Permohonan Bantuan Rebat Pembelian Peralatan Elektrik Akibat Banjir SEDA RM500

Permohonan Bantuan Rebat Pembelian Peralatan Elektrik Akibat Banjir SEDA RM500

rebat seda

Baru-baru ini YAB PM telah mengumumkan bantuan untuk membantu mangsa-mangsa yang terkesan dengan kejadian banjir yang telah menenggelamkan rumah dan merosakkan peralatan elektrik.

Di sini kami akan kongsikan lebih lanjut tentang Program Bantuan Banjir Keluarga Malaysia (Pembelian Peralatan Elektrik Domestik SEDA RM500)

 

APA ITU PROGRAM BANTUAN BANJIR KELUARGA MALAYSIA (Pembelian Peralatan Elektrik Domestik SEDA)

Bantuan oleh kerajaan Malaysia untuk membantu mangsa-mangsa banjir melalui pemberian rebat (bukan tunai) sehingga RM500 kepada setiap isi rumah yang terkesan dengan bencana banjir untuk membeli peralatan elektrik kegunaan harian di Kedai Berdaftar atau platform e-dagang yang mengambil bahagian.

Pemberian rebat Pembelian Peralatan Elektrik Domestik ini akan menggunakan platform sistem dalam talian Program SAVE (Sistem yang diurus oleh SEDA Malaysia dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan dan badan swasta).

Artikel Lain: Dana Didik Johor 2022

Objektif Program Bantuan Banjir Keluarga Malaysia

Mengurangkan beban mangsa-mangsa banjir untuk membeli sebahagian peralatan elektrik kegunaan harian, bagi menggantikan peralatan elektrik yang telah rosak disebabkan banjir.

rebat seda

Kriteria kelayakan Program Bantuan Banjir Keluarga Malaysia

Pemohon mestilah:

  • Mangsa banjir yang telah disenaraikan oleh pihak Kerajaan Malaysia.
  • Membeli peralatan elektrik kegunaan harian utama yang mempunyai label keselamatan oleh SIRIM – Suruhanjaya Tenaga.

 

Cara memohon dan menebus Program Bantuan Banjir Keluarga Malaysia 

Terdapat 2 kaedah tersedia untuk pengguna iaitu:

Kaedah 1: Pembelian dan penebusan di Kedai atau Pasar Raya Berdaftar

Kaedah 2 : Pembelian secara dalam talian.

 

Maklumat dan dokumen Permohonan Program Bantuan Banjir Keluarga Malaysia 

Pemohon hanya perlu mempunyai atau membawa tiga (3) dokumen berikut:

  • Salinan kad pengenalan;
  • Akaun bil elektrik domestik TNB yang sah; dan
  • Dokumen sokongan berkaitan mangsa banjir (salah satu salinan asal laporan daripada agensi berikut):

– Polis;
– NADMA;
– Pegawai Daerah;
– Surat sokongan dari Ketua komuniti (JKKK, JMB / JMC, Persatuan Penduduk, dll); atau
– Agensi kerajaan yang terlibat dengan penyelarasan bantuan mangsa banjir.

 

Soalan Lanjut

Bagaimana cara memohon bantuan ini jika saya tidak disenaraikan sedangkan terjejas dalam banjir.

Jika anda tidak tersenarai atau tercicir dalam senarai mangsa banjir oleh Kerajaan, anda boleh:
Menghubungi Careline TNB di talian 1-300-88-5454; atau
Membuat permohonan untuk dimasukkan dalam kemas kini senarai data penerima yang layak dan memuat naik dokumen sokongan berkaitan (dokumen yang diperlukan adalah sama di Perkara 12) melalui;
i. Bantuan Kedai Berdaftar
ii. Semak kelayakan anda di laman web https://save.seda.gov.my/publics/banjir
Kelulusan permohonan kemas kini data mangsa banjir yang layak ini akan dinilai oleh satu jawatankuasa khas yang dianggotai oleh beberapa agensi kerajaan.

 

Bolehkah saya menebus e-rebat Program SAVE 3.0 jika telah menebus Bantuan Rebat Pembelian Elektrik SEDA ini?

Boleh, penebusan e-rebat Program SAVE 3.0 boleh dimohon walaupun anda telah membuat penebusan rebat Pembelian Peralatan Elektrik Domestik. Ini kerana kedua-duanya merupakan program rebat yang berbeza tetapi menggunakan platform SAVE yang sama.

Namun, untuk permohonan e-rebat Program SAVE hanya untuk pembelian peralatan elektrik cekap tenaga 4 atau 5 bintang yang diiktiraf oleh Suruhanjaya Tenaga dan bergantung kepada terma dan syarat.

Penebusan e-rebat Program SAVE juga tidak boleh menggunakan rebat dari Bantuan Bencana Banjir.

Kedua-dua rebat ini mestilah melalui transaksi yang berasingan.

Pekedai / peruncit yang Berdaftar wajib menyatakan jenis rebat yang layak ditebus oleh pembeli di dalam dokumen yang dilampirkan di dalam sistem.

Semoga perkongsian cara permohonan rebat peralatan elektrik SEDA ini memberikan manfaat kepada anda semua.

1 thought on “Permohonan Bantuan Rebat Pembelian Peralatan Elektrik Akibat Banjir SEDA RM500”

Leave a Comment