CONTOH SOALAN UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK (UASA): Format & Tarikh Perlaksaaan

CONTOH SOALAN UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK (UASA): Format & Tarikh Perlaksaaan

UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK (UASA)

Seperti sedia maklum kini Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) setelah dimansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3).

UASA ini dilaksanakan bagi memperkasakan lagi Pentaksiran Berasakan Sekolah (PBS) yang akan dimulakan pada sesi akademik sesi 2022/2023. Disini kami akan kongsikan kepada anda contoh soalan UASA, semoga membantu.

 

APA ITU UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK (UASA)

Melaui UASA ini akan dinilai melalalui Kemahiran kognitif/intelektual serta penguasaan murid-murid dalam setiap mata pelajaran akan dinilai yang dilaksanakan menerusi ujian bertulis sepenuhnya. KPM akan menyediakan bank soalan (BM, BI, Matematik, Sains dan Sejarah) UASAuntuk murid sekolah rendah (4,5 dan 6).

 

KOMPENAN YANG TERLIBAT DALAM PBS

Berikut adalah merupakan kompenan yang terlibat iaitu:

  • Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
  • Pentaksiran Aktiviti Jasmani
  • Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)
  • Pentaksiran Psikometrik (PPsi).

 

TARIKH PELAKSANAAN UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK (UASA) 2022/2023

Berikut adalah merupakan tempoh pelaksanaannya iaitu:

  • Januari 2023 (minggu kedua)
    • pihak sekolah akan diminta untuk muat turun dan mencetak soalan mengikut mata pelajaran yang ada di sekolah.
    • Pentadbiran UASA serta panduan penskoran akan dilaksanakan sebagai persiapan ujian.
  • Januari 2023 (minggu ketiga)
    • Peperiksaan UASA dijangka akan berlangsung sekitar minggu ketiga Januari sehingga pertengahan Februari 2023.

 

UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK

UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK

 

PELAJAR TERLIBAT DENGAN UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK (UASA)

Penialaian ini akan melibatkan murid dalam tahup berikut iaitu:

  • Tahap 2 Sekolah Rendah : Tahun 4, 5 dan 6
  • Tahap 1 Sekolah Menengah : Tingkatan 1, 2 dan 3

NOTA: Pelajar daripada kelas yang tidak berkaitan akan duduki ujian yang dikendalikan oleh pihak sekolah sendiri.

 

MATA PERLAJARAN TERLIBAT UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK (UASA)

Berikut adalah merupakan antara mata pelajaran yang disediakan bagi peperiksaan UASA  mengikut tahap iaitu:

TAHAP 2 SEKOLAH RENDAHTAHAP 1 SEKOLAH MENENGAH
  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris
  3. Matematik
  4. Sains
  5. Sejarah

 

  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris
  3. Matematik
  4. Pendidikan Islam/Moral
  5. Sejarah
  6. Sains
  7. Geografi
  8. Asas Sains Komputer
  9. Reka Bentuk dan Teknologi
  10. Bahasa Arab
  11. Maharat al-Quran
  12. Al-Lughah/al-‘Arabiah, al-Mu’asirah
  13. Al-Syariah
  14. Usul Al-Din
  15. Bahasa Cina
  16. Bahasa Tambil
  17. Bahasa Punjabi
  18. Bahasa Kadazandusun
  19. Bahasa Iban
  20. Bahasa Semai
  • Mata pelajaran adalah tertakluk kepada yang ditawarkan/disediakan di sekolah.
  • Peperiksaan mata pelajaran tambahan seperti Seni Muzik dan Seni Tari adalah tertakluk kepada ketersediaan di sekolah.
  • Tempoh ujian akan ditetapkan oleh KPM manakala jadual ujian pula bakal ditetapkan oleh pihak sekolah masing-masing.

 

CONTOH SOALAN UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK (UASA)

Soalan bagi peperiksaan UASA akan dijana melalui aplikasi pengumpulan dan pemasangan instrumen (APPI), iaitu sebuah sistem baharu yang dibangunkan oleh KPM.

Pihak sekolah kemudiannya akan diminta untuk muat turun bank soalan menerusi aplikasi tersebut pada garis masa yang ditentukan oleh pihak KPM.

 

TAHAP PENIALAIN PELAJAR UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK (UASA)

Tahap penguasaan atau grading bagi UASAtidak diberikan melalui gred atau markah tetapi dinilai melalui preatasi pelajar mengikut tahap penguasaan seperti berikut:

  1. TP1 : Tahu
    • Pelajar tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas.
  2. TP2 : Tahu dan faham
    • Pelajar menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.
  3. TP3 : Tahu, Faham dan Boleh Buat
    • Pelajar menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari dan melaksanakannya.
  4. TP4 : Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab
    • Pelajar melaksanakan sesuatu kemahiran dengan berada iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik.
  5. TP5 : Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji
    • Pelajar melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baharu dengan mengikut prosedur atau secara sistematik serta tekal dan bersikap positif.
  6. TP6 : Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali
    • Pelajar berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi baharu secara sistematik, bersikap positif, kreatif dan inovatif serta boleh dicontohi.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lebih lanjt mengenai Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA), anda boleh melayari website rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia.

 

ARTIKEL BERKAITAN: Apa Itu PBD?Pentaksiran Bilik Darjah Di Sekolah

11 thoughts on “CONTOH SOALAN UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK (UASA): Format & Tarikh Perlaksaaan”

Leave a Comment