Kad Prihatin Siswa IPT (Cara Pengaktifan Faedah & Kelebihan)
Berita gembira buat mahasiswa yang menuntut di institus pengajian tinggi Malaysia. Kini anda layak memohon Kad Prihatin Siswa untuk kegunaan sepanjang tempoh pengajian.
Program ini satu inisiatif Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersama-sama Universiti Awam di Malaysia bagi melaksanakan inisiatif penjimatan kewangan, ‘cashless campus’, ‘smart campus’ & mewujudkan ekosistem kewangan yang lebih baik kepada siswa, pengurusan universiti, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan KPT.
Semua pelajar adalah digalakkan memiliki Kad Prihat1n Siswa ini terutama pelajar tajaan PTPTN.
Apa Itu Kad Prihatin Siswa
KPS merupakan cetusan oleh Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK); ini adalah inisiatif untuk memperkasakan mahasiswa menerusi aplikasi e-Wallet yang turut diperkenalkan untuk memberi tawaran istimewa kepada pemegang kad tersebut.
Objektif
- Memperkasa dan mempelbagaikan fungsi kad matrik pelajar IPT.
- Memudahkan penyaluran peruntukan atau bantuan terus kepada akaun pelajar.
- Transformasi ekosistem transaksi kewangan di IPT ke arah cashless kampus.
- Menyeragamkan kemudahan atau fasiliti dan tawaran/ keistimewaan/ ganjaran/ promosi kepada pelajar IPT.
Faedah
i. Akaun Simpanan-i Pro adalah akaun khas yang diwujudkan oleh pihak bank RHB di bawah inisiatif Kad Prihatin S1swa.
ii. Tiada caj yang dikenakan ke atas pelajar universiti bagi pembukaan akaun ini dan ianya adalah secara percuma.
iii. Akaun Simpanan-i Pro RHB akan ditamatkan selepas tidak lagi menjadi pelajar universiti. Akaun tersebut akan ditukarkan ke akaun simpanan normal RHB (nombor akaun dikekalkan) dan pelajar perlu menggantikan Kad Prihatin S1swa (yang tidak aktif) di cawangan bank RHB yang berdekatan dengan kad debit RHB yang baharu.
iv. Tiada yuran tahunan ke atas akaun Simpanan-i Pro yang dikenakan oleh pihak bank RHB ke atas pelajar sepanjang pengajian di universiti.
Cara Mengaktifkan Kad Prihatin Siswa
Berikut dikongsikan cara membuat pengaktifan KPS mengikut universiti masing-masing.
UiTM
Maklumat di bawah adalah status bilangan pelajar mengikut kampus UiTM yang masih BELUM membuat consent (Persetujuan Pembukaan Akaun Simpanan I-PRO RHB) pada 2 Jun 2022 (Pembukaan aktiviti consent ini akan dilanjutkan sehingga tarikh 30 Jun 2022 sahaja). Ini kerana wang pinjaman PTPTN akan mulai disalurkan menggunakan akaun RHB dijangka pada sekitar bulan Feb. / Mac 2023.
Aktiviti consent ini boleh dibuat melalui aplikasi/sistem MyStudent / UFuture / Student Portal.
Rujukan akaun RHB di bawah program Kad Prihatin Siswa ini boleh diperolehi di laman sesawang : kpsiswa.uitm.edu.my.
Klik pautan di bawah bagi persetujuan setuju terima (consent) bagi pembukaan akaun Simpanan-i Pro daripada bank RHB. Pautan di bawah hanya akan dibuka sehingga pada 31 Julai 2022 sahaja untuk tindakan seterusnya.
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)
IIUM
UNIMAS
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)
Semua pelajar WAJIB untuk membuat pengesahan Surat Persetujuan Kad Prihatin Siswa di Portal iStudent
https://iaccess.usim.edu.my/login
Peringatan Mesra: Kad ini adalah KAD MATRIK BAHARU USIM dan kad debit. Semua pelajar WAJIB bertukar ke Kad Prihatin Siswa ini.
Artikel Lain : Permohonan PTPTN Online 2022