SENARAI PERIBAHASA KERJASAMA & PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA

SENARAI PERIBAHASA KERJASAMA & PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA

SENARAI PERIBAHASA

Dalam masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia, pentingnya untuk menjaga kebersamaan dalam masyarakat agar keharmonian antara agama dan bangsa yang pelbagai dapat dijaga. Kepada anda yang ingin mencari contoh senarai peribahasa berkaitan dengan kerjasama dan perpaduan kaum di Malaysia, disini kami akan kongsikan senarai peribahasa tersebut.

 

APA ITU PERIBAHASA

Peribahasa adalah suatu susunan kata dalam bentuk kiasan dan berlapik yang mempunyai pengertian tersirat. Susunan kata-kata kiasan ini tercipta berdasarkan pengalaman kehidupan seharian oleh masyarakat. Peribahasa menjadi suatu bentuk luahan sindiran dan pengajaran yang digunakan oleh nenek moyang secara kiasan yang diwarisi generasi demi generasi sejak berzaman.

 

FUNGSI PERIBAHASA

Peribahasa mempunyai beberapa fungsi sosial, di antaranya:

  • Memberikan nasihat.
  • Pengamatan terhadap dunia dan keadaan.
  • Sebagai tanda identitas pembicara dalam suatu kaum.
  • Memperindah bahasa cakap.

 

 CIRI-CIRI PERIBAHASA

Susunan kata di dalam peribahasa bersifat tetap karena jika diubah, susunan kata itu tidak lagi dapat dikatakan peribahasa. Berikut ciri-ciri peribahasa:

  • Susunan kata-kata di dalam peribahasa sudah pasti dan tidak bisa diubah.
  • Kalimat peribahasa biasanya untuk memperindah bahasa atau bahkan menyindir.
  • Kata-kata dalam peribahasa biasanya teratur, mengesankan dan mempunyai makna.
  • Didasarkan pada pandangan atau perbandingan teliti terhadap alam sekitar, peristiwa yang terjadi atau berlaku di masyarakat.
  • Dibentuk dan diciptakan dengan satu ikatan bahasa yang padat dan indah sehingga melekat di masyarakat secara turun temurun.

 

SENARAI PERIBAHASA KERJASAMA DAN PERPADUAN

Berikut adalah merupakan senarai peribahasa berkaitan kerjasama dan perpaduan beserta maksudnya, iaitu:

SENARAI PERIBAHASAMAKSUD
Ibarat Telur Sesangkak, Pecah Sebiji, Pecah Semua

 

Bersatu hati.  Ini adalah gambaran perpaduan dan bersatu hatinya masyarakat. Ia umpama telur yang berada dalam sangkak (sarang), apabila satu pecah yang lain turut sama pecah.
Bersatu Teguh, Bercerai Roboh

 

Semangat penyatuan serta perpaduan yang menyebabkan sesuatu masyarakat itu akan kukuh. Sebaliknya jika berpecah-belah pula, masyarakat itu akan hancur.
Sesat Dihujung Jalan, Balik Ke Pangkal Jalan

 

 

Jika tersalah dalam sebarang tindakan, hendaklah menginsafi dengan segera. Unsur nasihat dalam ungkapan ini juga menyarankan agar memperbetulkan langkah dan perbuatan seandainya tersalah dalam melakukan sebarang tindakan. Kita perlu meneliti semula apakah kesalahan yang dilakukan dan berazam agar tidak mengulanginya lagi.
10) Hujan Emas Di Negeri Orang, Hujan Batu Di negeri Sendiri, Lebih Baik di Negeri Sendiri

 

Walaupun negeri orang lain mewah dan makmur, namun negeri sendiri juga yang lebih baik. Mempunyai nasihat yang berunsurkan patriotik dan cintakan negara. Ia adalah jati diri dan semangat patriotisme kepada negara sendiri walaupun negara orang lain hebat dari segi kemewahan.
19) Bukit Sama Didaki, Lurah Sama Dituruni

 

Perhubungan yang sangat karib yang sukar untuk dipisahkan. Mempunyai nilai tanggung jawab seorang kawan terhadap kawannya yang lain. Perhubungan yang sangat mesra dan akrab ini sukar untuk dipisahkan. Mereka mengharungi kesusahan dan juga kegembiraan secara bersama.
Buat Baik Berpada-pada, Buat Jahat Jangan Sesekali

 

