Semakan Keputusan Temuduga Pengambilan Guru One-Off SPP

Semakan Keputusan Temuduga Pengambilan Guru One-Off SPP

SEMAKAN SPP

 

HEBAHAN KEPUTUSAN TEMU DUGA PENGAMBILAN KHAS PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG41 SECARA ONE-OFF TAHUN 2021 BAGI FASA 2 (SEJARAH) DAN FASA 3(SEMAKAN SPP)

Keputusan temu duga Fasa 2 dan Fasa 3 adalah bagi opsyen – opsyen seperti berikut :

FASA 2

1) SEJARAH;

FASA 3

1) REKA BENTUK TEKNOLOGI;

2) PENDIDIKAN MORAL;

3) DINI;

4) TEKNOLOGI ELEKTRIK;

5) TEKNOLOGI AUTOMOTIF;

6) SENI KULINARI;

7) TEKNOLOGI KIMPALAN;

8) TEKNOLOGI PEMESINAN INDUSTRI;

9) TEKNOLOGI PENYEJUKAN & PENYAMANAN UDARA;

10) KOSMETOLOGI;

11) TEKNOLOGI ELEKTRONIK;

12) TEKNOLOGI SISTEM KOMPUTER DAN RANGKAIAN;

13) BAKERI DAN PASTRI;

14) TEKNOLOGI PEMBINAAN;

15) PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK;

16) AGROINDUSTRI TERNAKAN POULTRI;

17) AGROINDUSTRI TANAMAN;

18) AGROINDUSTRI TERNAKAN RUMINAN;

19) HORTIKULTUR;

20) TEKNOLOGI ENJIN MARIN;

21) TEKNOLOGI MEKANISASI AGRO;

22) BIOTEKNOLOGI;

23) FLORIKULTUR;

24) INSURANS; dan

25) PENGURUSAN PERUNCITAN.

Calon boleh membuat semakan keputusan temu duga : https://www.spp.gov.my/hebahan_semakan.html

Surat Arahan Penempatan akan dikeluarkan oleh KPM.

TINDAKAN CALON SELANJUTNYA 

Calon yang berjaya perlu memuat turun, menyimpan dan mencetak Surat Tawaran Lantikan dan Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT) dalam tempoh enam (6) minggu sahaja daripada tarikh hebahan ini dibuat. Suruhanjaya hanya akan mengemukakan sekali sahaja surat tawaran pelantikan ini dan menjadi tanggungjawab calon untuk menyimpan surat berkenaan dengan baik serta selamat. Untuk makluman, PSTT hendaklah dihantar kepada Ketua Jabatan masing-masing seperti yang dinyatakan dalam Surat Arahan Penempatan oleh KPM.

Sekiranya terdapat sebarang kesilapan alamat pada surat tawaran tersebut, calon dimohon untuk menghantar e-mel pemakluman kepada alamat [email protected].

Sila kemukakan alamat yang betul berserta nombor kad pengenalan dan nombor telefon untuk dihubungi dalam e-mel tersebut. SPP akan menghubungi calon apabila surat tawaran tersebut telah dikemas kini dan boleh dicetak semula.

Hebahan rayuan temu duga bagi Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 secara ‘One-Off’ tahun 2021.

1) Rayuan terbuka kepada calon dengan Ikhtisas Pendidikan sahaja;

2) Hanya calon yang pernah memohon bagi pengambilan khas ini sahaja yang akan dipertimbangkan untuk rayuan;

3) Opsyen calon akan ditentukan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan tertakluk kepada kekosongan sedia ada;

4) Permohonan rayuan tidak melayakkan calon untuk dipanggil temu duga secara automatik. Hanya calon yang melepasi tapisan rayuan sahaja akan dipanggil temu duga;

5) Sebarang rayuan tidak akan dilayan selepas tempoh ini dan keputusan adalah muktamad.

Info Penting

Bagi calon yang menerima keputusan temu duga “TERTAKLUK KEPADA KELULUSAN MESYUARAT SURUHANJAYA”, keputusan temu duga calon akan diumumkan dalam masa terdekat

 

 

Tarikh Buka Rayuan SPP

Semua permohonan boleh dikemukakan sebelum atau pada 21 NOVEMBER 2021 jam 12.00 TENGAH HARI

 

Semakan Rayuan Temu Duga SPP 

Calon boleh membuat semakan bagi panggilan temu duga mulai 9 Disember 2021.

Anda boleh membuat semakan di sini : Semakan Rayuan Temuduga SPP

 

Berita gembira buat individu yang memohon PPP DG41 secara One-off 2021. Hebahan Keputusan Temu Duga PK PPP Gred DG41 Secara One-Off Tahun 2021 (Fasa 1)

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) telah memaklumkan keputusan temu duga Fasa 1 kini boleh disemak secara online. Kami akan membantu anda untu membuat semakan dengan mudah dan berkesan.

 

Keputusan Temuduguan Mengikut Opsyen

Semakan keputusan temuduga SPP ini adalah bagi opsyen – opsyen seperti berikut :

1) BAHASA CINA;

2) BAHASA IBAN;

3) BAHASA KADAZANDUSUN;

4) BAHASA SEMAI;

5) PENDIDIKAN MUZIK;

6) TAHFIZ;

7) (SJKC) BIMBINGAN DAN KAUNSELING;

8)(SJKC) MATEMATIK;

9) (SJKC) PENDIDIKAN MUZIK;

10) (SJKC) PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN;

11) (SJKC) PENDIDIKAN KHAS;

12) (SJKC) PENDIDIKAN MORAL;

13) (SJKC) PENDIDIKAN SENI / SENI VISUAL;

14) (SJKC) REKA BENTUK TEKNOLOGI;

15) (SJKC) SEJARAH.

 

Cara Semakan Keputusan Temuduga SPP DG41 One-off

 Calon boleh membuat semakan keputusan temu duga melalui pautan ini.

Surat Arahan Penempatan akan dikeluarkan oleh KPM.

 

Proses Lanjut

Calon yang berjaya perlu memuat turun, menyimpan dan mencetak Surat Tawaran Lantikan dan Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT) dalam tempoh enam (6) minggu sahaja daripada tarikh hebahan ini dibuat.

Suruhanjaya hanya akan mengemukakan sekali sahaja surat tawaran pelantikan ini dan menjadi tanggungjawab calon untuk menyimpan surat berkenaan dengan baik serta selamat.

Untuk makluman, PSTT hendaklah dihantar kepada Ketua Jabatan masing-masing seperti yang dinyatakan dalam Surat Arahan Penempatan oleh KPM.

Sekiranya terdapat sebarang kesilapan alamat pada surat tawaran tersebut, calon dimohon untuk menghantar e-mel pemakluman kepada alamat [email protected]

Sila kemukakan alamat yang betul berserta nombor kad pengenalan dan nombor telefon untuk dihubungi dalam e-mel tersebut.

SPP akan menghubungi calon apabila surat tawaran tersebut telah dikemas kini dan boleh dicetak semula.

 

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kenyataan penuh SPP di bawah dan ikuti saluran rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan berikut:

Semoga perkongsian cara semakan spp ini memberikan manfaat kepada anda semua.

 

Artikel Lain : Tarikh Cuti Tahun Baru Cina

2 thoughts on “Semakan Keputusan Temuduga Pengambilan Guru One-Off SPP”

Leave a Comment