Sijil MUET Hilang Rosak ( Cara Dapatkan Yang Baru)

Sijil MUET Hilang Rosak ( Cara Dapatkan Yang Baru)

sijil muet hilang

Bila Sijil Muet hilang, anda semestinya sangat resah dan tidak tahu nk cari dimana. Usah bimbang, sekiranya anda ingin mendapatkan Salinan yang baru bagi dokumen tersebyt, anda hanya perlu mengisi borang.

Kami akan kongsikan kaedah permohonan sijil muet yang hilang.

 

Apa Itu MUET

MUET (Malaysian University English Test) ialah ujian bahasa Inggeris yang dijalankan di peringkat pra-universiti, matrikulasi, asasi, diploma, dan STPM. MUET diperkenalkan untuk mengukur tahap penguasaan bahasa Inggeris pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi dan juga untuk mereka yang bercadang untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi . Peperiksaan MUET ini wajib diambil oleh mereka yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat ijazah di institut pengajian tinggi awam (IPTA) tempatan.

 

Cara Permohonan Sijil Muet Yang Hilang

 Sekiranya sijil MUET anda hilang, ikuti Langkah-langkah ini:

  • Calon yang kehilangan Slip Keputusan MUET/Sijil MUET boleh memohon untuk mendapatkan Salinan Sijil MUETatau Penyata Keputusan MUET yang sah.
  • Salinan Sijil MUET ialah salinan kepada Sijil MUET yang asal. Hanya calon yang menduduki MUET mulai sesi November 2013 sehingga sekarangyang boleh memohon Salinan Sijil MUET. Calon perlu melengkapkan Borang Permohonan Salinan Sijil STPM/MUET (MPM/S2) dan menghantarnya ke Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) bersama-sama dengan bayaran sebanyak 00.
Untuk mendapatkan MUET/S2, sila klik:
  • Penyata Keputusan MUET ialah penyata yang sah yang mengandungi nama, nombor kad pengenalan, sesi ujian, angka giliran, keputusan MUET, dan tarikh luput. Penyata Keputusan MUET boleh dipohon oleh calon Sesi November 2013 dan sebelumnya. Calon perlu melengkapkan Borang Permohonan Penyata Keputusan STPMM/MUET (MPM/S3)dan menghantarnya ke Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) bersama-sama dengan bayaran sebanyak 00 (permohonan kali pertama), RM30.00 (permohonan kali kedua), dan RM50.00 (permohonan kali ketiga).
Untuk mendapatkan MUET/S3, sila klik:
  • Bagi calon yang memohon melalui pos, Salinan Sijil MUET/Penyata Keputusan MUET akan dipos kepada calon dua hari selepas permohonan yang lengkap diterima di MPM, manakala calon yang memohon di kaunter MPM akan menerima Salinan Sijil MUET/Penyata Keputusan MUET dalam masa setengah jam selepas permohonan yang lengkap diterima di kaunter.

 

Alamat penghantaran

Ketua Eksekutif, Majlis Peperiksaan Malaysia,
Persiaran 1, Bandar Baru Selayang,
68100 BATU CAVES, Selangor Darul Ehsan

(u.p. Setiausaha Bahagian Pengendalian STPM dan MUET)

 

Tips Peperiksaan MUET

  1. Setkan Target Anda

Pastikan anda mempunyai target untuk dapat band berapa. Dan pastikan target band anda adalah band 2 ke atas. Jangan la meletakkan target yang terlalu rendah. Cabar diri anda sendiri pasti akam akan berusaha gigih untuk lulus menyahut cabaran tersebut.
Banyak bertanya kepada pensyarah anda.

Rajinkan diri anda untuk kerap bertanya kepada pensyarah berkenaan soalan muet. Percayalah, ianya sangat membantu. Ketepikan rasa malu anda untuk bertanya. Ingat, malu bertanya sesat jalan, malu bertanya pensyarah, ternganga la jawab muet.

Kalau terlampau malu sangat nak bertanya, anda boleh juga bertanya pada tutor ataupun kawan-kawan yang mahir bahasa inggeris.

 

  1. Belajar Secara Berkumpulan

Bina satu kumpulan dalam kelompok yang kecil. Cukup hanya 4-6 orang sahaja. Kalau lebih ahli group nanti, bergosip pulak. Daripada kelompok tadi, cari satu topik untuk diperbualkan dalam bahasa inggeris.

Cara ini bukan sahaja dapat membantu anda dalam meningkatkan tahap komunikasi anda dalam berbahasa inggeris, ia juga dapat membantu hubungan saling bantu membantu dalam kumpulan untuk saling menyokong pendapat masing-masing.

 

  1. Buat Latih Tubi Berkenaan Soalan Muet

Dapatkan buku-buku adik anda yang bersekolah rendah dan menengah, dan cuba buat latihan tersebut. Cara ini mampu meningkatkan dan memperkukuhkan tahap grammar anda.

Nampak mudah dengan soalan-soalan latihan sekolah rendah dan menengah, namun dari situlah ianya membantu anda.

 

  1. Baca Panduan Persediaan Muet

Anda boleh dapatkan buku panduan persediaan muet di mana-mana kedai buku ataupun jika ingin jimat bajet, anda boleh pinjam buku-buku tersebut daripada senior-senior anda. Ini dapat membantu anda bersiap sedia dari segi fizikal dan mental untuk menghadapi Muet.

Info Lanjut

anda boleh klik pautan ini : https://www.mpm.edu.my/en/muet/loss-of-the-result-slip

Semoga perkongsian cara dapatkan semula sijil muet yang hilang ini memberikan manfaat kepada anda semua.

 

Artikel Lain: Sijil SPM hilang

Leave a Comment