Buat sesuatu dalam keadaan sederhana. Peribahasa ini juga sarat dengan nasihat di mana jika hendak menolong seseorang biarlah mengikut kemampuan diri sendiri dan tidak berlebih-lebihan. Bahkan dalam ungkapan kedua, kita dinasihatkan agar tidak sesekali melakukan sebarang perkara buruk dan jahat.
Duduk Sama Rendah, Berdiri Sama Tinggi

Maksudnya:

 

Dalam kehidupan yang bermasyarakat,

Sama taraf. Tiada kasta atau diskriminasi dari segi pangkat, kedudukan dan seumpamanya. Perlu wujudnya amalan duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi bagi mengeratkan perpaduan antara satu sama lain. Apabila perkara ini dapat diwujukan, tiadalah jurang dari segi pangkat, kedudukan dan harta sama ada orang yang berharta, berkedudukan, yang mempunyai pangkat dan sebagainya. Ini adalah bentuk kesamarataan dalam masyarakat yang boleh dipupuk di Malaysia.
Bagai Isi dengan Kuku

 

 

 

Hubungan yang sangat erat. Perumpamaan yang digambarkan dalam ungkapan peribahasa ini bermaksud sangat dekat seperti isi dan kuku. Ia tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain. Sekiranya dipisahkan akan menyebabkan kesakitan. Kebiasannya peribahasa ini selalu digunakan dalam erti persahabatan yang sangat erat.
Bagai Aur Dengan Tebing

 

 

Persahabatan yang sangat baik dan akrab. Mereka saling tolong menolong serta bantu membantu antara satu sama lain. Peribahasa ini menunjukkan tentang keakraban dan muafakat dalam masyarakat antara sahabat. Ia juga adalah gambaran kepada kebersamaan dalam perpaduan satu sama lain.

 

Di Mana Bumi Dipijak, Di situ Langit Dijunjung

 

Mematuhi peraturan sesuatu tempat yang didiami. Peribahasa ini menggambarkan tentang ketaatan kepada sesebuah negara dan pemerintah. Dalam rukun negara yang kedua dan ketiga iaitu kesetian kepada raja dan negara dan keluhuran perlembagaan adalah tanda kita mematuhi undang-undang yang didiami di Malaysia. Ia adalah adaptasi sosial masyarakat yang perlu diamalkan bagi mewujukan perpaduan antara kaum di Malaysia.
Biduk Lalu Kiambang Bertaut

 

Orang yang bertelingkah (berkelahi) yang kemudiannya berbaik semula. Peribahasa ini kebiasannya merujuk kepada kepada perkelahian antara saudara mara yang akhirnya kembali bersatu. Ia sememangnya selalu digunakan dalam masyarakat kerana sering berkait dalam kehidupan seharian.
Hati Gajah Sama Dilapah, Hati Kuman Sama Dilepah

 

 

Pengagihan yang sama banyak antara satu sama lain. Peribahasa ini menunjukkan pemuafakatan dan kesamarataan dalam pembahagian sesuatu. Ia melibatkan seperti keuntungan, rezeki, habuan dan sebagainya yang dikongsi bersama. Jika banyaknya habuan, diberi sama banyak, jika sedikit yang diterima ia tetap dikongsi bersama
Sakit Sama Mengaduh, Luka Sama Menyiuk

 

Sama-sama bertanggungjawab. Ia adalah gambaran sikap masyarakat yang sama-sama bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu perkara. Peribahasa ini membawa tema perpaduan iaitu sama ada susah atau senang dikongsi bersama.
Serumpun Bak Serai, Sesusun Bak Sirih

 

Amalan hidup saling muafakat yang tidak berpecah belah. Dalam masyarakat Malaysia, peribahasa ini menggambarkan hidup bersatu-padu dalam masyarakat samaada melalui ahli keluarga, jiran tetangga,  komuniti setempat dan masyarakat sekitarnya.
Berat Sama Dipikul, Ringan Sama Dijinjing

 

 

 

Suka duka yang sama ditanggung; baik buruk yang dikongsi bersama. Ia merupakan antara peribahasa kerjasama dan perpaduan yang sering digunakan sama ada di peringkat sekolah atau universiti bagi menggambarkan erti tolong menolong antara satu sama lain.
Masuk Kandang Kambing Mengembek, Masuk Kandang Kerbau Menguak

 

