SEMAKAN MATRIKULASI(Check Keputusan Permohonan Rayuan)

SEMAKAN MATRIKULASI(Check Keputusan Permohonan Rayuan)

Semakan Matrikulasi

 

5 Checklist Selepas Semakan Matrikulasi 2021 melibatkan keputusan Permohonan tawaran dan rayuan result secara online

Selepas mendapatkan check keputusan spm, ada yang memilih untuk kemasukan tingkatan 6.

Ada juga yang memilih untuk masuk ke institusi ini.

Jikalau anda salah seorang daripada kalangan yang hantar permohonan untuk kemasukan ke sini. Teruskan membaca Semakan Matrikulasi

Samada nama anda tersenarai dan mendapat tawaran masuk ke kolej, anda boleh lakukan semakan keputusan matrikulasi 2020 secara online. Mudah sahaja.

Berikut dikongsikan cara semakan matrikulasi 2021 untuk panduan semua.

Semakan Keputusan Ambilan Ke-3 Program Matrikulasi 2022

Sukacita dimaklumkan semakan keputusan ambilan ke-3 program matrikulasi pada 9 Ogos 2022 jam 5.00 petang.

Semakan boleh dibuat di pautan berikut:

https://matrikulasi.moe.gov.my

Semakan Matrikulasi

 

Pengumuman Tarikh Semakan Ke Matrikulasi 2022

Dimaklumkan bahawa Keputusan Calon Jaya ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia boleh disemak mulai 16 Julai 2022.

Layari pautan seperti berikut untuk maklumat lanjut: https://matrikulasi.moe.gov.my

Semakan Tarikh-tarikh Penting Matrikulasi

  • Semakan Keputusan Tawaran / Setuju Terima (16-23 Julai 2022)
  • Pendaftaran ke kolej 24 / 25 Julai 2022
  • Rayuan Pertukaran Jurusan / Kolej (16-18 Julai 2022)
  • Keputusan pertukaran (22 Julai 2022).
  • Keputusan ambilan 2 (29 Julai 2022)
  • Pendaftaran ke kolej (2) 31 Julai 2022.

Permohonan Matrikulasi Intake 2022/2023

Boleh semak butiran di bawah ini:

  • Pastikan anda beli no pin upu terlebih dahulu samada di kaunter BSn atau di ATM BSN yang berdekatan anda : Harga RM6 sahaja
  • Anda boleh mula lakukan pendaftaran melalui no pin BSN dan no kad pengenalan anda di portal UPU, http://upu.moe.gov.my/web/

 

Langkah Selepas Semakan Matrikulasi 2022/2023

1. Jikalau selepas semakan tawaran secara online dilakukan, anda lulus berjaya dan menerima tawaran untuk masuk ke sini, kami ucapkan tahniah. Gunakan peluang diberikan dengan sebaiknya.

Semakan matrikulasi 2022 secara online : https://matrikulasi.moe.gov.my/system/permohonan/index.cfm

2.Yang sudah berjaya, usah berlengah lagi persiapkan segala kelengkapan dan dokumen yang perlu dibawa pada hari daftar diri kelak.

Ini termasuklah salinan surat tawaran, informasi mengenai diri anda sebagai pelajar, bawa salinan perakuan yang ibu bapa anda bersetuju, salinan rekod kesihatan anda dan tidak lupa juga salinan anda bebas daripada masalah penyalahgunaan dadah.

3.Tetapi kepada yang masih tidak menerima keputusan apabila melakukan semakan online, boleh cuba untuk melakukan semakan melalui sms

Hanya TAIP : MOE<space>MAT<space>Nombor Kad Pengenalan Anda dan send ke nombor 15888

4.Kepada yang tidak berjaya semakan matrikulasi , usah bersedih. Masih ada peluang untuk cuba masuk bagi panggilan yang kedua. Mana tahu kali ini rezeki berpihak kepada anda.

Cara yang perlu anda lakukan adalah hantar permohonan rayuan kepada pihak matrikulasi.

5. Ada beberapa cara untuk buat permohonan rayuan.

Cara membuat rayuan adalah seperti berikut:

  • Boleh cuba hantar permohonan rayuan secara online.
  •  Anda boleh terus ke Bahagian Matrik Kementerian Pendidikan malaysia (KPM) di Putrajaya dan dibawa bersama salinan keputusan SPM anda bersama-sama surat rayuan.

Program Dan Jurusan Matrikulasi KPM

Program Matrikulasi KPM terbahagi kepada 2 iaitu :

  • Program Satu Tahun
  • Program Dua Tahun

Program ini mempunyai 4 jurusan iaitu

  • Sains Hayat
  • Sains Fizikal
  • Perakaunan
  • Teknikal

*Jurusan Teknikal baru diperkenal pada tahun ini.

Anggaran Yuran

Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah cuma RM 220 untuk jurusan Sains dan Teknikal dan RM 212 untuk jurusan Perakaunan. Yuran pengajian dan penginapan ditanggung oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Semasa belajar di kolej matrikulasi, para pelajarnya akan menerima elaun sebanyak RM 1,250 satu semester.

Cara Permohonan

Permohonan adalah PERCUMA melalui laman sesawang http://matrikulasi.moe.gov.my

Tarikh Permohonan Matrikulasi KPM 2022 / 2023

Permohonan akan dibuka pada 15 Mac sehingga 15 April 2022.

Tarikh Semakan Keputusan / Rayuan

  • Kemaskini Permohonan / baharu (Jun 2022)
  • Semakan Keputusan Tawaran / Setuju Terima (Julai 2022)
  • Rayuan Pertukaran Jurusan / Kolej (Julai 2022)
  • Keputusan (Julai 2022).
  • Semakan tawaran fasa 2 (Ogos 2022)

 

Leave a Comment