MyResume SPA (Cara Isi Borang & Upload Dokumen)
Perhatian khusus kepada mereka yang membuat permohonan kerja menggunakan SPA9. Anda digalakkan untuk mengisi portal MyResume untuk memudahkan proses temuduga anda nanti.
Kami akan membantu memberikan panduan ringkas berkenaan cara isi borang serta upload dokumenn di portal tersebut.
Apa Itu MyResume SPA
MyResume berfungsi menjadi pusat sehenti bagi anda meletakkan segala maklumat peribadi anda dalam format resume bagi memudahkannya dilihat sepintas lalu oleh calon penemuduga.
Antara maklumat yang boleh dimasukkan adalah:
- Maklumat asas
- Maklumat akademik
- Maklumat pengalaman
- Maklumat kemahiran
- Lain-lain maklumat
Setelah lengkap, anda boleh mencetak resume yang dihasilkan untuk dibawa bersama ketika menghadiri temuduga SPA.
Paling penting, pastikan anda mengisi segala maklumat dengan maklumat yang betul kerana anda boleh didakwa sekiranya cuba menipu maklumat yang dimasukkan.
Sekiranya calon dengan sengaja meletakkan maklumat yang salah, anda boleh didakwa di bawah Seksyen 5, Akta Suruhanjaya Perkhidmatan 1957, seseorang pemohon yang memberi maklumat palsu atau mengelirukan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara 2 tahun atau denda RM2000 (Dua Ribu Ringgit Malaysia) atau kedua-duanya sekali.
Sistem MyResume ini menggunakan maklumat daftar masuk Sistem SPA9
Cara Daftar Akaun MyResume SPA
Sekiranya anda sudah mempunyai akaun di sistem SPA9, anda boleh terus log masuk ke akaun MyResume SPA anda namun sekiranya belum, ikuti langkah-langkah di bawah untuk proses pendaftaran akaun baru
- Layari laman SPA9 di alamat INI
- Klik pada “Pendaftaran Pengguna”
- Isi Maklumat Pengguna. Pastikan semua medan bertanda *
- diiisi.
- Sila isi bahagian soalan Keselamatan. Calon mesti mengingati jawapan untuk soalan keselamatan bagi tujuan penetapan semula kata laluan (reset).
- Masukkan kata laluan dan kod keselamatan.
- Pemohon diminta untuk menanda kotak persetujuan sebelum
- menghantar pendaftaran tersebut.
- Klik “Daftar”.
Cara Log Masuk MyResume SPA
Setelah selesai pendaftaran, anda boleh log masuk akaun MyResume anda untuk mengemaskini segala maklumat dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
- Layari portal MyResume SPA di alamat INI
- Masukkan nombor MyKad
- Masukkan kata laluan
- Masukkan Kod Keselamatan seperti yang dipaparkan dalam imej
- Klik butang Masuk
Cara Upload Dokumen MyResume SPA
Untuk melengkapkan proses mengisi maklumat dalam laman MyResume, pengguna perlu memuat naik beberapa salinan dokumen seperti yang berikut:
- Gambar
- Kad pengenalan
- Salinan sijil kelahiran
- Kad pengenalan ibu
- Kad pengenalan bapa
- Salinan sijil akademik yang disenaraikan sahaja
- Sijil kokurikulum
Gambar: Pada bahagian Maklumat Asas > MyFoto, anda perlu memuat naik gambar berukuran passport dalam format jpeg, jpg, png atau gif sahaja.
Kad pengenalan ibu/bapa: Pada bahagian Maklumat Asas > IbuBapa, anda perlu memuat naik salinan kad pengenalan ibu dan bapa.
Sijil kelahiran dan kad pengenalan: Pada bahagian Maklumat Asas > Salinan KP/Sijil Lahir, anda perlu memuat naik salinan sijil kelahiran dan kad pengenalan
Sijil akademik: Pada bahagian Maklumat Akademik > Salinan Sijil Akademik, anda perlu memuat naik salinan sijil akademik yang disenaraikan sahaja. Sijil hendaklah paparan sijil asal.
Sijil kokurikulum: Pada bahagian Maklumat Pengalaman > Salinan Dokumen, anda perlu memuat naik salinan sijil kokurikulum atau pencapaian (yang berkaitan sahaja).
Akhir sekali, jangan lupa cetak resume anda yang telah dihasilkan oleh laman MyResume ini.
Artikel Lain : Semakan Jawatan Kosong SPA9