Apabila seorang berada di tempat  atau negara orang, dia perlu mengikut adab atau peraturan tempat tersebut. Peribahasa ini menunjukkan seseorang yang pandai menyesuaikan diri dengan persekitaran. Apabila seseorang itu pergi ke sesuatu tempat dia memahami tatacara budaya tempatan. Ini menunjukkan ia berjaya berjaya mengadaptasi kehidupannya berdasarkan suasana setempat.
Bulat Air Kerana Pembentung, Bulat Manusia Kerana MuafakatKata sepakat yang dicapai dalam kehidupan bermasyarakat. Ini adalah gambaran kepada kepada kerjasama dan muafakat dalam kehidupan bermasyarakat yang dibuat melalui perbincangan, mesyuarat dan seumpamanya. Sesuatu keputusan dapat dibuat seandainya semua orang memberikan kerjasama yang penuh dalam membuat keputusan.
Kalau Kail Panjang Sejengkal, Lautan Dalam Jangan Diduga

 

kalau ilmu pengetahuan seseorang itu masih cetek, tidak perlu menunjukkan kebolehan atau lagak serta sombong. Peribahasa ini adalah gambaran agar sentiasa merendah diri berdasarkan kedudukan dan kemahiran ilmu yang ada.
Sudah Terhantuk Baru TerngadahSudah mendapat kesusahan baru teringat. Peribahasa ini menunjukkan kesedaran dalam masyarakat. Ia juga berunsurkan nasihat bagi mereka yang lalai dan cuai dalam sebarang tindakan. Ia juga sesuai ditujukan kepada mereka yang sombong dan angkuh. Kebiasannya orang tersebut akan mengalami kerugian.
Kalau Takut Dilambung Ombak, Jangan Berumah Di tepi PantaiSekiranya takut akan kesusahan, tidaklah perlu membuat perkara atau pekerjaan yang sukar. Peribahasa ini adalah adaptasi sosial dalam masyarakat. Ia melambangkan keberanian dalam membuat sesuatu perkara. Namun, sekiranya khuatir terhadap sesuatu risiko atau kesusahan janganlah dilakukan perkara itu.
Biar Mati Anak, Jangan Mati Adat

negara.

 

Adat atau undang-undang yang tidak boleh dilanggar. Peribahasa ini mempunyai pelbagai tafsiran. Namun dalam konteks peribahasa perpaduan dan kerjasama di Malaysia, ia merupakan nasihat dan ketaatan kepada undang-undang
Di Mana Ada Kemahuan, Di Situ Ada JalanJika kita berhasrat kepada sesuatu perkara, pasti ada cara untuk mendapatkannya. Jika seseorang mempunyai azam serta kemahuan untuk mencapai sesuatu perkara, pastinya kita akan sedaya upaya mencari jalan tersebut. Ini adalah suatu sikap dan semangat untuk mencapai sesuatu.
Air Dicincang Takkan Putus

 

Perselisihan di antara adik beradik yang tidak kekal lama. Akhirnya berbaik semula. Peribahasa ini sangat sinonim tentang keakraban sesuatu hubungan kekeluargaan.
14) Berakit-Rakit Ke Hulu, Berenang-Renang Ketepian, Bersakit-sakit Dahulu Bersenang-senang KemudianBersusah payah terlebih dahulu sebelum mencapai kesenangan di kemudian hari. Peribahasa ini adalah adaptasi dalam masyarakat agar perlu bersusah dahulu sebelum mencapai kejayaan. Kejayaan tidak akan tercapai dengan sendirinya tanpa usaha. Usaha yang bersungguh-sungguh pada awalnya pasti membuahkan hasil di kemudian hari.

 

20) Kalau Tidak Dipecahkan Ruyung, Manakan Dapat SagunyaSesuatu cita-cita mahupun kejayaan itu tidak akan tercapai sekiranya tidak berusaha.  Peribahasa ini memberikan gambaran bahawa jika kita inginkan kepada sesuatu, kita perlu berusaha untuk mendapatkannya. Jika tanpa usaha, mana mungkin wujudnya kejayaan.

 

Berkelahi Di hujung Batang, Berbaik di Pangkal BatangOrang yang bertengkar atau berbalah yang akhirnya berbaik kembali. Peribahasa ini juga sama maksud dengan peribahasa sebelum ini yang membawa gambaran setiap perselisihan yang membawa kepada penyatuan kembali.

 

Bagai Kacang Lupakan Kulit

 

Seseorang yang lupa asal-usul atau lupa jasa orang lain terhadapnya. Atau juga  seseorang yang lupa pada mereka yang pernah menolongnya. Peribahasa ini memberi gambaran kepada seseorang yang tidak mengenang budi. Ini melibatkan pertolongan, bantuan dan seumpamanya.

 

ARTIKEL LAIN

Koleksi Teka Teki & Jawapan Terkini (Lawak Bodoh & Kelakar)

1 thought on “SENARAI PERIBAHASA KERJASAMA & PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA”

Leave a Comment