Sijil Tahfiz Malaysia (STM) 2022 (Permohonan & Semakan Peperiksaan)
Darul Quran membuak permohonan kepada calon-calon yang berkelayakan untuk memohon menduduki Peperiksaan Sijil Tahfiz Malaysia (STM) Siri 2 bagi Tahun 2022.
Berikut dikongsikan info lanjut tentang permohonan menduduki peperiksaan ini serta maklumat penting yang berkaitan.
Apa Itu Sijil Tahfiz Malaysia (STM)
STM merupakan sijil yang diperkenalkan oleh pada tahun 2011 sebagai satu pengiktirafan Kerajaan Malaysia kepada penghafaz al-Quran yang telah menghafaz 30 juzuk al-Quran.
STM ini adalah untuk para hafiz/hafizah yang SUDAH KHATAM hafazan daripada mana-mana institusi tahfiz dan ingin memiliki Sijil Tahfiz yang diiktiraf kerajaan.
Program ini terbuka kepada semua penghafaz al-Quran yang telah menghafaz 30 juzuk al-Quran.
Objektif Pelaksanaan Sijil Tahfiz Malaysia
Objektif pelaksanaan sijil ini adalah untuk:
- Memberi pengiktirafan kepada golongan penghafaz al-Quran.
- Memberi galakan kepada masyarakat Islam di Malaysia menghafaz al-Quran.
- Memberi peluang kepada golongan yang tidak mendapat pendidikan secara formal untuk mendapatkan sijil khas tahfiz.
Kelebihan Sijil Tahfiz Malaysia (STM)
- Mendapat sokongan Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) tajaan JAKIM bagi menyambung pengajian ke peringkat Ijazah dan ke atas.
- Mendapat pengiktirafan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memohon jawatan Guru Tahfiz KPM.
Syarat Permohonan Sijil Tahfiz Malaysia
- Warganegara Malaysia
- Berumur 17 tahun dan ke atas
- Telah menghafaz 30 juzuk al-Quran
- Mengemukakan surat pengesahan rekod hafazan 30 juzuk daripada institusi atau guru tasmi’
Yuran Permohonan
RM150 setiap permohonan
Tarikh Permohonan Sijil Tahfiz Malaysia 2022 (Siri 2)
PERMOHONAN SIJIL TAHFIZ MALAYSIA SIRI 2 TAHUN 2022
Tarikh akhir menghantar borang permohonan STM: 30 Ogos 2022
Jadual Peperiksaan
JADUAL PERGERAKAN SIJIL TAHFIZ MALAYSIA Siri 2 Tahun 2022
BIL | PERKARA | TARIKH |
1. | Iklan STM Siri 2 Tahun 2022 | 7 Jun 2022 |
2. | Tarikh Akhir Hantar Borang Permohonan STM | 30 Ogos 2022 |
3. | Tarikh Semak Kelayakan Menduduki Peperiksaan (melalui website) | 15 September 2022 |
4. | *Tarikh Peperiksaan | 4 Oktober 2022 |
5. | *Tarikh Semak Keputusan(Tertakluk kepada Mesyuarat Pengajian Darul Quran) | 18 November 2022 |
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan berkenaan STM, boleh diajukan kepada urus setia (Jabatan Pengajian Sepanjang Hayat) melalui talian 03-60635458 / 03-60635476 / 03-60635450 / 03-60635457 pada waktu pejabat.
Artikel Lain : Permohonan PTPTN Online 2022