PERMOHONAN SMA MAIWP SMISTA TINGKATAN 1 TAHUN 2022

PERMOHONAN SMA MAIWP SMISTA TINGKATAN 1 TAHUN 2022

PERMOHONAN SMA MAIWP SMISTA

permohonan bagi kemasukan Tingkatan 1 sesi 2022 ke Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (SMAMAIWP) atau Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA) kini telah dibuka. Kepada ibu bapa yabg ingin menghantar anak ke sekolah berikut boleh membuat permohonan.

Bagaimana cara permohonan kemasukan ke SMA MAIWP & SMISTA? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

SYARAT PERMOHONAN KEMASUKAN SMA MAIWP & SMISTA

Berikut adalah merupakan syarat kemasukan bagi kemasukan :

  • Murid mestilah warganegara Malaysia.
  • Keutamaan diberikan kepada murid yang lahir atau bermastautin di Wilayah Persekutuan.
  • Memperolehi keputusan yang cemerlang dalam Modul Penilaian Kafa (MPKAFA).
  • Berkebolehan menulis jawi serta membaca Al-Quran dengan baik.
  • Aktif dalam bidang kokurikulum.
  • Penilaian menggunakan kaedah Penilaian dan Pentaksiran Kurikulum Sekolah Rendah (PPKSRA).
  • Lulus cemerlang dalam temuduga kemasukan.

 

TEMPOH PERMOHONAN SMAMAIWP & SMISTA

Tempoh permohonan bagi kemasukan ke Tingkatan 1 SMAMAIWP dan SMISTA bagi tahun 2022 boleh dilakukan mulai 8 Disember sehingga 31 Disember 2021.

 

KURIKULUM SMAMAIWP & SMISTA

Berikut adalah merupakan Kurikulum yang ditawarkan di:

  1. SMA MAIWP:
    1. Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) iaitu pengajaran dan pembelajaran subjek teras dan elektif daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
    2. Kurikulum Dini Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah, Usul Al-Din, dan Al-Syariah.
  2. SMISTA:
    1. Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) iaitu pengajaran dan pembelajaran subjek teras dan elektif daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
    2. Kurikulum Tahfiz.
    3. Hafazan Al-Quran 30 juzuk (Tingkatan 1 hingga 5).

 

CARA PERMOHONAN KEMASUKAN SMA MAIWP & SMISTA

Berikut adalah merupakan cara Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 2022:

  1. Ibu bapa boleh layari laman web https://www.maiwp.gov.my/
  2. Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan dan tekan Hantar.

NOTA: Murid yang terpilih perlu menghadiri temuduga kemasukan sebelum disahkan kemasukan ke SMAMAIWP atau SMISTA pada tahun 2022.

SOALAN LAZIM 

Bila tarikh buka permohonan Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (SMAMAIWP) atau Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA) ?

Bermulai 8 Disember sehingga 31 Disember 2021

 

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai kemasukan ke SMA MAIWP & SMISTA, anda boleh layari  laman web rasmi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan di pautan https://www.maiwp.gov.my/

 

ARTIKEL LAIN

SOALAN UKKM MRSM 2022 :CONTOH SOALAN MATEMATIK/SAINS/KEPERIBADIAN & ULUL ALBAB

Leave a Comment