulan Jun 2023JULAI 2023
Tarikh Cabutan Bulan 2023OGOS 2023
Tarikh Cabutan Bulan 2023SEPTEMBER 2023
Cabutan September 2023OKTOBER 2023
Tarikh Cabutan Bulan Oktober 2023NOVEMBER 2023
Tarikh Cabutan Bulan November 2023DISEMBER 2023
Tarikh Cabutan Bulan Disember 2023JANUARI 2024

 

SEMAKAN SENARAI PEMENANG CABUTAN SSP BSN 

Anda boleh emmbuat semakan senarai pemenang cabutan bulan menerusi pautan ini ssp result  

CARA SEMAK KEPUTUSAN SSP BSN

Ada beberapa cara yang anda boleh guna untuk buat semakan keputusan pemenang.Antaranya adalah :

SEMAK SSP GUNA MyBSN

  • Layari portal MyBSN
  • Ada dua pilihan bahasa iaitu English dan Bahasa Malaysia
  • Pilih Bahasa Malaysia supaya lebih mudah faham
  • Anda kini berada di bahagian Semak Keputusan BSN Sijil Simpanan Premium
  • Terdapat dua pilihan iaitu:
  • Semakan melalui Nombor Kad Pengenalan
  • Semakan melalui Nombor Sijil
  • Jika anda tidak ingat Nombor Sijil, boleh pilih Semakan melalui Nombor Kad Pengenalan
  • Masukkan Nombor Kad Pengenalan dan klik Hantar
  • Sekiranya anda adalah salah satu pemenang, keputusan akan terpapar
  • Jika anda ada simpan No Sijil, boleh pilih Semakan melalui Nombor Sijil
  • Masukkan Nombor Sijil dan klik Hantar
  • Sekiranya anda adalah salah satu pemenang SSP, keputusan akan terpapar

SEMAKAN SSP DI CAWANGAN BSN

  • Hadir ke mana-mana cawangan kaunter BSN berhampiran anda dan semak dengan pegawai yang bertugas

SEMAKAN SSP DI FACEBOOK BSN

  • Bagi kurang mahir  check secara online, boleh sahaja lihat paparan pengumuman pemenang cabutan melalui Facebook BSN. Sila Like dan sentiasa ikuti perkembangan BSN di https://www.facebook.com/BSNMalaysia/

 

KATAGORI CABUTAN SSP BSN

Selain cabutan RM1 juta, terdapat beberapa lagi cabutan yang lain. Anda hanya perlu klik di ruangan yang dinyatakan. Antaranya ialah:

  • Cabutan Istimewa
  • Cabutan Kesetiaan
  • Cabutan Bulanan
  • Cabutan Penyimpan Muda
  • Cabutan Tempatan
  • Cabutan Penyimpan Baru
  • Cabutan Khas Kesetiaan (2020)
  • Cabutan Istimewa (2020)
  • Cabutan Bulanan (2020)
  • Cabutan Super SSP (2020)
  • Cabutan Khas Generasi Z (2020)
  • Cabutan Khas Tempatan (2020)

 

SOALAN LAZIM (FAQ) SSP BSN

Bagaimanakah cara nak tambah simpanan SSP BSN?

  • Pelanggan sedia ada yang ingin menambah simpanan BSN SSP boleh berbuat demikian di kaunter Cawangan BSN, Mesin Teler Automatik (ATM), Mesin Deposit Tunai (CDM), perbankan Internet myBSN atau menerusi saluran Ejen Bank BSN (EB BSN)

Macam mana cara nak beli SSP BSN?

  • Bagi pelanggan baharu boleh membeli SSP di kaunter Cawangan BSN di seluruh negara.

 

MAKLUMAT  LANJUT & PERTAYAAN

Untuk sebarang pertanyaan lanjut tentang semakan cabutan BSN SSP, sila hubungi pegawai BSN di talian 03-21623222 Samb. 12620 / 15694 / 15686 / 15667. Unit BSN SSP,Bahagian Deposit & Inisiatif Kerajaan,Jabatan Operasi Perbankan,Tingkat 8, Wisma BSN,117, Jalan Ampang,50450 Kuala Lumpur.

20 thoughts on “SEMAKAN CABUTAN BSN SSP(Check Keputusan Sijil Simpanan Premium)”

  1. I had bought SSP on 24 JULY 2014. I AM RESIDING OUTSIDE MALAYSIA.
    PLEASE LET ME KNOW IF I HAVE WON ANY PRIZE SO FAR.

    THANKS.

    MASOOM SHAH ROGHANI

    Balas
  2. saya ada menyimpan dari tahun 2005.
    tak pernah menang. saya dah jual suku.
    tak mau simpan lagi. habuk pun x dapat.
    baru-baru ini rumah saya banjir , sebab tu saya jual ssp.

    Balas
    • Jangan harap nak menang.
      Tipu je tu..
      Cara nk suruh org melabur dalam sspn..
      Tapi menang habuk.
      Baik bawa keluar simpan dalam TH.

      Menipu je BSN ni

      Balas
    • Saya start simpan duit dari tahun 1981 . Sampai sekarang takde rezeki. Saya tak pasti bsn ni betul atau menipu kami

      Balas
  3. Comment & Suggestions: Its seems like SSP BSN concept is WINNER GETS ALL, LOSER GETS NONE?!? Not a very nice concept or approach… I suggest BSN offer more prizes to many many more depositors!! YES ?!? (25 Feb 2022).

    Balas
  4. Salam Warga BSN,saya sudah menyimpan dari tahun 1999 sehingga sekarang pelaburan saya hampir mencecah rm 50k.mgkn belum rezeki atau mmg dah tak de..setiap bulan asik menunggu walaupun menang rm 100,tapi habuk pun tak de.jangan mimpi la rm 100k atau kereta mewah BMW ,jauh api dari panggang.

    Balas
    • Tu la kadang2 mcm tk logik gk brpuluh ribu rm brpuluh thn simpan hadiah rm 100 pn xprnah dpt….mcm dia org pilih no2 trtentu jer yg dia org pilih

      Balas
  5. percaya kpd takdir..ada rezeki dapatlah…simpanan dgn BSN selamat tak hilang..ini bukan loteri iaitu haram pembelian hilang atau hangus…SSP BSN tetap ada…

    Balas
  6. Patut BSN buat cabutan byk sikit. Cth: drpd rm1juta tu blh pecah2kan jd rm100k dan rm50k. Jd adalah sikit peluang org nk menang. Bila ramai yg dpt nnt da tentu ramai lg yg menyimpan

    Balas
  7. Saya simpan dlm SSP dah lama simpan rm 3000.00. Tak pernah menang walaupun saguhati. Sblm ni simpan dr thn awal 90an tp tak pernah menang terus jual

    Balas
  8. Ntah ssp bsn ni dulu banyak rm juga saya simpan bertahun-tahun,tak pernah dapat apa.Lepas tu saya menjual,kerani kaunter tanya kenapa nak jual? Saya kata sudah lama dan tidak pernah perolehi sebarang hadiah.Ni dah masuk hampir 3 tahun or 4 tahun beli rm3000 untuk layak cabutan yang spesial.Tapi itulah faktor rezeki masih belum menyebelahi,atau pihak bsn ada kriteria yang tertentu dalam pemilihan untuk cabutan.Sepatutnya pihak bsn lebih peka kepada penyimpan yang lebih lama,dengan memberi saguhati.

    Balas
  9. Simpanan di dalam SSP BSN ni adalah cara mendidik untuk menabung, hadiah yang di tawarkan setiap bulan itu hanya sekadar galakan dan motivasi kepada kita membuat simpanan. Kalau boleh kita biasakan diri dan keluarga membuat simpanan setiap bulan barulah ada penambahan, kalau ada kecemasan bolehlah dikeluarkan untuk urusan tersebut. Jangan begitu mengharapkan hadiah yang juta-juta, nanti anda kecewa. Kalau ada rezeki dapatlah, kalau tak ada……cobaannn.

    Balas

Leave a Comment